Dalil dari hadis:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Islam dibina atas lima rukun." Baginda
s.a.w. menyebut di antaranya ialah ibadat Haji.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak ada
ganjaran bagi Ibadat Haji yang mabrur kecuali Syurga."
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa
yang mengerjakan ibadat Haji dan tidak sekali-kali
menyetubuhi isterinya juga tidak melakukan maksiat
nescaya dia kembali suci bersih sebagaimana hari dia
dilahirkan." Sabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud: "Wahai umatku semua, sesungguhnya Allah
s.w.t. memfardhukan ibadat haji kepada kamu, oleh
itu kamu hendaklah mengerjakan ibadat haji." Lalu
seorang lelaki bertanya Baginda s.a.w.: "Adakah
wajib dikerjakan pada setiap tahun, wahai Rasullullah?"
Rasulullah s.a.w. hanya diam sehinggalah lelaki
tersebut bertanya kali ketiga lantas Baginda s.a.w.
menjawab: "Jika aku katakan ya, nescaya kamu wajib
mengerjakan pada setiap tahun, oleh itu kerjakanlah
ibadat haji ketika kamu berkemampuan."
Semua imam-imam bersependapat bahawa ibadat Haji
adalah fardhu, malah ia adalah rukun Islam kelima dan ia
juga fardhu yang perlu dikerjakan secepat mungkin.
Fardu:
Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan dan ia adalah
penentu bagi ibadat Haji sama ada sah atau tidak serta
tidak wajib membayar Dam apabila meninggalkannya. Fardhu
juga dikira sebagai rukun dan syarat. Semua Mazhab
bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam
Haji. Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan malah batal
Haji jika meninggalkannya. Fardhu juga dikira sebagai
rukun Haji.
Perkara-perkara fardu di dalam Haji terdiri dari
empat perkara iaitu:
1- Berihram.
2- Wuquf di Arafah.
3- Tawaf Ifadhah.
4- Bersaie di antara Safa dan Marwah.
Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan
wajib dalam Haji.
Perkara-perkara wajib didalam
Haji:
Wajib: Pekerjaan
Haji yang mesti dikerjakan serta wajib membayar Dam jika
meninggalnya.
Perkara-perkara wajib di dalam Haji terdiri dari
empat perkara iaitu:
1- Berihram dari Miqat.
2- Wuquf di Arafah.
3- Bermalam di Muzdalifah.
4- Bermalam di Mina.
5- Bercukur atau bergunting rambut dan bercukur adalah
afdhal.
6- Melontar setiap Jamrah.
7- Tawaf Wida'
Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan
wajib dalam Haji.
Perkara-perkara sunat didalam
Haji:
Perkara yang digalak mengerjakannya. Orang yang
mengerjakannya akan diganjarkan dengan pahala dan orang
yang meninggalkannya tidak akan dibalas seksa. Sunat,
mandub, mustahab dan tatawwu' ialah: Beberapa perkataan
yang mempunyai pengertian sama.
Perkara-perkara
sunat di dalam Haji iaitu:
1- Mandi sunat Ihram.
2- Bertalbiah.
3- Melakukan Tawaf Qudum bagi bagi orang yang
mengerjakan Haji Ifrad dan Haji Qiran.
4- Bermalam di Mina pada malam Arafah.
5- Berlari-lari anak dan sopan-santun ketika melakukan
Tawaf Qudum