| |
| |
 |
| Jenis-jenis Haji |
|
 |
|
| |
Ada
3cara menjalankan ibadat haji |
 |
| |
Haji
Tamattu':
Haji Tamattu' ialah
mengerjakan Umrah pada bulan-bulan Haji,
kemudian mengerjakan Haji pada tahun yang
sama, di mana ketika berniat ihram Haji
jemaah Haji berniat secara "Haji Tamattu'".
Setelah itu dia berniat dan berihram untuk
mengerjakan Umrah secara berasingan seperti
yang dijelaskan sebagaimana berikut. Dia
hendaklah menyebut:
|
 |
|
|
Yang bermaksud: (Aku telah menyahut
seruanMu untuk menunaikan Umrah
kerana ingin mengerjakan Haji Tamattu'),
wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku ingin
mengerjakan Umrah, maka permudahkanlah
bagiku, maka terimalah ibadat Umrah
daripadaku, sahaja aku menunaikan ibadat
Umrah dan berihram dengannya kerana
Allah Taala. Serta bertalbiah.
Ketika sampai di Mekah al-Mukarramah
jemaah Haji pergi ke Baitullah al-Haram
lalu mengerjakan Tawaf mengelilingi
Kaabah sebanyak tujuh pusingan, kemudian
bersaie di antara Safa dan Marwah
sebanyak tujuh kali, kemudian
bertahallul dari Ihram dengan bercukur
atau bergunting. Jemaah Haji terus
berada dalam keadaan Tahallul
sehinggalah sampai pada hari Tarwiah
iaitu pada 8 Zulhijah di mana jemaah
Haji akan berniat Ihram Haji dari tempat
dia turun sambil berkata:
"Aku telah
menyahut seruanMu untuk
menunaikan Haji, wahai Tuhanku!
Sesungguhnya aku ingin mengerjakan Haji,
maka permudahkanlah bagiku, maka
terimalah ibadat Haji daripadaku, sahaja
aku menunaikan ibadat Haji dan berihram
dengannya kerana Allah Taala.
Telah aku penuhi seruanMu wahai
Tuhanku, telah aku penuhi seruanMu,
telah aku penuhi seruanMu wahai
Tuhanku, tidak ada sekutu bagiMu.
Telah aku penuhi seruanMu,
sesungguhnya segala puji, segala nikmat
dan segala pemerintahan adalah kepunyaanMu,
tidak ada sekutu bagiMu. Wahai
Tuhanku! Diharamkan bagiMu
rambutku dan diriku, jasadku dan semua
anggotaku, daripada wangi-wangian dan
perempuan serta dari semua perkara yang
Engkau haramkan terhadap orang
yang berihram, aku mengharapkan
pertolonganMu, wahai Tuhan
sekelian alam."
Seterusnya dia
mengerjakan Haji sebagaimana jemaah Haji
yang mengerjakan Haji Ifrad, cuma dia
perlu membayar Dam kerana menikmati
kemudahan semasa mengerjakan Umrah pada
bulan-bulan Haji sebagaimana firman
Allah s.w.t: Yang bermaksud:
"Maka sesiapa
yang mahu menikmati kemudahan dengan
mengerjakan."
Umrah (dan terus menikmati kemudahan itu)
hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah
ia melakukannya kemudian wajiblah ia)
menyembelih Dam yang mudah didapati.
Orang yang telah mengerjakan Tawaf Umrah
ketika mengerjakan Haji Tamattu' tidak
perlu lagi mengerjakan Tawaf Qudum bagi
Haji malah selepas Tahallul yang pertama
dia hendaklah melakukan Tawaf Ifadhah
dan bersaie di antara Safa dan Marwah
bagi ibadat Haji mengikut pendapat
jumhur ulama. Walau bagaimanapun bagi
Mazhab Hanafi, bagi jemaah Haji yang
mengerjakan Haji Tamattu' yang tidak
membawa (mendapatkan) binatang ternakan,
tetapi jika telah membawa (mendapatkan)
binatang tersebut, maka hukumnya sama
seperti hukum Haji Qiran.
|
|
|
| |
2. Haji Qiran |
 |
| |
Haji
Qiran:
Haji Qiran ialah menghimpunkan antara
Haji dan Umrah dalam satu perjalanan musafir
(sekali pergi). Jemaah Haji berniat Haji dan
Umrah dengan satu niat dari miqat yang
ditetapkan dengan berkata: Yang bermaksud:
"Aku telah memenuhi seruanMu untuk
menunaikan ibadat Haji dan Umrah."
|
|
|
|
| |
Apabila
jemaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran
memasuki Kota Mekah, dia melakukan Tawaf di
Baitullah sebanyak tujuh pusingan secara
berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama
kemudian diteruskan dengan bersaie di antara
Safa dan Marwah seterusnya disyarakkan di
sisi Hanafi agar jemaah Haji melakukan
pekerjaan-pekerjaan Haji sebagaimana Haji
Ifrad manakala di sisi jumhur memadai bagi
jemaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran
melakukan satu Tawaf (tujuh pusingan) dan
satu Saie (tujuh pusingan) sahaja kerana
Tawaf dan Saie Umrah yang dilakukan itu juga
dikira sebagai Tawaf dan Saie Haji
sehinggalah dia bertahallul dari Umrah dan
Haji secara serentak. |
| |
3. Haji
Ifrad |
 |
| |
Haji
Ifrad:
Haji Ifrad ialah berihram Haji sahaja (mengerjakan
ibadat Haji secara berasingan) di mana
jemaah Haji hanya berniat ihram Haji sahaja
di miqat yang ditetapkan kemudian menyebut:
Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Aku ingin
mengerjakan ibadat Haji, oleh itu
permudahkanlah bagiku dan terimalah ibadat
Hajiku."
|
|
|
|
| |
|
Lantas
bertalbiah. Apabila memasuki Kota Mekah jemaah
Haji mula melakukan pekerjaan Haji di Masjidil
Haram di mana apabila melihat Baitullah jemaah
Haji bertakbir kemudian mengucapkan LA
ILAAHA ILLALLAH dan bertasbih seterusnya
melakukan Tawaf bagi bukan penduduk Mekah iaitu
Tawaf Qudum mengelilingi Baitullah sebanyak
tujuh kali sambil menutup bahu kiri dan
berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama.
Cara tersebut adalah sunat di sisi jumhur dan
wajib bagi Mazhab Maliki. Penduduk Mekah tidak
boleh melakukan Tawaf tersebut. Setelah selesai
melakukan Tawaf Qudum, dilakukan pula Saie di
antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh pusingan.
Kemudian terus berada di Mekah dalam keadaan
berihram. Apabila tiba hari Tarwiah dia
berangkat ke Mina dan berada di sana sehingga
selesai mendirikan sembahyang Subuh hari Arafah.
Setelah itu bertolak pula ke Arafah dan berada
di sana serta mendirikan sembahyang Zuhur dan
Asar pada waktu Zuhur (Jamak Taqdim). Setelah
tenggelam matahari jemaah Haji mula ifadhah (beredar)
sehingga tiba di Muzdalifah lalu mendirikan
sembahyang Maghrib dan Isyak. Apabila terbit
matahari pada Hari Nahar (Hari Raya Korban),
jemaah Haji ifadhah (beredar) lagi ke Mina
lantas mula melontar. Talbiah tidak lagi disebut
setelah bermulanya lontaran pertama. Kemudian
menyembelih korban jika ingin berbuat demikian
lantas bercukur atau bergunting sebagai
bertahallul, dengan demikian jemaah Haji dihalal
semua perkara yang diharamkan semasa dalam
keadaan berihram kecuali perempuan (bersetubuh).
Setelah itu jemaah haji kembali ke Mekah lalu
melakukan Tawaf di Baitullah sebagai Tawaf
ziarah sebanyak tujuh pusingan seterusnya
bersaie di antara Safa dan Marwah jika tidak
melakukan Saie selepas Tawaf Qudum. Setelah
selesai bolehlah bersaie dan bertahallul serta
dihalalkan baginya perempuan (bersetubuh).
Jemaah Haji kembali semula ke Mina dan berada di
sana sehingga selesai melontar ketiga-tiga
jamrah sama ada jemaah Haji yang tergesa-gesa
ingin cepat pulang atau yang masih mempunyai
banyak masa. Setelah itu jemaah Haji kembali
lagi ke Mekah melakukan Tawaf Wida'. |
|
|
|
| |
|
|
|
|
|
|
 |
|
|