IBADAT HAJI DAN
UMRAH
Haji ialah mengunjungi Baitullah di
Makkah pada bulan-bulan tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu untuk
mengerjakan ibadah yang tertentu.
Umrah ialah menziarahi Kaabah pada
bila-bila masa untuk mengerjakan tawaf, saie dan bercukur mengikut syarat-syarat
yang tertentu.
Syarat wajib haji dan
umrah:
(a) Islam tidak wajib ke atas orang
kafir. (b)
Berakal
tidak wajib ke atas orang gila. (c) Baligh
tidak wajib ke atas kanak-kanak. (d) Merdeka tidak wajib ke atas hamba
sahaya. (e) Berkemampuan tidak wajib ke atas orang
yang tidak ada upaya dan tiada kuasa.
2. Dalil wajib haji ke atas orang yang
berkemampuan. Firman Allah S.WT.
Maksudnya:
Dan mengerjakan haji itu wajib atas manusia kerana Allah, bagi mereka
yang berkemampuan mengadakan perjalanan ke
Baitullah.
3. Maksud istitaah @
berkemampuan:
(a) terjamin keselamatan diri, nyawa, dan harta
semasa dalam perjalanan. (b) mempunyai kenderaan yang selamat dan
sesuai untuk pergi dan balik. (c)
mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk pergi dan balik serta ahli
keluarga yang ditinggalkan. (d)
ada kesempatan untuk mengerjakan haji. (e) bagi wanita (yang sudah berkaliwin) hendaklah
ditemani oleh dua orang muhrim atau kumpulan wanita yang boleh dipercayai serta
mendapat izin danpada suaminya.
RUKUN HAJI
Rukun haji ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan
dalam ibadah haji. Jika tertinggal salah satu drpnya, maka tidak sah hajinya dan
wajib diganti pada tahun hadapan.
Rukun haji ialah
:
1. Niat
Ihram haji di miqat
Miqat ialah sempadan masa dan
tempat bagi memulakan ibadat haji.
Miqat
terbahagi kepada dua, iaitu:
a) miqat
makani;
b) miqat
zamani.
Miqat zamani bagi ibadat haji ialah pada
bulan Syawal hingga 10 Zulhijrah sementara Miqat zamani bagi umrah
ialah sepanjang tahun.
Miqat
makani bagi ibadat haji ialah:
a) bagi
jemaah haji yang datang dari arah timur spt penduduk Najd dan Kuwait ialah Qarnul Manazil. (94km dari
Makkah) b) jemaah haji
yang melalui Lautan Hindi menuju ke Laut Merah spt dari Yaman dan India ialah di
Yalamlam; (54km dari
Makkah) c) bagi
jemaah haji yang datang dari Madinah ialah Zulhulaifah @
Bi’ru Ali (450km dari Makkah) d) bagi
jemaah haji yang tinggal di Makkah ialah di rumah mereka
sendiri; e) bagi
jemaah haji yang datang dari barat laut spt Syria, Mesir, Maghribi dan
Sepanyol ialah di
Juhfah.(187km dari Makkah)
f)
bagi jemaah haji yang datang
dari Iraq ialah Zatu lrqin
(94km dari
Makkah).
Miqat makani bagi umrah ialah
di Tanah Halal seperti Hudaibiyah, Tan’im
dan
Jaknanah.
Antara
hikmat-hikmat ditentukan miqat bagi ibadat haji
termasuklah:
a) supaya kita
memahami bahawa setiap pekerjaan ada permulaan dan ada
kesudahannya; b)
supaya kita dapat membuat persiapan dan persediaan
sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.
2.
Wukuf di Arafah
Berhenti seketika di Arafah antara waktu gelincir matahari (Zohor) 9
Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah.
3. Tawaf di
Baitullah
Tawaf bermaksud mengelilingi
BaitullahilHaram sebanyak tujuh pusingan kerana beribadat kepada Allah
S.W.T. mengikut syarat-syarat yang tertentu.
Amalan tersebut menyamai amalan
malaikat yang mengelilingi Arasy Allah S.W.T. dan bertasbih memuji
kebesaranNya.
Tawaf
terbahagi kepada empat jenis, iaitu:
(a)
Tawaf Qudum; iaitu
Tawaf Selamat Datang ke Makkah yang dilakukan oleh mereka yang
mengerjakan haji secara ifrad;
(b)
Tawaf Ifadah, iaitu
Tawaf Rukun yang wajib dilakukan dalam ibadat haji atau
umrah;
(c)
Tawaf Widak, iaitu
Tawaf Selamat Tinggal bagi jemaah haji yang hendak meninggalkan
Makkah;
(d)
Tawaf Sunat, iaitu
ketika jemaah haji menziarahi Masjidil-Haram.
Syarat-syarat sah tawaf
ialah:
(a) niat kerana
Allah semata-mata bukan kerana tujuan lain (b) suci drp
hadas kecil dan besar serta dari sebarang najis (c) sentiasa
mengirikan Kaabah dan berjalan ke hadapan (d) menutup
aurat (d) tawaf di dlm
masjid dan di luar Kaabah tujuh kali pusingan (e) bermula
dari sudut Hajar Aswad.
4.
Saie
Berjalan
(berlari anak) dari Safa ke Marwah berjalan (berlari anak) dari Safa
ke Marwah sebanyak 7 kali
Syarat-syarat Saie ;
a) Dilakukan
selepas Tawaf Rukun/Qudum b) Bermula di
bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah c) Cukup
7 kali dengan yakin iaitu dikira sekali dari Safa ke Marwah dan sekali drp
Marwah ke Safa d) Hendaklah
sampai ke penghujung tempat Saie di Safa dan Marwah e) Hendaklah
Saie di Batnu Wadi (tempat yang telah ditetapkan) (f)
Hendaklah saie semata-mata kerana Allah, bukan tujuan yang
lain
5.
Bercukur
Mengunting
sekurang-kurangnya 3 helai rambut Waktu bercukur adalah selepas
melontar Jamrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijah.
6.
Tertib
Rukun-rukun
haji hendaklah dilakukan mengikut susunan tetapi bercukur boleh dikerjakan
sebelum tawaf bagi orang yang melakukan tahalul awal.
WAJIB
HAJI
Wajib haji
ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan semasa mengerjakan haji. Jika
ditinggalkan salah satu daripadanya, haji seseorang itu sah tetapi
diwajibkan membayar denda (dam).
Perkara wajib haji
ialah:
1.
Niat ihram di Miqat
(i) Wajib berniat mengerjakan haji atau umrah di
Miqat. (ii) Jika berniat di
tempat lain daripada miqat yang ditentukan masih dihukumkan sah
hajinya tetapi dikenakan denda kerana tidak berniat di
Miqat.
2.
Bermalam di Muzdalifah
(i) Bermalam di Mudzalifah selepas tengah malam 10
Zulhijah hingga subuh. (ii) Wajib berada di Muzdalifah walaupun seketika
pada waktu yang ditetapkan.
3. Melontar
Jamrah Al-Aqabah
Waktu melontar
Jamrah Al-Aqabah bermula dan tengah malam 10 Zulhijah hingga maghrib hari yang
sama.
4. Bermalam di
Mina
Hendaklah bermalam pada
malam-malam 11, 12, dan 13 Zulhijah.
5.
Melontar ketiga-tiga jamrah
Waktu melontar
ketiga-tiga jamrah pada hari 11, 12, dan 13 Zulhijah masing-masing
dengan tujuh biji batu.
Syarat-syarat melontar
a) hendaklah melontar 7 kali pada setiap jamrah b) hendaklah
tertib iaitu memulakan dengan
jamrah AlUla, Al-Wusta dan kemudian jamrah Al-Aqabah. c) niat
semata-mata melontar, bukan untuk tujuan lain. d) melontar dengan batu yang
suci e) batu yang dilontar masuk ke dalam tempat melontar dengan
yakin f) melontar dengan gaya melontar g) melontar dengan tangan h)
dilarang melontar untuk orang lain melainkan telah melontar untuk diri
sendiri
6. Meninggalkan perkara-perkara yang haram semasa
ihram:
(i) menutup kepala bagi lelaki dan
menutup muka serta memakai sarung tangan bagi
wanita. (ii) memakai
pakaian berjahit bagi lelaki. (iii)
memakai bau-bauan pada badan, pakaian dan
makanan. (iv) memakai minyak
pada rambut dan janggut. (v)
mencabut bulu atau rambut dan badan. (vi) memotong kuku. (vii) membunuh binatang
buruan. (viii)
bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat. (ix) jimak
(bersetubuh). (x)
melakukan akad nikah, mewali pernikahan atau menikah (Nikah yang dilakukan dalam ihram adalah tidak
sah.)
Perkara-perkara sunat
haji
1. Mandi sunat ketika hendak memakai
ihram. 2. Mandi ketika hendak masuk ke Makkah. 3.
Mandi ketika hendak wukuf di Arafah. 4. Solat sunat dua rakaat
ketika hendak memu ihram. 5. Membanyakkan membaca al-Quran
dan zikir 6. Berdoa ketika bercukur. 7. Mengucapkan
talbiah sepanjang ihram hingga tahalul awal. 8. Sembahyang dua
rakaat selepas tawaf seeloknya di belakang makam Nabi Ibra a.s. 9.
Bermalam di Mina pada 9 Zulhijah. 10. Tinggal di Arafah sehingga
jatuh matahari 9 Zulhijah.
Perkara yang membatalkan
haji
1.
Tertinggal salah satu daripada rukun haji. 2. Melakukan
persetubuhan atau akad nikah sebelum tahalul
pertama.
Rukun
Umrah
1. Niat
ihram seperti:
Sahaja
aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah
Taala.
2.
Tawaf di Baitullah (Kaabah). 3. Saie iaitu berjalan (berlari anak) dari
Safa ke Marwah
Wajib Umrah
1. Niat umrah di
miqat. 2.
Meninggalkan segala larangan semasa ihram.
Tahalul
1. Tahalul
ialah keluar dari ihram haji atau umrah. 2. Tahalul terbahagi
kepada dua, iaitu:
(a)
Tahalul awal – setelah selesai drp melakukan 2
daripada perkara-perkara berikut ;
(i) Melontar di Zamrah
Al-Aqabah pada 10
Zulhijjah
(ii) Bercukur
(iii) Tawaf
- boleh
melakukan semua perkara yang dilarang semasa ihram kecuali
a)
menjadi wali @ bernikah b)
bercumbuan c)
berjimak
(b) Tahalul Thani
– setelah selesai melakukan perkara-perkara berikut
;
(i) Melontar di Zamrah
Al-Aqabah pada 10
Zulhijjah
(ii) Bercukur
(iii) Tawaf
- segala larangan semasa ihram dimahsukhkan
Nafar
1. Nafar bermaksud meninggalkan Mina
dengan niat tidak akan kembali ke Mina lagi. 2. Nafar
terbahagi kepada, dua iaitu:
(a) Nafar
Awal (b) Nafar
Thani.
3. Nafar awal ialah meninggalkan Mina
selepas gelincir matahari pada 12
Zulhijah dengan niat tidak akan kembali ke Mina lagi. 4.
Syarat-syarat Nafar Awai ialah;
(a) keluar dari Mina selepas gelincir
matahari dan sebelum jatuh matahari pada 12 Zulhijah; (b)
selesai melontar di ketiga-tiga jumrah pada 12 Zulhiiah; (c) niat
tidak akan kembali lagi ke Mina; (d) bermalam di Mina
selama dua malam.
5.
Nafar Thani ialah meninggalkan Mina setelah selesai
melontar Jumrah pada 13 Zulhijah, 6. Nafar
mempunyai beberapa hikmat seperti ;
(a) menolong jemaah haji yang uzur
menyelesaikan ibadat haji dengan cepat; (b) memberi kelonggaran kepada jemaah haji
yang mempunyai urusan lain (c) memberi peluang kepada jemaah haji
memendekkan waktu ibadat haji kerana sebab-sebab
tertentu
CARA MENGERJAKAN HAJI
HAJI IFRAD
Haji Ifrad
iaitu mengerjakan haji dan umrah secara berasingan sama ada mengerjakan haji
dahulu kemudian mengerjakan umrah @ mengerjakan umrah sebelum tiba musim haji.
Haji yang paling afdhal.
Haji Ifrad ialah berihram Haji sahaja (mengerjakan
ibadat Haji secara berasingan) di mana jemaah Haji hanya berniat ihram Haji
sahaja di miqat yang ditetapkan kemudian menyebut:
Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Aku ingin mengerjakan
ibadat Haji, oleh itu permudahkanlah bagiku dan terimalah ibadat Hajiku. Lantas
bertalbiah. Apabila memasuki Kota Mekah jemaah Haji mula melakukan pekerjaan
Haji di Masjidil Haram di mana apabila melihat Baitullah jemaah Haji bertakbir
kemudian mengucapkan LA ILAAHA ILLALLAH dan bertasbih seterusnya melakukan Tawaf
bagi bukan penduduk Mekah iaitu Tawaf Qudum mengelilingi Baitullah sebanyak
tujuh kali sambil menutup bahu kiri dan berlari-lari anak pada tiga pusingan
pertama. Cara tersebut adalah sunat di sisi jumhur dan wajib bagi Mazhab Maliki.
Penduduk Mekah tidak boleh melakukan Tawaf tersebut. Setelah selesai melakukan
Tawaf Qudum, dilakukan pula Saie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh
pusingan. Kemudian terus berada di Mekah dalam keadaan berihram. Apabila tiba
hari Tarwiah dia berangkat ke Mina dan berada di sana sehingga selesai
mendirikan sembahyang Subuh hari Arafah. Setelah itu bertolak pula ke Arafah dan
berada di sana serta mendirikan sembahyang Zuhur dan Asar pada waktu Zuhur
(Jamak Taqdim). Setelah tenggelam matahari jemaah Haji mula ifadhah (beredar)
sehingga tiba di Muzdalifah lalu mendirikan sembahyang Maghrib dan Isyak.
Apabila terbit matahari pada Hari Nahar (Hari Raya Korban), jemaah Haji ifadhah
(beredar) lagi ke Mina lantas mula melontar. Talbiah tidak lagi disebut setelah
bermulanya lontaran pertama. Kemudian menyembelih korban jika ingin berbuat
demikian lantas bercukur atau bergunting sebagai bertahallul, dengan demikian
jemaah Haji dihalal semua perkara yang diharamkan semasa dalam keadaan berihram
kecuali perempuan (bersetubuh). Setelah itu jemaah haji kembali ke Mekah lalu
melakukan Tawaf di Baitullah sebagai Tawaf ziarah sebanyak tujuh pusingan
seterusnya bersaie di antara Safa dan Marwah jika tidak melakukan Saie selepas
Tawaf Qudum. Setelah selesai bolehlah bersaie dan bertahallul serta dihalalkan
baginya perempuan (bersetubuh). Jemaah Haji kembali semula ke Mina dan berada di
sana sehingga selesai melontar ketiga-tiga jamrah sama ada jemaah Haji yang
tergesa-gesa ingin cepat pulang atau yang masih mempunyai banyak masa. Setelah
itu jemaah Haji kembali lagi ke Mekah melakukan Tawaf
Wida'.
HAJI
TAMATTU':
Haji Tamattu' ialah mengerjakan Umrah pada
bulan-bulan Haji, kemudian mengerjakan Haji pada tahun yang sama, di mana ketika
berniat ihram Haji jemaah Haji berniat secara "Haji Tamattu'". Setelah itu dia
berniat dan berihram untuk mengerjakan Umrah secara berasingan seperti yang
dijelaskan sebagaimana berikut. Dia hendaklah menyebut:
Yang bermaksud: (Aku telah menyahut
seruanMu untuk menunaikan Umrah kerana ingin mengerjakan Haji Tamattu'), wahai
Tuhanku! Sesungguhnya aku ingin mengerjakan Umrah, maka permudahkanlah bagiku,
maka terimalah ibadat Umrah daripadaku, sahaja aku menunaikan ibadat Umrah dan
berihram dengannya kerana Allah Taala. Serta bertalbiah.
Ketika sampai di Mekah al-Mukarramah
jemaah Haji pergi ke Baitullah al-Haram lalu mengerjakan Tawaf mengelilingi
Kaabah sebanyak tujuh pusingan, kemudian bersaie di antara Safa dan Marwah
sebanyak tujuh kali, kemudian bertahallul dari Ihram dengan bercukur atau
bergunting. Jemaah Haji terus berada dalam keadaan Tahallul sehinggalah sampai
pada hari Tarwiah iaitu pada 8 Zulhijah di mana jemaah Haji akan berniat Ihram
Haji dari tempat dia turun sambil berkata:
Yang bermaksud: Aku telah menyahut
seruanMu untuk menunaikan Haji, wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku ingin
mengerjakan Haji, maka permudahkanlah bagiku, maka terimalah ibadat Haji
daripadaku, sahaja aku menunaikan ibadat Haji dan berihram dengannya kerana
Allah Taala. Telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, telah aku penuhi seruanMu,
telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, tidak ada sekutu bagiMu. Telah aku
penuhi seruanMu, sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan segala pemerintahan
adalah kepunyaanMu, tidak ada sekutu bagiMu. Wahai Tuhanku! Diharamkan bagiMu
rambutku dan diriku, jasadku dan semua anggotaku, daripada wangi-wangian dan
perempuan serta dari semua perkara yang Engkau haramkan terhadap orang yang
berihram, aku mengharapkan pertolonganMu, wahai Tuhan sekelian alam.
Seterusnya dia mengerjakan Haji
sebagaimana jemaah Haji yang mengerjakan Haji Ifrad, cuma dia perlu membayar Dam
kerana menikmati kemudahan semasa mengerjakan Umrah pada bulan-bulan Haji
sebagaimana firman Allah s.w.t:
Yang bermaksud: Maka sesiapa yang
mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah (dan terus
menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia
melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati.
Orang yang telah mengerjakan Tawaf
Umrah ketika mengerjakan Haji Tamattu' tidak perlu lagi mengerjakan Tawaf Qudum
bagi Haji malah selepas Tahallul yang pertama dia hendaklah melakukan Tawaf
Ifadhah dan bersaie di antara Safa dan Marwah bagi ibadat Haji mengikut pendapat jumhur ulama.
Walau bagaimanapun bagi Mazhab Hanafi, bagi jemaah Haji yang mengerjakan Haji
Tamattu' yang tidak membawa (mendapatkan) binatang ternakan, tetapi jika telah
membawa (mendapatkan) binatang tersebut, maka hukumnya sama seperti hukum Haji
Qiran.
HAJI QIRAN
Haji Qiran ialah menghimpunkan antara Haji dan Umrah
dalam satu perjalanan musafir (sekali pergi). Jemaah Haji berniat Haji dan Umrah
dengan satu niat dari miqat yang ditetapkan dengan
berkata:
Yang bermaksud: Aku telah memenuhi
seruanMu untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah.
Apabila jemaah Haji yang mengerjakan
Haji Qiran memasuki Kota Mekah, dia melakukan Tawaf di Baitullah sebanyak tujuh
pusingan secara berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama kemudian diteruskan
dengan bersaie di antara Safa dan Marwah seterusnya disyarakkan di sisi Hanafi
agar jemaah Haji melakukan pekerjaan-pekerjaan Haji sebagaimana Haji Ifrad
manakala di sisi jumhur memadai bagi jemaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran
melakukan satu Tawaf (tujuh pusingan) dan satu Saie (tujuh pusingan) sahaja
kerana Tawaf dan Saie Umrah yang dilakukan itu juga dikira sebagai Tawaf dan
Saie Haji sehinggalah dia bertahallul dari Umrah dan Haji secara serentak.
DAM (DENDA)
Dam ialah denda yang dikenakan kepada jemaah haji yang berikut
;
a)
melakukan haji secara Tamattuk atau Qiran, atau b) meninggalkan
salah satu wajib haji, atau c) melakukan perkara-perkara yang dilarang
ketika ihram
Jenis-jenis Dam
1.
Dam Tertib dan Ta'dil -
Kesalahannya ;
Persetubuhan yang merosakkan haji
Denda
a)
hendaklah menyembelih seekor unta b) jika tidak mampu, menyembelih seekor
lembu c) jika tidak mampu, menyembelih 7 ekor kambing d) jika tidak mampu,
membeli makanan yang sama nilai dengan seekor unta dan disedeqahkan kpd fakir
miskin di Mekah e) jika tidak mampu, hendaklah berpuasa sebanyak bilangan
cupak makanan yang dapat dibeli dgn nilai seekor unta
Kesalahannya ;
Tidak dapat masuk ke Tanah Haram atas sebab-sebab kesihatan spt
berpenyakit atau merebaknya penyakit merbahaya, atau atas sebab
keselamatan spt peperangan, diculik, diancam musuh dsb sedangkan sudah berihram.
Denda
Hendaklah dia bertahallul ikhsar (ringkas) dengan
; a) menyembelih seekor kambing dan kemudian bercukur b) jika tidak mampu,
hendaklah membeli makanan yang sama nilai dengan seekor kambing dan disedeqahkan
kpd fakir miskin di Mekah c) jika tidak mampu, hendaklah hendaklah berpuasa
sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dgn nilai seekor
kambing
2. Dam Tertib dan Taqdir
- iaitu dam yang tidak
boleh dipilih @ diganti dengan yang lain
kecuali tidak
terdaya melakukannya.
Kesalahannya ;
a) ihram
Tamattuk b) ihram Qiran c) tertinggal salah satu wajib haji d)
meninggalkan tawaf wida' e) melanggar nazar ketika melakukan haji
Denda
a)
menyembelih seekor kambing @ 1/7 unta/lembu, jika tidak mampu... b) berpuasa
10 hari iaitu 3 hari di Mekah dan 7 hari di tanah air sendiri.
#
bagi wanita yang uzur kerana haid @ nifas tidak diwajibkan tawaf widak dan tidak
dikenakan dam
3. Dam Takhyir dan Ta'dil -
boleh dipilih salah satu
drp perkara yang telah ditetapkan.
Kesalahannya ;
a)
memburu binatang buruan b) menebang, memotong @ mencabut pokok di Tanah
Haram
Denda
Denda berdasarkan bandingan binatang yang diburu, rusa
bandingannya lembu dan kijang bandingannya kambing. Denda bagi pokok yang
ditebang sama spt bandingan di atas. Denda bolehlah dipilih di antara yang
berikut ;
a)
menyembelih seekor binatang bandingan atau b) membeli makanan yang sama nilai
dengan binatang bandingan dan disedeqahkan kpd fakir miskin di Mekah c)
berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dgn nilai binatang
bandingan itu tadi.
4. Dam Takhyir dan
Taqdir
Kesalahannya
;
a) melakukan perkara-perkara yang dilarang
ketika ihram b) melakukan persetubuhan selepas Tahalul Awal tetapi belum
selesai Tahalul Thani c) melakukan persetubuhan selepas persetubuhan yang
merosakkan haji.
Denda
Denda bolehlah dipilih di antara yang berikut
; a) menyembelih seekor kambing atau b)
bersedeqah kpd 6 orang fakir miskin sebanyak 2 cupak setiap seorang
atau c) berpuasa 3 hari
CARA HAJI WANITA HAID DAN
NIFAS
Ulama' telah membahagikannya kepada 3 pendapat
(cara) iaitu ;
Pertama
Wanita yang mengerjakan haji secara Tamattuk,
sama ada haid @ nifas sebelum atau semasa ihram, apabila sampai ke Mekah
hendaklah menunggu sehingga suci. Jika ia suci pada hari berniat ihram, maka
hendaklah melakukan Tawaf Umrah, saie dan bercukur (tahalul). Kemudian melakukan
ibadah haji spt biasa.
Jika berterusan uzur sehingga berangkat ke
Arafah (Wukuf) hendaklah ia berniat ihram Haji dan memasukkan haji ke dlm umrah
sekali (jadi Haji Qiran) dan seterusnya melaksanakan dam Qiran.
Kedua
Wanita yang mengerjakan haji secara Ifrad @
Qiran hendaklah terus mengerjakan semua kerja-kerja haji melainkan Tawaf. Tawaf
hanya dikerjakan apabila ia suci.
Ketiga
Sekiranya haid @ nifas masih berkekalan hingga
habis musim haji dan hendak balik ke negeri masing-masing, hendaklah ia menunggu
hingga suci untuk Tawaf atau dia keluar dari Mekah dgn syarat kembali
semula setelah suci untuk Tawaf. Dia tidak boleh bersetubuh dengan suaminya
selagi belum menyelesaikan Tawaf tadi
|