DAM:
Definisinya: Dam ialah binatang ternakan
(berkaki empat) yang dikorbankan di
Baitullah untuk mengabdikan diri kepada
Allah s.w.t.
--------------------------------------------------------------------------------
Dam Tatawwuk
Definisinya: Ialah binatang ternakan (berkaki
empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk
mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
Dalilnya: "Nabi Muhammad s.a.w. telah
mengorbankan sebanyak seratus ekor badanah (unta
dan lembu) semasa mengerjakan Haji Akbar,
Baginda s.a.w. juga pernah mengorbankan
kambing."
Hukumnya: Sunat bagi mereka yang
mengerjakan Haji Ifrad dan mereka yang
mengerjakan Umrah serta disunatkan memakan
daging yang dikorbankan itu kerana Nabi
Muhammad s.a.w. telah memerintahkan supaya
sembelihan tersebut dipotong, dimasak dan
memakannya serta menghirup kuahnya." Harus
bagi mereka yang tidak berada dalam Ihram
menghantar Damnya ke Mekah supaya
dikorbankan di sana untuk mengabdikan diri
kepada Allah s.w.t.
Tempat Penyembelihan: Tanah Haram.
Jenis-jenisnya: Unta yang berumur genap
lima tahun, lembu yang berumur genap dua
tahun atau kambing yang berumur genap enam
bulan.
--------------------------------------------------------------------------------
Dam Tamattu:
Definisinya: Binatang ternakan (berkaki
empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk
mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
Dalilnya: Firman Allah s.w.t: Yang
bermaksud: "Maka sesiapa yang mahu menikmati
kemudahan dengan mengerjakan Umrah (dan
terus menikmati kemudahan itu) hingga masa
mengerjakan Ibadat Haji.
Dia boleh melakukannya, kemudian wajiblah
dia menyembelih Dam yang mudah didapati.
Sekiranya tidak didapati Dam tersebut
ataupun harganya hendaklah berpuasa selama
tiga hari semasa mengerjakan Haji dan tujuh
hari setelah kembali kepada keluarganya (tanah
airnya). Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud:
"Kalau dia tidak dapat (mengadakan Dam),
maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam
masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi
apabila kamu kembali (ke tempat
masing-masing).
Tempat Penyembelihan:
Wajib dikorbankan di Tanah Haram dan
dibahagikan kepada orang-orang miskin dan
harus dibahagikan Dam tersebut kepada
seluruh orang Islam yang fakir.
--------------------------------------------------------------------------------
Dam Ihsar: Definisinya: Binatang ternakan
(berkaki empat) yang dikorbankan di
Baitullah untuk mengabdikan diri kepada
Allah s.w.t.
Dalilnya: Firman Allah s.w.t: Yang
bermaksud: "Maka sekiranya kamu dikepung (dan
dihalang daripada menyempurnakannya ketika
kamu sudah berihram, kamu bolehlah
bertahallul serta) sembelihlah Dam yang
mudah didapati."
Hukumnya: Wajib kepada mereka yang
terhalang dari bertahallul sebelum sempat
menyempurnakan ibadat Haji.
Tempat Penyembelihan: Di tempat berlaku
sebab-sebab yang menghalangnya.
Jenis-jenisnya: Satu pertujuh dari unta
atau lembu atau seekor kambing.