|
 |
| |
|
Haji Wida' - Madinah
Sabtu 26-11-10 H 22-2-632 M
1. Rasulullah s.a.w. tinggal diMadinah
selama sepuluh tahun. Baginda s.a.w.
berkorban setiap tahun tetapi belum lagi
mengerjakan Haji sehingga pada bulan Zulkaedah
tahun kesepuluh Hijrah, Baginda s.a.w.
telah membuat keputusan untuk keluar mengerjakan
Haji. Setelah Baginda s.a.w. memberitahu
hasrat tersebut kepada orang ramai berita
tersebut heboh disekitar Kota Madinah kerana
masing-masing berkeinginan untuk mengerjakan
ibadat Haji bersama Nabi Muhammad s.a.w.
Mereka berusaha sedaya upaya untuk bersama-sama
Nabi Muhammad s.a.w. sama ada secara
menunggang binatang tunggangan atau berjalan
kaki. Keadaan ini menyebabkan Kota Madinah
dipenuhi dengan orang ramai. Bilangan mereka
yang berkumpul menemui Baginda s.a.w.
dalam perjalanan tidak terhitung ramainya.
Mereka berkumpul disebelah hadapan, belakang,
kiri dan kanan Baginda s.a.w. sehingga
sayup mata memandang kerana jumlah mereka yang
begitu ramai. Mereka ingin mengikuti
Rasulullah s.a.w. dan melakukan sebagaimana
yang dilakukan oleh Baginda s.a.w.
2. Ketika Baginda s.a.w. ingin keluar
untuk mengerjakan ibadat Haji, Baginda s.a.w.
telah melantik Abu Dujanah Sammak bin Khursyah
as-Sa'idiy sebagai pemimpin di Madinah dan ada
juga yang berkata Baginda s.a.w. melantik
Subak bin Urfutah.
3. Rasulullah s.a.w mendirikan
sembahyang Zuhur di Madinah sebanyak empat
rakaat, Baginda s.a.w. berkhutbah kepada
orang ramai dan mengajar mereka tentang ibadat
Haji yang akan mereka kerjakan (khutbah).
4.Setelah itu Baginda s.a.w. meminta
supaya mengambil untanya lalu Baginda s.a.w.
mengguriskan tanda dibahagian bonggol sebelah
kanan unta tersebut lalu mengalir darah darinya.
Seterusnya Baginda s.a.w. menyarungkan
kalung tanda keleher unta tersebut. Baginda
s.a.w. menyerahkan kepada orang lain urusan
menanda dan menyarung kalung unta-unta yang
lain. Sebaik sahaja selesai meletakkan tanda,
Baginda s.a.w. menyerahkan untanya sebagai
Dam kepada Najiah Ibnu Jundab al-Aslami.
5. Rasulullah s.a.w mandi sunat
Ihram, memakai wangi-wangian lantas memakai dua
pakaian ihram kemudian menyebut: Yang bermaksud:
"Wahai Tuhanku, jadikanlah dia Haji yang
diterima, tanpa ada perasaan riak dan ingin
menunjuk-nunjuk."
6. Rasulullah s.a.w keluar dari Kota
Madinah pada waktu tengahari iaitu selepas Zuhur
pada hari Sabtu, melalui jalan-jalan yang
berpokok, lima hari sebelum genap bulan
Zulkaedah. Ketika keluar dari Kota Madinah,
Baginda s.a.w. mendirikan sembahyang di
Masjidnya
Haji
Wida' > Zul Hulaifah
Sabtu 26-11-10 H 22-2-632 M
1. Jarak di antara Zul Hulaifah dengan Kota
Madinah adalah sejauh tiga batu dan ia terletak
di Wadi Atik. Baginda berjalan ke Zul Hulaifah,
sebaik sahaja tiba di sana pada waktu asar,
Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang Asar
secara qasar.
2. Rasulullah s.a.w turun ke Samurah
yang terletak didalam kawasan masjid di Zul
Hulaifah tetapi tidak pula ke Rausah yang berada
dikanan jalan.
3. Seterusnya Rasulullah s.a.w
mendirikan sembahyang Maghrib dan Isyak kemudian
Rasulullah s.a.w berjumpa
isteri-isterinya pada malam tersebut secara
bergilir-gilir, selepas itu Rasulullah s.a.w
mandi dan disapu wangi-wangian oleh Saidatina
Aisyah r.a. Setelah itu Rasulullah s.a.w
bermalam di Zul Hulaifah.
4. Setelah mendirikan sembahyang Subuh
Rasulullah s.a.w memberitahu para
sahabatnya dengan bersabda: "Semalam aku
telah dikunjungi sesuatu daripada Tuhanku
(mengikut riwayat yang lain Jibril) lalu
berkata: Dirikan sembahyang dilembah ini dan
sebutkanlah Umrah didalam hati."
5. Perintah supaya mendirikan sembahyang di
lembah Aqiq merupakan perintah supaya tetap
berada di Zul Hulaifah sehingga selesai
sembahyang Zuhur, setelah itu bolehlah memakai
pakaian Ihram.
Asma' melahirkan anak:
Sebaik sahaja kenderaan tunggangan tiba
di Zul Hulaifah, Asma' binti Umais, isteri Abu
Bakar as-Siddiq telah melahirkan seorang anak
bernama Muhammmad bin Abu Bakar. Asma' dibawa
berjumpa Rasulullah s.a.w lalu bertanya:
"Apakah yang perlu aku lakukan?" Rasulullah
s.a.w : "Mandilah dan pakailah pakaian
kemudian niatlah untuk mengerjakan ibadat Haji."
Pengajaran Yang Boleh
Diambil:
Kekuatan Iman dan kecekalan
wanita Islam. Kalau tidak kerana kekuatan iman
dan kecekalannya, sudah tentu beliau tidak
bermusafir dari Madinah untuk mengerjakan ibadat
Haji memandangkan dia berada dalam keadaan
hampir bersalin.
Zul Hulaifah - Ihram:
|
Ahad 27-11-10 H
23-2-632 M |
|
1. |
Setelah selesai
mendirikan sembahyang Zuhur, (Rasulullah
s.a.w mula untuk berihram.
Rasulullah s.a.w memulakan dengan
mandi kali kedua bukannya manda yang
telah Rasulullah s.a.w lakukan
pada hari sebelum hari tersebut.
Rasulullah s.a.w
membasuh
kepala dengan menggunakan dua jenis
tumbuhan yang biasa digunakan untuk
membasuh kepala iaitu khitmi (sejenis
tumbuhan berbunga) dan Usynan
iaitu Potash (ia biasa digunakan
untuk membuat sabun). Setelah selesai
mandi
Rasulullah s.a.w menyapu kepala
dengan sedikit minya
kemudian
meratakannya dengan menggunakan
kedua-dua tangan. Setelah itu Saidatina
Aisyah r.a menyapu tubuh dan kepala
baginda dengan wangian kasturi sehingga
kesan kasturi kelihatan pada sendi-sendi
baginda. |
2. (Rasulullah s.a.w ditanya oleh
seorang lelaki: "Apakah pakaian yang boleh
dipakai oleh orang yang berihram?" Rasulullah
s.a.w menjawab: "Kamu tidak boleh memakai
baju, serban, seluar,jubah yang mempunyai
penutup kepala dan khuf (berbentuk stokin tetapi
diperbuat dari kulit) kecuali selipar yang tiada
penutup hadapan dan belakang."
Berniat Ihram:
|
1. |
Rasulullah
s.a.w memasuki masjid Zul Hulaifah
lalu mendirikan sembahyang empat rakaat
kemudian berniat Ihram Haji di dalam
masjid tersebut sehingga dapat didengari
oleh sahabat yang berada di dalamnya
lalu mereka berkata: "Baginda s.a.w.
bertalbiah untuk Ihram Haji dari masjid
dan ketika menunggang tunggangan."
Manakala sahabat yang berada di tepi
masjid pula berkata: "Baginda s.a.w.
bertalbiah Ihram Haji ketika tunggangan
bersedia untuk bertolak." Ketika berada
di Baida' juga baginda s.a.w.
bertalbiah Ihram Haji dan didengari oleh
sahabat yang berada di Baida', lalu
mereka berkata: "Baginda s.a.w.
bertalbiah Ihram Haji dari Baida'. Semua
kata-kata mereka adalah betul. |
|
2. |
Nabi Muhammad
s.a.w berlafaz niat Ihram Haji dan
Umrah satu kali, berlafaz niat Ihram
Umrah satu kali dan berlafaz niat Ihram
Haji sahaja satu kali kerana Umrah
adalah sebahagian daripadanya. Oleh
sebab yang demikianlah ada yang
mengatakan Baginda sa.w.
mengerjakan Haji Qiran, ada yang
mengataka
Baginda s.a.w.
mengerjakan Haji Tamattu' dan ada juga
yang mengatakan Baginda sa.w.
mengerjakan Haji Ifrad. Manakala
pendapat yang betul ialah pada mulanya
Nabi Muhammad s.a.w mengerjakan
ibadat Haji secara Ifrad. Setelah itu
berihram Umrah dan memasukkannya ke
dalam ibadat Haji maka jadilah: Haji
Qiran. |
|
3. |
Sesiapa yang
meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad
s.a.w mengerjakan ibadat Haji secara
Ifrad maka itulah yang asalnya. Manakala
sesiapa yang meriwayatkan bahawa Nabi
Muhammad s.a.w mengerjakan ibadat
Haji secara Qiran adalah berdasarkan
kepada pekerjaan terakhir
Rasulullah s.a.w
dan sesiapa yang meriwayatkan bahawa
Nabi Muhammad s.a.w mengerjakan
ibadat Haji secara Tamattu' ialah kerana
mengambil maksud Tamattu' dari sudut
bahasa yang bererti beruntung dan
mendapat faedah. |
Talbiah:
|
1. |
Rasulullah
s.a.w bertalbiah dengan menyebut:
Yang bermaksud: (Telah aku penuhi
seruanMu wahai Tuhanku, telah aku
penuhi seruanMu, telah aku penuhi
seruanMu wahai Tuhanku, tidak ada
sekutu bagiMu. Telah aku penuhi
seruanMu, sesungguhnya segala
puji, segala nikmat dan segala
pemerintahan adalah kepunyaanMu,
tidak ada sekutu bagiMu)
dengan kuat hingga para sahabat
mendengarnya menyebabkan mereka turut
serta bertalbiah. |
|
2. |
Rasulullah s.a.w
juga bertalbiah dengan menyebut: Yang
bermaksud: (Telah aku penuhi seruanMu
wahai Tuhanku, telah aku penuhi seruanMu,
telah aku penuhi keinginanMu.
Kebaikan terletak pada kekuasaanMu,
telah aku penuhi seruanMu,
musafir keranaMu dan beramal
keranaMu). |
|
3. |
Talbiah
Rasulullah s.a.w ialah: Yang
bermaksud: Telah aku penuhi seruanMu
dengan mengerjakan ibadat Haji dan
kepadaMulah kami memperhambakan
diri. |
|
4. |
Nabi Muhammad
s.a.w juga menyebut di dalam Talbiah
baginda s.a.w.: Yang bermaksud:
Telah aku penuhi seruanMu
wahai Tuhanku, Tuhan yang
sebenar-benarnya, telah aku penuhi
seruanMu. |
|
5. |
Sebaik sahaja
Rasulullah s.a.w berhenti dari
bertalbiah,
Rasulullah s.a.w
terus memohon keampunan, keredhaan
kepada Allah s.w.t. serta memohon
agar diselamatkan dari api Neraka. |
|
6. |
Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud: "Aku
telah didatangi Jibril a.s. lalu meminta
supaya aku memerintahkan para sahabat
menyaringkan suara mereka ketika
bertalbiah."
Jiibril a.s. juga berkata: "Wahai
Muhammad (s.a.w.), banyakkanlah
bertalbiah dan berkorban." |
|
7. |
Di dalam riwayat
yang lain: Jibril datang berjumpa aku
lalu berkata: "Wahai Muhammad (s.a.w.)
Suruhlah sahabat-sahabat kamu supaya
menyaringkan suara mereka dengan talbiah
kerana sesungguhnya talbiah adalah syair
iaitu lambang ibadat Haji." |
Haji
Wida' > Rauha'
Isnin 28-11-10 H 24-2-632 M
1. Jarak di antara Rauha' dengan Zul
Hulaifah adalah sejauh kira-kira 50 km. Oleh itu
ketika Rasulullah s.a.w keluar dari Kota
Madinah selepas Zuhur pada hari Sabtu, sudah
tentu baginda s.a.w. bermalam pada malam
hari Isnin di pertengahan jalan di antara Zul
Hulaifah dan pinggir Rauha'. Setelah subuh
barulah Rasulullah s.a.w meneruskan
perjalanan sambil bertalbiah.
2. Sebaik sahaja tiba di Rauha' Rasulullah
s.a.w terlihat kaldai liar yang telah
disembelih lalu Rasulullah s.a.w berkata
kepada para sahabat: "Biarkan dia, kemungkinan
tuannya akan datang." Setelah beberapa ketika
tuannya yang berasal dari Kabilah Bahzin datang
berjumpa Rasulullah s.a.w lalu berkata:
"Wahai Rasulullah s.a.w, terpulanglah
kepadamu untuk menguruskan kaldai ini."
Rasulullah s.a.w memerintahkan Abu Bakar
supaya membahagikannya kepada para sahabat.
3. Rasulullah s.a.w
pernah mendirikan sembahyang dimasjid kecil yang
terletak ditepi jalan sebelah kanan semasa anda
pergi keMekah iaitu sebelum masjid besar yang
terdapat di Rauha'.
Haji
Wida' > Uthayah
Selasa 29-11-10 H 25-2-632 M
1. Seterusnya Rasulullah s.a.w
beredar perlahan-lahan dari Rauha' menuju ke
Uthayah yang terletak kira-kira 90 km dari
Rauha' dimana penunggang terpaksa bermalam pada
malam Selasa di suatu tempat sebelum Nabi
Muhammad s.a.w sampai di Uthayah.
2. Ketika berada di Uthayah terletak diantara
Ruwaithah dan Arju tiba-tiba Rasulullah s.a.w
terlihat seekor kijang yang terkena panah
berhenti dibawah bayangan lalu Rasulullah
s.a.w memerintahkan seorang lelaki (mengikut
sesetengah pendapat Rasulullah s.a.w
memerintahkan Abu Bakar as-Siddiq r.a.) supaya
berdiri berhampiran kijang tersebut agar tidak
diganggu oelh orang ramai sehingga mereka
menjauhinya.
Di sini berlaku sedikit keraguan
iaitu:
Kenapakah Nabi s.a.w menyuruh agar
memakan daging kaldai liar sedangkan baginda
s.a.w. melarang dari memakan kijang ketika
berada di Uthayah? Tafsir: Pemburu kaldai liar
adalah seorang yang tidak berniat Ihram malah
dia sendiri yang datang berjumpa Nabi
Muhammad s.a.w dan baginda s.a.w.
melihatnya tidak berihram. Oleh sebab itulah
daging kaldai liar halal dimakan dan tidak
ditegah dari memakannya. Mengenai kijang pula
Nabi Muhammad s.a.w tidak mengetahui
siapakah pemburunya dan siapakah yang
memanahnya. Adakah orang yang memanahnya seorang
yang berihram atau tidak? Oleh sebab yang
demikianlah baginda s.a.w. tidak
mengizinkan para sahabat memakannya.
Haji
Wida' > Arju
|
Arju - Berhenti Di Arju:
Selasa 29-11-10 H 25-2-632 M
Arju adalah
sebuah tempat yang terletak berhampiran
dengan Badar tempat dimana berlakunya
peperangan Badar Kubra. Nabi Muhammad
s.a.w berhenti di Arju. Ia terletak
tidak begitu jauh dari Uthayah.
Baginda s.a.w. bermalam di Arju pada
malam Rabu. Cuba perhatikan adakah
jumlah hari bulan Zulkaedah tahun
kesepuluh Hijrah sebanyak 29 hari atau
30 hari.
Maklumat:
Terdapat perselisihan pendapat di antara
perawi tentang bulan Zulkaedah tahun 10
Hijrah. Adakah ia sempurna atau kurang?
Sebab berlakunya perselisihan pendapat
ialah kerana terdapat hadis yang
diriwayatkan daripada Ibnu Abbas,
Saidatina Aisyah dan Jabir r.a (bahawa
Nabi Muhammad s.a.w keluar dari
Kota Mahinah lima hari sebelum sempurna
bulan Zulkaedah oleh itu Ibnu Hazmi
berkata Nabi Muhammad s.a.w
keluar pada Hari Khamis 24 Zulkaedah.
Pendapat yang
lain mengatakan, Nabi Muhammad s.a.w
keluar pada hari Sabtu dan perawi
menyangka bulan tersebut adalah
sempurna. Oleh itu semua pendapat
bersepakat mengatakan bahawa bulan
Zulkaedah pada tahun tersebut hanya 29
hari sahaja. Hanya Allah s.w.t.
sahaja Yang Maha Mengetahui
perkara sebenarnya.
|
* |
Nabi
Muhammad s.a.w
keluar pada hari Sabtu 26
Zulkaedah bersamaan 22 Februari
632 M. |
|
* |
Bilangan
hari pada bulan Zulkaedah tahun
10 Hijrah adalah 30 hari. |
|
* |
Bulan
Zulhijah juga adalah sebanyak 30
hari kerana tahun tersebut
adalah tahun lompat mengikut
taqwin (kalendar) Hijrah dan
bulan Februari adalah sebanyak
29 hari kerana tahun 632 M juga
adalah tahun lompat mengikut
taqwim (kalendar) Masehi.
|
|
* |
Apabila
bilangan hari bulan Zulhijah
sebanyak 30 hari nescaya tahun
Hijrah tersebut dikira tahun
lompat, jika bilangan bulan
Zulhijah sebanyak 29 hari
nescaya tahun tersebut dikira
bukan tahun lompat. Sekiranya
anda ingin mengetahui perbezaan
di antara tahun Hijrah biasa
dengan tahun Hijrah lompat, anda
bolehlah membahagikan jumlah
hari dalam tahun tersebut kepada
30. Cuba bandingkan bakinya
bersama nombor-nombor berikut: 2
- 5 - 7 - 10 - 13 - 15 - 18 - 21
- 24 - 26 - 29, sekiranya baki
tersebut menyamai salah satu
darinya maka jelaslah bahawa
tahun tersebut adalah tahun
lompat. Jika sebaliknya, maka
tahun tersebut bukan tahun
lompat. Perkara sebegini jelas
pada bulan Zulhijah, sekiranya
tahun tersebut bukan tahun
lompat maka bilangan hari bulan
Zulhijah adalah sebanyak 29
hari, tetapi jika tahun tersebut
tahun lompat maka bilangan hari
bulan Zulhijah adalah sebanyak
30 hari. |
Arju -
Kehilangan Unta:
|
Rabu
30-11-10 H 26-2-632 M |
Unta pembawa
makanan Nabi Muhammad s.a.w dan
makanan Saidina Abu Bakar as-Siddiq
adalah unta yang sama. Ia dibawa oleh
budak suruhan Saidina Abu Bakar. Ketika
mereka berhenti di Arju, Nabi
Muhammad s.a.w duduk berehat dan Abu
Bakar berada disisi Nabi Muhammad
s.a.w manakala Aisyah berada disisi
Nabi Muhammad s.a.w dibahagian
yang lain. Asma' binti Abu Bakar juga
berada ditempat tersebut. Abu Bakar
menunggu-nunggu budak suruhannay datang
berjumapa dengannya. Setelah beberapa
ketika budak suruhan yang
ditunggu-tunggu datang berjumpa
dengannya tetapi tidak ada unta
bersamanya. Lalu Abu Bakar bertanya:
"Dimana untamu?" Budak tersebut
menajwab: "Telah hilang kelmarin." Abu
Bakar berkata sembil merenung tajam:
Unta seekor pun boleh hilang?" Lalu
Saidina Abu Bakar memukul budak
suruhannya sedangkan Nabi Muhammad
s.a.w hanya tersenyum kemudian
berkata: "Tengoklah kamu kepada orang
yang berihram ini. Apakah yang dia
lakukan?" Nabi Muhammad s.a.w
tidak lagi meneruskan kata-katanya itu
sebaliknya Nabi Muhammad s.a.w
terus tersenyum.
Arju - Makanan
Ahli Fadhalah:
|
Rabu
30-11-10 H 26-2-632 M. |
Ketika
diberitahu tentang kehilangan unta
Rasulullah s.a.w yang membawa
makanan kepada keluarga Fadhalah, mereka
terus mengambil satu bekas yang penuh
dengan Hais iaitu makanan yang diperbuat
dari minyak sapi dan gandum atau gandum
dan tamar lalu membawanya kepada
Rasulullah s.a.w.
Rasulullah
s.a.w bersabda: "Wahai Abu Bakar!
Kemarilah. Allah s.w.t. telah
mengurniakan kepada kita makanan yang
lebih baik". Melihat keadaan Abu Bakar
yang masih lagi tidak dapat menahan
kemarahan terhadap budak suruhannya,
Rasulullah s.a.w berkata: "Cukuplah
wahai Abu Bakar! Apa yang berlaku
bukanlah kehendak kamu dan bukan juga
kehendak kita semua, malah budak suruhan
kamu cukup berhati-hati agar unta
tersebut tidak hilang. Semua perkara ini
adalah diluar kehendaknya". Setelah itu
Rasulullah s.a.w, keluarga
baginda s.a.w., Abu Bakar dan para
sahabat yang ada bersamanya memakan
makanan yang dihidangkan sehingga mereka
semua kenyang.
Arju - Unta
Kembali:
|
Rabu
30-11-10 H 26-2-632 M |
|
1. |
Orang
ramai terkejut melihat keadaan
Safuan bin al-Mu'attal r.a yang
tergesa-gesa membawa seekor unta
yang membawa bekalan makanan ke
rumah Rasulullah s.a.w,
sehinggalah beliau meletakkan
unta tersebut di hadapan pintu
rumah baginda. Melihat keadaan
demikian Rasulullah s.a.w
bertanya kepada Abu Bakar as-Siddiq
r.a: "Itukah barang-barangmu?"
Abu Bakar menjawab: "Aku tidak
pernah kehilangan sesuatu
kecuali sebiji bekas yang biasa
kami gunakan untuk meminum air
dan ia diperbuat dari kayu."
Budak suruhannya menjawab: "Ini
bekasnya! Ada bersamaku." Abu
Bakar berkata kepada Safuan: "Allah
s.w.t. telah mengurniakan
amanah kepadamu." |
|
2. |
Setelah
beberapa detik Saad bin Ubadah
dan anaknya Qais r.a datang
memanggil Rasulullah s.a.w
sambil membawa seekor unta yang
penuh dengan bekalan makanan.
Setelah sampai di rumah
Rasulullah s.a.w, mereka
berdua terus mendapatkan
Nabi
Muhammad s.a.w
yang masih berdiri di pintu
rumahnya. Pada waktu itu
Allah s.w.t. telah
mengembalikan unta pembawa
bekalan yang telah hilang. Saad
berkata: "Wahai Rasulullah!
Kami telah diberitahu bahawa
kamu telah kehilangan unta yang
membawa bekalan makanan pagi
tadi. Oleh itu ambillah unta
kami ini yang penuh dengan
bekalan makanan sebagai gantinya."
Rasulullah s.a.w menjawab:
"Allah s.w.t. telah
mengembalikan unta kami yang
membawa bekalan makanan.
Pulanglah kamu berdua dengan
membawa unta yang penuh dengan
bekalan makanan kamu itu, semoga
Allah s.w.t. memberkati
kamu berdua. |
|
|
Haji
Wida' > Abwa'
Abwa' 30-11-10 H 26-2-632 M
1. Kemudian Rasulullah s.a.w
meneruskan perjalanan. Semasa Rasulullah
s.a.w berada di Abwa' Rasulullah s.a.w
dihadiahkan seekor kaldai liar oleh as-So'bu bin
Jassamah. Mengikut riwayat yang lain: "Separuh
kaldai liar" namun Rasulullah s.a.w tidak
menerimanya sebaliknya Rasulullah s.a.w
bersabda: "Aku tidak akan menolaknya sekiranya
aku tidak berihram."
2. Para sahabat yang menunggang binatang
tunggangan meneruskan lagi perjalanan menuju ke
Wadi Asafan yang terletak di Mekah pada hari
Rabu.
Haji
Wida' > Asafan
Jumaat 2-12-10 H 28-2-632 M
1.Nabi Muhammad s.a.w bermalam pada
malam Khamis di suatu tempat yang terletak di
antara Abwa' dan Wadi Asafan. Nabi Muhammad
s.a.w meneruskan perjalanan pada hari
Khamis dan bermalam pada malam Jumaat di suatu
tempat yang tidak begitu jauh dengan Wadi Asafan
manakala pada hari Jumaat pula, Nabi Muhammad
s.a.w meneruskan lagi perjalanannya
sehinggalah sampai di Wadi Asafan.
2. Semasa Nabi Muhammad s.a.w
berjalan-jalan di Wadi Asafan, Baginda s.a.w.
bersabda: "Wahai Abu Bakar, Wadi apakah
ini?" Abu Bakar menajwab: "Wadi Asafan, ya
Rasulullah" Baginda s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya Nabi Hud dan Nabi Soleh telah
melalui wadi ini secara menunggang unta jantan
yang masih muda dan berwarna merah serta
mempunyai tali kekang yang diperbuat dari
seludang iaitu kelopak atau pembalut yang
berjalur dan berselimut dengan jubah. Mereka
bertalbiah dan mengerjakan ibadat Haji dengan
mengunjungi Baitullah."
3. Rasulullah s.a.w bermalam di
Mekah pada malam Sabtu selepas Baginda s.a.w.
melalui Wadi Asafan. Setelah Subuh
Baginda s.a.w. meneruskan lagi perjalanan ke
Saraf.
Haji
Wida' > Saraf-Melintasi
Sabtu 3-12-10 H 29-2-632 M
Ibnu Saad menyebut di dalam kitab at-Tobaqaat
al-Kubra bahawa: "Rasulullah s.a.w
melalui az-Zahran pada hari Isnin dan matahari
tenggelam pada hari yang sama semasa baginda
berada di Saraf." Sebenarnya: Rasulullah
s.a.w melalui az-Zahran pada pagi hari Sabtu
kemudian melalui Saraf pada hari yang sama dan
Rasulullah s.a.w meneruskan perjalanan
sehinggalah Rasulullah s.a.w berhenti di
Zu Tuwa serta Rasulullah s.a.w bermalam
di sana pada malam Ahad, Wallahu A'lam.
Saraf - Membatalkan
Haji:
Sabtu 3-12-10 H 29-2-632 M
1. Ketika Rasulullah s.a.w berada di
Saraf, Baginda s.a.w. berkata kepada para
sahabat: "Sesiapa yang tidak mempunyai Dam dan
ingin menukar ibadat Hajinya kepada Umrah maka
bolehlah dia melakukannya tetapi sesiapa yang
mempunyai Dam janganlah berbuat demikian."
(iaitu hendaklah dia terus berada di dalam
Ihramnya). Tindakan ini dinamakan oleh
ulama-ulama Fekah sebagai membatalkan Haji.
2. Empat belas orang sahabat r.a telah
meriwayatkan hadis daripadaRasulullah s.a.w
tentang tindakan menukar ibadat Haji kepada
Umrah dan Hadis mereka semua adalah Sahih.
Saraf
- Aisyah Menangis:
Sabtu 3-12-10 H 29-2-632 M
|
|
Ketika
Rasullullah s.a.w. berada berada di
daerah Saraf, Saidatina Aisyah datang
haid sedangkan beliau dalam keadaan
berihram umrah, lalu
Rasullullah s.a.w. menemuinya
yang kebetulan sedang menangis.
Rasullullah s.a.w. bertanya:
"Aisyah, apakah yang menyebabkan kamu
menangis, jangan-jangan kamu datang
haid?" Aisyah menjawab: "Ya".
Rasullullah s.a.w. berkata: "Ini
adalah sesuatu yang telah ditetapkan
oleh Allah s.w.t. keatas
wanita-wanita, oleh itu lakukanlah
sebagaimana yang dilakukan oleh jemaah
Haji, cuma janganlah kamu melakukan
Tawaf." |
Haji
Wida' > Mekah
Ahad 4-12-10 H 1-3-632 M
1. Rasulullah s.a.w bertolak ke Mekah
dan memasukinya melalui dataran tinggi yang
terletak dari arah Hajun.
2. Rasulullah s.a.w berjalan memasuki
Kota Mekah pada waktu Dhuha dan terus ke pintu
Masjidil Haram lalu mentelekukan unta
tunggangannya kemudian memasuki Masjidil Haram
melalui Bab Abdul Manaf (Pintu Abdul Manaf) dan
kini orang ramai menamakannya Bab Bani Syaibah
(Pintu Bani Syaibah). Rasulullah s.a.w
memerhati ke arah Baitullah dan menghadapnya
lantas mengangkat kedua tangan seterusnya
bertakbir sambil membaca: Yang bermaksud: "Ya
Allah, Engkaulah yang bersifat
sejahtera, dariMu sahajalah
kesejahteraan. Oleh itu hidupkanlah kami wahai
Tuhanku dengan kesejahteraan. Ya Allah,
tambahkanlah Baitullah ini dengan kemuliaan,
kebesaran, keagungan dan kebaikan serta
tambahkanlah kurniaMu kepada sesiapa jua
yang memuliakannya (Baitullah) dan
membesarkannya dari kalangan orang-orang yang
mengerjakan ibadat Haji atau Umrah dengan
kemuliaan, kebesaran, keagungan dan kebajikan.
Di dalam riwayat yang lain Rasulullah
s.a.w membaca: Yang bermaksud: "Ya Allah,
tambahkanlah Baitullah ini dengan kemuliaan,
kebesaran, keagungan dan kebaikan."
Semasa Rasulullah s.a.w memasuki Masjidil
Haram, Rasulullah s.a.w terus menuju ke
Baitullah tanpa mendirikan sembahyang sunat
Tahiyyatul Masjid kerana Tahiyyatul Masjid bagi
Masjidil Haram adalah Tawaf.
Mekah - Tawaf:
|
1. |
Rasulullah
s.a.w memulakan Tawafnya dari
Hajarulaswad.
Rasulullah s.a.w
melambaikannya tanpa bersesak-sesak
untuk mengucupnya sambil kedua mata
baginda penuh berlinangan air mata. |
|
2. |
Rasulullah s.a.w memakai pakaian
Ihram secara menutup bahu kiri dan
membuka bahu kanan. Rasulullah s.a.w
berjalan sebagaimana biasa sebanyak
empat pusingan, setelah selesai empat
pusingan Rasulullah s.a.w
mengucup Hajarulaswad dan meletakkan
kedua tangan keatasnya kemudian menyapu
kemuka. |
|
3. |
Rasulullah s.a.w meneruskan lagi
tawafnya sebanyak tiga pusingan, setiap
pusingan Rasulullah s.a.w
memulakannya dari Hajarulaswad dan
mengakhirinya juga di Hajarulaswad. Pada
ketiga-tiga pusingan ini Rasulullah
s.a.w berjalan agak cepat sedikit,
walau bagaimanapun Rasulullah s.a.w
tidak membuka langkah lebih luas. |
|
4. |
Setiap kali
Rasulullah s.a.w
sampai di
garisan Hajarulaswad,
Rasulullah s.a.w
mengisyaratkannya secara melambai dengan
menggunakan Mihjan (tongkat yang
berkepala bengkok) dan mengucup
Mihjannya. Semasa melambai
Rasulullah s.a.w
membaca: |
|
5. |
Rasulullah s.a.w berkata kepada
Umar bin al-Khattab r.a.: "Wahai
Umar, engkau adalah seorang lelaki yang
kuat. Oleh itu janganlah kamu
berebut-rebut dengan orang ramai untuk
mengucup Hajarulaswad kerana keadaan
demikian akan menyakiti orang-orang yang
lemah. Sekiranya engkau berpeluang
bolehlah engkau mengucupnya jika tidak
maka hadaplah kearahnya serta bertalbiah
dan bertakbir." |
|
6. |
Orang ramai
menghafal doa yang dibaca oleh
Rasulullah s.a.w ketika berada di
antara dua rukun iaitu: Rukun Yamani dan
Hajarulaswad. Doa tersebut ialah: Yang
bermaksud: "Wahai Tuhan kami,
kurniakanlah kepada kami kebaikan di
dunia ini, begitu juga kurniakanlah
kepada kami kebaikan di akhirat dan
peliharalah kami dari azab Neraka." |
|
7. |
Setelah selesai
TawafRasulullah
s.a.w
beredar ke belakang maqam Ibrahim sambil
membaca: Yang bermaksud: "Dan kamu
jadikanlah maqam Ibrahim itu sebagai
tempat sembahyang." Pada waktu itu
maqam Ibrahim terletak sangat hampir
dengan Kaabah.
Rasulullah s.a.w mendirikan
sembahyang sebanyak dua rakaat
dibelakang maqam Ibrahim dengan kata
lain Rasulullah s.a.w menjadikan
maqam Ibrahim berada diantara
Rasulullah s.a.w dan Kaabah. Pada
rakaat pertama Rasulullah s.a.w
membaca surah Al-Fatihah dan surah
Al-Kafirun manakala pada rakaat yang
kedua pula Rasulullah s.a.w
membaca surah Al-Fatihah dan surah
Al-Ikhlas." |
|
8. |
Sebaik sahaja
selesai sembahyang baginda terus beredar
ke Hajarulaswad lalu mengucupnya
kemudian Baginda s.a.w. keluar
melalui Bab Bani Makhzum (Pintu Bani
Makhzum) yang bertentangan dengan bukit
Safa untuk memulakan Saie. Rasulullah
s.a.w tidak berebut-rebut dengan
orang ramai untuk mengucup Hajarul
Aswad, tidak menghadap ke arah Rukun
Yamani, tidak mengangkat kedua tangannya
dan tidak menyebut:
Yang bermaksud: "Sahaja aku berniat
Tawaf pada minggu ini (sekian atau
sekian.) Begitu juga Baginda s.a.w.
tidak memulakannya dengan bertakbir
sebagaimana Baginda s.a.w.
bertakbir untuk sembahyang.
Rasulullah s.a.w tidak menyentuh
Hajarulaswad dengan menggunakan
kedua-dua tangannya, tidak berdoa ketika
berada di pintu, tidak berdoa ketika
berada di bawah saluran hujan yang
diperbuat dari emas, tidak berdoa di
belakang Kaabah, tidak menghadkan
zikir-zikir tertentu semasa Tawaf dan
Rasulullah s.a.w tidak melakukannya
malah Rasulullah s.a.w tidak
mengajarnya. Oleh yang demikian
sepatutnya orang ramai mengambil
perhatian terhadap apa yang mereka
lakukan tanpa pengetahuan yang mendalam.
|
Mekah
- Saie:
Ketika mendaki bukit Safa Rasulullah s.a.w
membaca: Yang bermaksud: "Sesungguhnya Safa
dan Marwah itu ialah sebahagian daripada Syiar
(lambang) agama Allah s.w.t.. Oleh itu
sesiapa yang menunaikan ibadat Haji di Baitullah
atau mengerjakan Umrah maka tidak menjadi
kesalahan dia bersaie (berjalan dengan
berulang-alik) di antara keduanya dan sesiapa
yang sukarela mengerjakan perkara kebajikan maka
sesungguhnya Allah Maha Memberi Balasan
Pahala lagi Maha Mengetahui.
Kemudian Rasulullah s.a.w berkata: "Aku
mulai sebagaimana yang telah dimulakan oleh
Allah s.w.t." Kemudian Rasulullah s.a.w
mendaki bukit Marwah. Setelah berada diatas
bukit Marwah Rasulullah s.a.w mengadap
kearah Kaabah dan memuji Allah s.w.t.
sambil menyebut: Yang bermaksud: "Tiada Tuhan
melainkan Allah dan hanya Allah
jualah yang Maha Besar." Seterusnya
Rasulullah s.a.w menyebut: Yang
bermaksud: "Tidak ada Tuhan yang disembah
dengan sebenar-benarnya melainkan Allah,
Tuhan yang telah menepati segala janji-janjiNya,
Tuhan yang telah menolong hambaNya dan
menghancurkan segala musuh-musuh dengan
keagunganNya."
Ketika bersaie Rasulullah s.a.w juga
berkata: "Seseorang tidak akan mampu
melintasi lembah ini melainkan dengan kekuatan."
Kata-kata tersebut adalah untuk memberi
semangat kepada orang ramai tentang
perkara-perkara yang penting dan perlu dilakukan
semasa bersaie kerana orang ramai bergantung
kepada bimbingan Rasulullah s.a.w malah
mereka sentiasa mengikuti Rasulullah s.a.w
dari belakang. Rasulullah s.a.wbersaie
sehingga kelihatan dua lutut kerana terlalu kuat
berlari. Ketika berada di lembah antara Safa dan
Marwah Rasulullah s.a.w membaca: Yang
bermaksud: "Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku,
rahmatilah aku dan Engkaulah Allah
Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah."
Semasa orang ramai mengerumuni Rasulullah
s.a.w, mereka berkata: "Ini dia Muhammad,
menyebabkan tuan-tuan hamba juga keluar
mengerumuni Rasulullah s.a.w."
Rasulullah s.a.w tidak menolak orang ramai
dengan kedua tangan Rasulullah s.a.w
supaya mereka membuka jalan untuk keluar.
Melihat keadaan orang ramai yang semakin
bertambah mengerumuninya, Rasulullah s.a.w
terus menunggang unta dan menyempurnakan Saie
secara menunggang untanya yang bernama
al-Qaswa'. Ada sahabat-sahabat yang melihat
Rasulullah s.a.w berselimut dengan sehelai
kain buatan Najrani. Ketika Nabi Muhammad
s.a.w berada di atas bukit Marwah Baginda
s.a.w. menghadap ke arah Kaabah, bertakbir
kepada Allah s.w.t. dan melakukan
sebagaimana yang telah dilakukan semasa berada
di atas bukit Safa.
Mekah
- Perintah Pembatalan:
|
1. |
Ketika berada di
Saraf, Rasulullah s.a.w memberi
pilihan kepada para sahabat yang ingin
menukar niat Haji kepada Umrah dan
setelah selesai bersaie Baginda
s.a.w. menyuruh para sahabat
bertahallul seterusnya membenarkan para
sahabat melakukan semua perkara yang
ditegah semasa berihram seperti:
Bersetubuh dengan Isteri, memakai
bau-bauan, memakai pakaian berjahit
serta membenarkan mereka berada dalam
keadaan demikian sehingga ke hari
Tarwiah iaitu hari kelapan Zulhijah. |
|
2. |
Mendengar sabda
Baginda s.a.w. tersebut, ramai dari
kalangan sahabat yang bertahallul. Walau
bagaimanapun pada waktu itu
Rasulullah s.a.w tidak bertahallul
disebabkan oleh binatang Dam yang
Baginda s.a.w. bawa sejak dari
Madinah lagi, begitu juga dengan para
sahabat yang mempunyai Dam seperti Abu
Bakar, Umar, Talhah dan az-Zubair r.a. |
|
3. |
Demikian juga
dengan isteri-isteri Baginda s.a.w.,
mereka semua bertahallul kecuali Aisyah
kerana beliau datang haid sebelum
selesai mengerjakan ibadat Umrah.
Disebabkan keadaannya yang demikianlah
Aisyah terhalang dari bertahallul.
Fatimah puteri Rasulullah s.a.w
juga bertahallul kerana tidak mempunyai
binatang Dam. |
|
4. |
Saidina Ali bin
Abi Talib pulang dari Yaman dengan
membawa binatang Dam lalu terlihat
Fatimah r.a yang pada ketika itu telah
bertahallul, memakai pakaian yang
bercorak serta bercelak mata. Tindakan
ini ditegur oleh Saidina Ali bin Abu
Talib namun Saidatina Fatimah menjawab:
"Ayahku menyuruhku berbuat begini." |
|
5. |
Tanpa membuang
masa Saidina Ali bin Abu Talib terus
bertanya Rasulullah s.a.w lalu
Baginda s.a.w. menjawab: "Dia
benar, dia benar. Aku yang menyuruhnya
berbuat demikian." |
|
6. |
Saidina Ali
berniat Ihram Haji dari Yaman dengan
berkata: Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku,
aku berniat Ihram sebagaimana RasulMu
berniat Ihram." |
|
7. |
Abu Musa
al-Asy'ari adalah di antara sahabat yang
tiba bersama-sama rombongan Saidina Ali
dari Yaman tetapi beliau tidak membawa
binatang Dam. Oleh itu Nabi Muhammad
s.a.w menyuruh agar beliau
bertahallul selepas melakukan Tawaf
Umrah dan bersaie, dengan demikian
bertukarlah Hajinya kepada Umrah serta
jadilah Hajinya sebagai Haji Tamattu'. |
Mekah
- Khutbah Di Mekah:
|
1. |
Rasulullah s.a.w telah diberitahu
bahawa satu kaum berkata: "Kami telah
sampai untuk menunaikan ibadat Haji
tanpa diiringi dengan perkara lain.
Apabila kami tiba, kami telah
diperintahkan untuk mengerjakan ibadat
Umrah, lalu kami bertahallul untuk
menggauli isteri-isteri kami. Salah
seorang dari kalangan kami pergi ke Mina
dalam keadaan berjunub." |
|
2. |
Setelah
Rasulullah s.a.w mendengar berita
tersebut dan selesai bersaie, Baginda
s.a.w. terus bangun menyampaikan
khutbah kepada manusia dengan bersabda:
"Aku telah diberitahu bahawa satu
kaum berkata begitu dan begini. Demi
Allah! Sesungguhnya akulah orang yang
lebih baik dan lebih bertaqwa daripada
mereka, sekiranya aku tidak terlanjur
(mengikut riwayat yang lain, wahai
manusia! Sekiranya aku tidak terlanjur)
membawa binatang Dam, tentu tidak
terjadi begini dan sekiranya aku tahu
bahawa urusanku akan terjadi begini
tentu aku tidak membawa binatang Dam
untuk di sembelih kerana aku akan
menjadikannya Umrah. Oleh itu sesiapa
yang tidak mempunyai binatang Dam,
hendaklah dia bertahallul dan
menjadikannya ibadat Umrah". Setelah
itu seluruh manusia berlahallul. |
|
3. |
Lalu
Suraqah bin Malik bin Ja'tham yang
berada di bawah Wadi berkata: "Wahai
Rasulullah! Adakah Haji diwajibkan
pada tahun ini sahaja atau untuk
selama-lamanya? Nabi Muhammad s.a.w
bersabda sambil merapatkan kedua
tangannya: "Untuk selama-lamanya,
untuk selama-lamanya, untuk
selama-lamanya." Kemudian Baginda
s.a.w. bersabda: "Ibadat Umrah
telah dimasukkan ke dalam ibadat Haji
sehingga Hari Kiamat." |
|
4. |
Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah
r.a katanya: "Kami tiba bersama
Rasululluh s.a.w pada hari keempat
bulan Zulhijah dalam keadaan berihram
untuk mengerjakan ibadat Haji lalu kami
diperintahkan untuk menjadikannya Umrah.
Perintah tersebut begitu susah dan berat
untuk kami menerimanya sehingga perkara
tersebut sampai ke pengetahuan Nabi
Muhammad s.a.w. Lalu
Nabi
Muhammad s.a.w.bersabda:
"Wahai manusia! Kamu semua
bertahallullah. Sekiranya tidak kerana
binatang Dam yang ada bersamaku nescaya
aku juga akan lakukan sebagaimana yang
kamu lakukan". Mendengar sabda
Nabi
Muhammad s.a.w.,
kami terus bertahallul sehingga kami
dapat menggauli isteri-isteri kami
sebagaimana biasa." |
|
5. |
Apabila tiba hari
Tarwiah (hari kelapan Zulhijah), kami
keluar dari Mekah dan terus berniat
Ihram Haji. |
Mekah
- Tinggal Di Mekah:
|
Khamis 8-12-10
H 5-3-632 M |
|
1. |
Setelah selesai
bersaie di antara Safa dan Marwah,
Nabi
Muhammad s.a.w.
berjalan-jalan bersama orang ramai
sehinggalah sampai di Abtah, suatu
tempat di timur Mekah.
Nabi
Muhammad s.a.w.
tinggal di khemah merah dan menetap di
sana pada hari Ahad, Isnin, Selasa dan
Rabu sehinggalah selesai sembahyang
subuh pada hari Khamis. |
|
2. |
Sepanjang tempoh
Rasulullah s.a.w menetap di Abtah
bersama para sahabat,
Nabi
Muhammad s.a.w.
mendirikan sembahyang Zuhur, Asar dan
Isyak bersama mereka secara qasar dan
tidak kembali ke Kaabah sepanjang
hari-hari tersebut. |
|
3. |
Sebelum
sembahyang, Bilal r.a melaungkan azan
kemudian memacakkan tongkat dari arah
kiblat seterusnya meletak kulit kambing
di atasnya. Rasulullah s.a.w
mendirikan sembahyang mengimami orang
ramai secara menghadap ke arah tersebut.
Ketika sedang sembahyang, anjing dan
kaldai melintas dari belakang kulit
kambing tersebut. |
|
4. |
Kemudian orang
ramai bangun lalu menyapu muka mereka
dengan menggunakan tangan
Nabi
Muhammad s.a.w.
Salah seorang sahabat berkata: "Aku
telah mengambil tangan
Nabi
Muhammad s.a.w.
seterusnya menyapu ke mukaku. Aku dapati
ia lebih sejuk dari salji dan lebih
harum dari kasturi." |
Haji
Wida' > Mina (Tarwiah)
Khamis 8-12-10 H 5-3-632 M
1. Sehari sebelum tiba
hari Tarwiah (hari kelapan Zulhijah),
Nabi Muhammad
s.a.w.
telah berkhutbah di Mekah selepas masuk waktu
Zuhur.
2. Pada pagi hari
Khamis,
Nabi Muhammad
s.a.w.
beredar ke Mina dengan diiringi oleh umat Islam.
Para sahabat yang telah bertahallul selepas
mengerjakan Umrah, mula berihram kembali untuk
mengerjakan ibadat Haji. Namun begitu bukanlah
bererti mereka berihram di dalam Masjidil Haram
tetapi sebenarnya mereka berihram di luar Kota
Mekah.
3. Sebaik sahaja tiba
di Mina, mereka berhenti untuk sembahyang Zuhur
dan Asar. Mereka bermalam di sana pada malam
Jumaat. Setelah sembahyang Subuh, mereka
menunggu seketika sehingga terbit matahari
kemudian Rasulullah s.a.w meneruskan lagi
perjalanan dari Mina ke Arafah. Ketika unta
tunggangan
Nabi Muhammad
s.a.w.
yang beralaskan kain baldu bangkit bersedia
untuk bertolak
Nabi Muhammad
s.a.w.
menyebut kata-kata yang bermaksud: "Wahai
Tuhanku, jadikanlah ia Haji yang diterima, tiada
padanya perasaan untuk menunjuk-nunjuk dan untuk
membangga diri."
4.
Nabi Muhammad
s.a.w.
menggunakan jalan yang belum pernah dilalui oleh
orang ramai dan kini ia terletak di sebelah
kanan jalan menuju ke Mina Sebahagian dari para
sahabat bertalbiah dan sebahagian yang lain
bertakbir. Nabi s.a.w mendengar perkara tersebut
tetapi baginda tidak mengingkari mereka.
Haji
Wida' > Arafah
|
Arafah - Khutbah Arafah:
Jumaat 9-12-10 H 6-3-632 M
1. Pada zaman
jahiliah, kaum Quraisy berhenti wuquf di
Masy'arilharam. Ketika Rasulullah
s.a.w bertolak dari Mina menuju ke
Namirah,
Rasulullah s.a.w
mendapati khemah telah siap didirikan
sebagaimana yang
Rasulullah s.a.w
perintahkannya
lalu berhenti di situ. Apabila matahari
terbenam,
Rasulullah s.a.w
meminta para sahabat supaya mengambil
unta yang bernama Al-Qaswa' lalu
meneruskan perjalanan sehinggalah sampai
di lembah wadi tanah Arafah.
Rasulullah s.a.w
berdiri di atas
tanah tinggi Arafah lalu bersabda yang
bermaksud: "Setiap kawasan Arafah
adalah tempat wuquf kecuali Wadi
Uranah."
2. Rasulullah
s.a.w telah meminta seorang lelaki
bersuara nyaring yang bergelar Rabiah
bin Umayyah bin Khalaf al-Jamhi supaya
mengulang-ulang apa yang disebut oleh
Rasulullah s.a.w
agar orang ramai
dapat mendengarnya. Ketika itu Rabiah
berdiri di bawah leher unta
Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w
bersabda kepadanya: (Laungkan kepada
orang ramai) dan katakan yang bermaksud:
"Wahai manusia! Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Adakah kamu mengetahui bulan apakah
sekarang ini? Begitulah seterusnya
sehingga berakhir khutbah
Rasulullah s.a.w".
3.
Sebelum
sembahyang
Rasulullah s.a.w
berkhutbah kepada orang ramai sambil
berada di atas tungganganya dengan
bersabda selepas mengucap puji-pujian
kepada Allah s.w.t.: "Wahai
manusia! Sesungguhnya darah dan harta
kamu diharamkan kepada kamu sebagaimana
diharamkannya pada hari ini, bulan ini
dan tempat ini. Sesungguhnya kamu akan
bertemu Tuhan kamu untuk dipersoalkan
mengenai amalan-amalan kamu.
Sesungguhnya aku telah menyampaikan.
4. Sesiapa yang
diserahkan kepadanya amanah, hendaklah
ditunaikan amanah tersebut.
Bukankah
semua perkara tersebut amalan jahiliah
yang dilakukannya di sini begitu juga
dengan korban jahiliah turut dilakukan
di sini. Sesungguhnya Dam pertama yang
berlaku ialah Dam Rabiah (dalam riwayat
lain: Dam Ibnu Rabiah) bin Al-Haris bin
Abdul Muttalib, ketika itu beliau sedang
disusukan di perkampungan Bani Saad,
lalu dibunuh oleh Huzail. Setiap riba
adalah ditolak dan bagi kamu modal harta
kamu. Oleh itu janganlah kamu zalim
menzalimi antara satu sama lain kerana
Allah s.w.t. telah memutus bahawa
tidak ada riba. Sesungguhnya riba yang
pertama ialah riba yang dilakukan oleh
al-Abbas bin Abdul Muttalib, kesemuanya
itu ditolak.
5. Wahai manusia! Sesungguhnya Syaitan
telah putus asa untuk beribadat di atas
muka bumi ini buat selama-lamanya,
tetapi apa yang dia inginkan ialah
keburukan-keburukan daripada amalan
kamu. Oleh itu awasilah dia dari
agamamu.
6. Wahai manusia!
Sesungguhnya perbuatan mengundurkan
(kehormatan dari satu bulan ke satu
bulan yang lain) adalah menambahkan
kekufuran yang menyebabkan orang-orang
kafir itu tersesat kerananya. Mereka
menghalalkannya pada satu tahun dan
mengharamkannya pada satu tahun yang
lain, supaya mereka dapat menyesuaikan
bilangannya. Mereka
merendahkan-rendahkan apa yang
diharamkan oleh Allah. Oleh sebab itulah
mereka menghalalkan apa yang diharamkan
oleh Allah s.w.t. dan
mengharamkan apa yang dihalalkan oleh
Allah s.w.t.
Sesungguhnya masa telah beredar seperti
keadaan hari, kejadian langit dan bumi,
setahun adalah dua belas bulan. Mengikut
riwayat yang lain: "Sesungguhnya
bilangan bulan di sisi Allah s.w.t.
adalah sebanyak dua belas bulan. Dari
bulan-bulan tersebut ada empat bulan
haram, tiga daripadanya berturut-turut
iaitu: Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam,
seterusnya bulan Rejab yang berada di
antara bulan Jamadil Akhir dan Syaaban".
7. Wahai manusia!
Bertaqwalah kamu kepada Allah s.w.t.
dan berpesanlah kepada
perempuan-perempuan dengan kebaikan,
sesungguhnya mereka di sisi kamu
merupakan penolong, mereka tidak
mempunyai sesuatu untuk diri mereka.
Sesungguhnya kamu mengambil mereka
dengan amanah Allah s.w.t. dan
kamu menghalalkan kemaluan mereka dengan
kalimah Allah s.w.t.. (Mengikut
riwayat yang lain: Dengan kitab Allah
s.w.t.). Mereka mempunyai kewajipan
ke atas kamu dan kamu juga mempunyai
kewajipan ke atas mereka. Kewajipan
mereka ke atas kamu ialah tidak
membiarkan seseorang yang kamu benci
mengambil tempat kamu, kewajipan kamu
juga tidak melakukan perkara-perkara
yang keji secara nyata dan sekiranya
mereka melakukan perkara tersebut
sesungguhnya Allah s.w.t. memberi
keizinan kepada kamu untuk meninggalkan
mereka dari tempat tidur dan pukullah
mereka dengan pukulan yang tidak
mencederakan. Sekiranya mereka berhenti
dari melakukan perkara tersebut, kamu
wajib memberikan kepada mereka nafkah
dan pakaian dengan cara yang baik.
8. Amatilah wahai manusia kata-kataku
ini, sesungguhnya aku telah
menyampaikan. Aku telah tinggalkan
kepada kamu suatu perkara yang tidak
akan menyesatkan kamu selepas daripadaku
buat selama-lamanya sekiranya kamu
berpegang pada kedua-duanya, (mengikut
riwayat yang lain: Dua perkara yang
jelas) iaitu Kitab Allah s.w.t.
dan Sunah NabiNya.
9. Wahai manusia!
Dengarlah kataku ini dan amatilah, kamu
ketahui bahawa setiap orang Islam
merupakan saudara kepada orang Islam
yang lain dan sesungguhnya setiap orang
Islam itu bersaudara, oleh itu tidak
halal bagi seseorang terhadap saudaranya
kecuali apa yang diberinya dengan baik.
Janganlah kamu menzalimi diri kamu
sendiri. (Ketahuilah bahawa hati tidak
boleh belot di atas tiga perkara: Ikhlas
beramal kerana Allah s.w.t,
menasihati para pimpinan dan tetap
bersama dengan jemaah Islam.
Sesungguhnya doa mereka sentiasa
mengiringi mereka.).
Baginda s.a.w. menambah:
(Sesiapa yang menjadikan dunia sebagai
matlamatnya nescaya Allah s.w.t.
akan menjadikan kefakiran di hadapan
kedua matanya serta Allah s.w.t
melerai-leraikan ke atasnya hasil
usahanya dan tidak akan berlaku sesuatu
kecuali apa yang telah ditentukan oleh
Allah s.w.t. baginya. Sesiapa
yang berniat untuk akhirat, Allah
s.w.t akan mengurniakan kekayaan di
dalam hatinya dan akan memadai apa yang
ada pada dirinya malah kekayaan dunia
ini adalah merupakan suatu perkara yang
hina baginya).
Baginda s.a.w. menambah lagi:
"Sesungguhnya Allah s.w.t
merahmati sesiapa yang mendengar
perutusanku ini dan mengambil berat
tentangnya sehinggalah disampaikan
kepada orang lain." Berapa ramai
pendokong ilmu fekah tetapi tidak dikira
sebagai ahli fekah malah begitu ramai
ahli fekah yang mengajar kepada orang
yang lebih alim daripadanya.
10.
Orang yang
paling tinggi dari kalangan kamu ialah
orang yang memberi makan kepada mereka
sebagaimana kamu makan dan memberikan
pakaian kepada mereka sebagaimana kamu
pakai. Sekiranya mereka datang kepada
kamu dalam keadaan berdosa maka
janganlah kamu menghalaunya sebaliknya
ampunilah dia dan bersumpah setialah
kamu wahai hamba Allah serta
janganlah kamu menzalimi mereka.
11. Aku mewasiatkan kepada kamu tentang
jiran tetangga ... sehingga lebih dari
itu, lalu kami katakan sesungguhnya dia
akan mewarisi pusaka.
12.
Wahai manusia! Sesungguhnya Allah
s.w.t telah menunaikan segala
hak-hakNya. Dari itu kamu tidak
harus mewasiatkan harta kepada waris,
anak adalah dari perkahwinan yang sah
dan penzina hendaklah direjam dengan
batu. Sesiapa yang mendakwa orang lain
sebagai ayahnya atau tunduk kepada bukan
tuannya nescaya Allah s.w.t, para
malaikat dan seluruh umat manusia akan
melaknatnya. Allah s.w.t tidak
akan menerima segala urusan dan keadilan
daripadanya. Barang pinjaman mestilah
dihantar pulang, pemberian pasti akan
dibalas, hutang mestilah dibayar dan
orang yang menjamin seseorang hendaklah
menunaikan jaminannya
13.
Sesungguhnya orang kafir penyembah
berhala berkumpul di sini ketika
matahari terbenam sehingga matahari naik
(berada di puncak bukit) seperti serban
seorang lelaki yang dipakai di
kepalanya. Ajaran kami berbeza dengan
ajaran mereka, mereka bertolak dari
Masy'arilharam ketika matahari naik lalu
mereka menyebut: Telah bersinar bukit
Thubair (sebuah bukit yang terletak di
Mekah) supaya kita dapat bergerak.
Allah s.w.t telah memulakan perkara
ini dan melewatkan perkara yang lain
iaitu mendahulukan Muzdalifah sebelum
matahari naik dan melewatkan Arafah
sehingga matahari terbenam sedangkan
kita berkumpul di Muzdalifah sehingga
matahari naik. Syariat kami bercanggah
dengan ajaran penyembah berhala dan
orang-orang kafir.
14.
Kamu akan ditanya mengenaiku, apakah
yang akan kamu jawab? Mereka menjawab:
"Kami bersaksi bahawa kamu telah
menyampaikan, telah menunaikan amanah
dan telah menasihatkan kami." Kemudian
Nabi Muhammad s.a.w bersabda sambil
tangannya di angkat ke langit membalas
kata-kata orang ramai yang bermaksud:
"Ya Allah saksikanlah, Ya
Allah saksikanlah, Ya Allah
saksikanlah"
|
-
|
Setelah Rasulullah s.a.w
menyampaikan khutbah Arafah,
Bilal terus azan untuk
sembahyang kemudian iqamat lalu
Rasulullah s.a.w mendirikan
sembahyang Zuhur dua rakaat,
seterusnya diiqamatkan lalu
terus mendirikan sembahyang Asar
dua rakaat, tanpa menyelangi di
antara keduanya dengan
sembahyang lain malah
Rasulullah s.a.w
membaca ayat-ayat al-Quran
dengan suara perlahan.. |
|
- |
Seterusnya
Rasulullah s.a.w
menunggang untanya sehingga
sampai ke tempat wuquf kemudian
memberhentikan unta tunggangan
Rasulullah s.a.w
yang bernama al-Qaswa' di
hadapan bukit al-Masyat secara
menghadap ke arah kiblat. |
Arafah - Wuquf
Di Arafah:
|
Jumaat
9-12-10 H 6-3-632 M |
|
1. |
Rasulullah s.a.w terus
berwuquf sehingga matahari
tenggelam dan ufuk kuning hilang
sedikit serta bentuk matahari
tidak lagi kelihatan.
|
|
2. |
Ketika
sedang berwuquf itulah Allah
s.w.t telah menurunkan
kepada
Rasulullah s.a.w
firmanNya:
Yang bermaksud: "Pada hari
ini Aku telah sempurnakan
bagi kamu ugama kamu, Aku
sempurnakan ke atas kamu nikmatKu
dan Aku telah redha Islam
sebagai ugama bagi kamu."
|
|
3. |
Para sahabat meragui tentang
puasa
Rasulullah s.a.w
lalu mereka mengutuskan Ummu
al-Fadhli dan Maimunah r.a
membawa susu kepada
Rasulullah s.a.w.
Pada ketika itu
Rasulullah s.a.w
sedang berada di tempat wuquf.
Rasulullah s.a.w
meminum susu tersebut sambil
diperhatikan oleh para sahabat
yang ada di sekitar
Rasulullah s.a.w.
Melihat keadaan tersebut maka
terbuktilah kepada mereka bahawa
orang yang wuquf di Arafah tidak
boleh berpuasa |
|
4. |
Rasulullah s.a.w mendapati
ramai para sahabat berada jauh
dari kawasan wuquf lalu
Rasulullah s.a.w
mengutuskan Zaid bin Murabba'
al-Ansari supaya berjumpa
mereka. Sebaik sahaja sampai,
Zaid berkata kepada mereka:
"Sesungguhnya aku adalah utusan
Rasulullah s.a.w,
Rasulullah s.a.w
bersabda kepada kamu yang
bermaksud: "Kamu hendaklah
berada di kawasan Masy'ar kerana
kamu mewarisi peninggalan ayah
kamu Nabi Ibrahim." |
|
5. |
Seorang sahabat yang berasal
dari Najd telah bertanya
Rasulullah s.a.w ketika
sedang wuquf di padang Arafah
tentang mengerjakan ibadat Haji.
Lalu
Rasulullah s.a.w
menjawab yang bermaksud:
"Haji adalah wuquf di Arafah,
sesiapa yang sempat sampai pada
malam Arafah sebelum naik fajar
pada malam berkumpul, maka
sempurnalah Hajinya." |
|
6. |
Ketika seorang lelaki wuquf
bersama
Rasulullah s.a.w
di Arafah, tiba-tiba dia
terjatuh dari tunggangannya dan
terus mati. Lalu Rasulullah
s.a.w memerintahkan supaya
lelaki tersebut dikafani dengan
pakaiannya, tidak disapu dengan
wangi-wangian, dimandikan dengan
air dan daun bidara serta tidak
ditutup kepala dan mukanya
kerana Allah s.w.t. akan
membangkitkannya pada Hari
Kiamat dalam keadaan sedang
bertalbiah. |
|
7. |
Di antara
doa yang banyak dibaca oleh
Rasulullah s.a.w
pada Hari Arafah ialah: Yang
bermaksud: "Tiada Tuhan yang
di sembah dengan sebenarnya
melainkan Allah. Tiada
sekutu bagiNya, Dialah
yang memiliki kekuasaan, Dialah
yang memiliki kepujian dan
Dia berkuasa ke atas setiap
perkara". |
|
8. |
Sabda
Rasulullah s.a.w:
Sebaik-baik perkataan yang
disebut oleh aku dan para Nabi
sebelumku pada petang hari
Arafah ialah: Yang bermaksud:
"Tiada Tuhan yang di sembah
dengan sebenarnya melainkan
Allah. Tiada sekutu bagiNya,
Dialah yang memiliki
kekuasaan, Dialah yang
memiliki kepujian dan Dia
berkuasa ke atas setiap
perkara." |
|
9. |
Pada Hari
Arafah Az-Zubair bin Al-Awwam
telah mendengar Rasulullah
s.a.w membaca ayat: Yang
bermaksud: "Allah
menerangkan (kepada sekalian
makhlukNya dengan
dalil-dalil dan bukti),
bahawasanya tiada Tuhan (yang
berhak disembah) melainkan
Dia, Yang sentiasa
mentadbirkan (seluruh alam)
dengan keadilan dan
malaikat-malaikat serta
orang-orang yang berilmu
(mengakui dan menegaskan juga
yang demikian): Tiada Tuhan
(yang berhak disembah) melainkan
Dia, Yang Maha Kuasa
lagi Maha Bijaksana." |
|
10. |
Doa
Nabi Muhammad s.a.w yang
dihafal oleh orang ramai pada
hari Arafah ialah: Yang
bermaksud: "Wahai Tuhanku,
bagiMu segala puji-pujian
sebagaimana yang kupuji dan
segala kebaikan yang kukatakan.
Wahai Tuhanku, kepadaMu
sembahyangku, segala ibadatku,
kehidupanku, matiku, kepadaMu
tempat kukembali dan bagiMu
segala peninggalanku. Wahai
Tuhanku, aku memohon pelindung
kepadaMu daripada azab
kubur, dari penyakit hati yang
waswas dan dari urusan yang
tidak tersusun. Wahai Tuhanku,
aku berlindung denganMu
dari keburukan yang datang
dengan angin, dari keburukan
yang berlaku pada malam dan
siang juga dari keburukan bala
bencana sehari-harian." |
|
11. |
Yang
bermaksud: "Wahai Tuhanku,
sesungguhnya Engkau
mendengar kata-kataku dan
melihat tempatku, mengetahui
setiap yang aku rahsiakan dan
yang aku zahirkan, tidak boleh
disembunyikan sesuatupun dari
pengetahuanMu. Aku hamba
yang kerdil lagi fakir, memohon
pertolongan dan balasan. Aku
hamba yang takut dan meminta
belas kasihan serta mengaku
terhadap segala kesalahan, aku
meminta daripadaMu sebagai
permintaan orang yang berhajat
dan mengadu kepadaMu
sebagai aduan orang yang
bersalah dan hina diri. Aku
berdoa kepadaMu sebagai
doa orang yang amat takut lagi
tenat, orang yang menundukkan
kepala serta seluruh anggota
tubuh badan hanya kepadaMu." |
|
12. |
Yang
bermaksud: "Tiada Tuhan yang
disembah dengan sebenarnya
melainkan Allah. Tiada
sekutu bagiNya, Dialah
Yang Memiliki Kerajaan
dan Dialah Yang
Memiliki Kepujian, di sisiNya
segala kebaikan dan Dialah
Yang Maha Berkuasa ke
atas setiap perkara. Wahai
Tuhanku, sinarkanlah hatiku,
dadaku, pendengaranku dan
penglihatanku dengan cahayaMu.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah
jiwaku, permudahkanlah urusanku.
Aku berlindung denganMu
dari segala waswas hati, dari
urusan yang tidak teratur dan
dari fitnah kubur. Wahai
Tuhanku, aku berlindung denganMu
dari segala keburukan yang
berlaku pada malam dan siang,
dari keburukan yang didatangkan
oleh angin dan dari segala
bencana." |
|
13. |
Nabi
Muhammad s.a.w telah
berkhutbah pada hari Arafah
dengan sabdanya yang bermaksud:
"Wahai manusia! Sesungguhnya
Allah s.w.t bersedia
mengampun segala dosa-dosa kamu
pada hari ini (Arafah) kecuali
kesalahan yang bersangkutan
dengan orang lain di kalangan
kamu. Allah s.w.t telah
membalas keburukan kamu dengan
kebaikan, memberi apa sahaja
yang dipohon oleh orang yang
melakukan kebaikan." Oleh itu
pohonlah dengan nama Allah:
Yang bermaksud: "Wahai
Tuhanku, janganlah Engkau
jadikan doaku ini sia-sia,
kasihani dan sayangilah aku
wahai Tuhan yang
sebaik-baik tempat untuk memohon
dan sebaik-baik Pemberi." |
Arafah -
Bertolak Ke Muzdalifah:
|
Sabtu
10-12-10 H 7-3-632 M |
|
1. |
Selepas
matahari tenggelam pada hari
Arafah berdasarkan lenyapnya
ufuk kuning, Usamah bin Zaid
mengekori Nabi Muhammad s.a.w
dari belakang. |
|
2. |
Mereka
meneruskan perjalanan secara
biasa, tidak terlalu cepat dan
tidak terlalu perlahan. Apabila
tiba di suatu kawasan lapang
yang luas, baginda
mempercepatkan perjalanan dan
apabila tiba di suatu kawasan
bukit,
Nabi Muhammad s.a.w
menghulurkan tali kekang unta
yang bernama al-Adhbaa' sedikit
demi sedikit sehingga untanya
berjaya mendaki bukit tersebut.
Baginda sentiasa menyebut ucapan
Talbiah di sepanjang perjalanan. |
|
3. |
Nabi Muhammad s.a.w
berkhutbah kepada orang ramai
dengan sabdanya: "Wahai
manusia! bertenanglah kerana
kebaikan bukan dengan
gopoh-gapah." |
|
4. |
Dalam
perjalanan,
Nabi Muhammad s.a.w
menghala ke kawasan perkampungan
(As-Syu'ab) yang terletak di
sebelah kiri jalan dan di antara
dua tempat yang pernah
Nabi Muhammad s.a.w
berhenti, lalu
Nabi Muhammad s.a.w
membuang air kecil kemudian
berwuduk. Melihat
Nabi Muhammad s.a.w
berwuduk, Usamah terus bertanya:
"Adakah kita ingin mendirikan
sembahyang di sini wahai
Rasulullah?"
Nabi Muhammad s.a.w
menjawab: "Kita akan
mendirikan sembahyang di tempat
yang akan kita lalui nanti." |
Arafah -
Pengenalan Kawasan:
|
Sabtu
10-12-10 H 7-3-632 M |
Muhassir:
Ia
terletak di antara Mina dan Muzdalifah,
tetapi bukan terletak di kawasan Mina
mahupun Muzdalifah. Tempat inilah
Allah s.w.t menurunkan kemurkaanNya
ke atas Ashabul Fil dan dinamakan dengan
Muhassir ialah kerana gajah mengalami
kepenatan semasa berada di tempat
tersebut serta tidak dapat meneruskan
perjalanan.
Uranah:
Ia terletak di antara Arafah
dan Masy'arilharam.
|
* |
Ia
terletak di antara Arafah dan
Masy'arilharam tetapi tidak
termasuk di dalam kedua-dua
kawasan tersebut. |
|
* |
Mina
termasuk di dalam tanah haram
dan ia juga merupakan Masy'ar. |
|
* |
Muhassir
termasuk di dalam tanah haram
tetapi bukan Masy'ar. |
|
* |
Muzdalifah
merupakan tanah haram dan
Masy'ar. |
|
* |
Uranah
tidak termasuk di dalam Masy'ar
dan bukan dari tanah haram. Ia
merupakan tanah halal. |
|
* |
Arafah
adalah tanah halal dan merupakan
Masy'ar. |
|
|
Haji Wida' > Muzdalifah
Sabtu 10-12-10 H 7-3-632 M
1.
Sebaik sahaja
Rasulullah s.a.w tiba di Muzdalifah,
Rasulullah s.a.w berhenti berhampiran dengan
api yang berada di Quzah lalu berwuduk sehingga
betul-betul sempurna, kemudian Rasulullah
s.a.w memerintahkan tukang azan supaya
melaungkan azan seterusnya iqamat lalu baginda
mendirikan sembahyang Maghrib sebelum menurunkan
barang-barang dan mentelekukan unta. Setelah
mereka selesai menurunkan barang-barang,
Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya
diiqamatkan untuk sembahyang, kemudian
Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang
Isyak tanpa azan dan tidak diselangi antara
keduanya dengan sembahyang yang lain.
2. Pada malam tersebut
Rasulullah s.a.w
tidur
di Muzdalifah sehingga pagi tanpa menghidupkan
malam itu (dengan Qiamullail).
3. Ketika waktu sahur
(pagi), golongan lemah yang terdiri daripada
kanak-kanak dan perempuan termasuk Saudah dan
Ummu Habibah telah meminta keizinan daripada
baginda untuk menuju ke Mina terlebih dahulu
sebelum dipenuhi oleh orang ramai. Ketika itu
bulan baru sahaja tenggelam tetapi fajar masih
belum lagi menyingsing, lalu baginda mengizinkan
mereka.
4. Rasulullah
s.a.w
memerintahkan kanak-kanak supaya tidak melontar
sebelum naik fajar tetapi
Rasulullah s.a.w
mengizinkan
kepada perempuan untuk melontar sebelum matahari
terbit kerana keadaan mereka yang lebih sukar
dan susah untuk berlindung dari orang ramai. Di
antara golongan wanita yang melontar sebelum
fajar ialah Asma' binti Abu Bakar dan Ummu
Salamah.
|
Haji
Wida' > Mina (Korban)
|
Mina (Korban) - Bertolak Ke Mina:
Sabtu 10-12-10 H 7-3-632 M
1. Setelah
menyingsing fajar Hari Raya Korban iaitu
Hari Raya Haji Akbar serta hari yang
diserukan dengan penyucian Allah
s.w.t. dan
Rasulullah s.a.w
dari segala bentuk kesyirikan,
Rasulullah s.a.w terus mendirikan
sembahyang subuh kemudian menunggang
unta baginda yang bernama al-Qaswa'
menuju ke Masy'aril Haram kemudian
berhenti di Quzah.
Rasulullah s.a.w
telah bersabda yang bermaksud:
"Seluruh kawasan Muzdalifah adalah
tempat wuquf kecuali kawasan Wadi
Muhassir" SeterusnyaRasulullah
s.a.w
menghadap ke arah kiblat dan berdoa
dengan penuh rasa rendah diri,
bertahlil, bertakbir (membesarkan
Allah s.w.t.) serta berzikir
(mengingati Allah s.w.t.).
Rasulullah s.a.w
terus berada (berwuquf) di sana sehingga
cahaya fajar hilang dan ketika itu
matahari masih belum lagi terbit.
2. Semasa berada
di sana, baginda ditanya oleh seorang
lelaki yang bernama Urwah bin Madras bin
At-Taie dengan berkata: "Wahai
Rasulullah! Aku tiba dari bukit
Tai' dengan memecut unta tungganganku
sehingga unta dan diriku terasa letih.
Demi Allah, aku tidak
meninggalkan suatu bukit pun kecuali
setelah aku berhenti (Wuquf) di situ.
Adakah ibadat Hajiku dikira sah?."
Rasulullah s.a.w menjawab dengan
sabdanya: "Sesiapa yang menyaksikan
sembahyang kami ini lalu berhenti
(Wuquf) bersama-sama kami sehinggalah
kami bertolak dan dia juga telah Wuquf
di Arafah sebelum itu samada pada waktu
malam atau siang, bermakna dia telah
menyempurnakan Hajinya serta telah
menunaikan ibadatnya (sah Hajinya) "
3. Setelah
kesemua jemaah Haji tiba di Jam'in,
Rasulullah s.a.w
bersabda: "Sesungguhnya Allah
s.w.t telah mengampun dosa-dosa
golongan yang baik dari kalangan kamu,
memberi syafaat kepada golongan baik dan
juga golongan yang jahat di kalangan
kamu kerana rahmat diturunkan secara
umum tanpa membezakan antara satu sama
lain. Rahmat tersebut diturunkan
sehingga melimpahi bumi lalu terkena
kepada orang-orang bertaubat yang
menjaga lidah dan tangan masing-masing.
Dalam masa yang sama iblis serta
tentera-tenteranya berada di atas bukit
Arafah memerhatikan apa yang akan
dilakukan oleh Allah s.w.t
terhadap umat manusia. Sebaik sahaja
rahmat diturunkan, iblis dan
tentera-tenteranya akan mendoakan kepada
umat manusia dengan kecelakaan dan
kebinasaan. Iblis berkata: "Sesungguhnya
aku telah menipu mereka sekian lama
supaya takut kepada keampunan Allah
(s.w.t.). Lalu iblis beredar dari
bukit Arafah dan terus berkeliaran
sambil mendoakan mereka dengan
kecelakaan serta kebinasaan.
4. Kemudian
Rasulullah s.a.w
meneruskan lagi perjalanan di
Muzdalifah sambil bertalbiah.
Rasulullah s.a.w
diiringi oleh Al-Fadli bin Abbas.
Sementara itu Usamah bin Zaid bertolak
mengekori
Rasulullah s.a.w
secara berjalan kaki bersama rombongan
Quraisy. Setelah berjalan beberapa
ketika
Rasulullah s.a.w
memerintahkan Al-Fadli bin Abbas supaya
memungut batu-batu kecil kepada
Rasulullah s.a.w
sebanyak tujuh biji untuk setiap Jamrah
(bukan dipecahkan dari bukit dan tidak
dipungut pada malam hari sebagaimana
yang dilakukan oleh jemaah Haji pada
hari ini).
Rasulullah s.a.w
mengambil tujuh biji batu kecil lalu
menggongcang di tapak tangan sambil
berkata: "Lontarlah dengan
menggunakan biji-biji batu seumpama ini.
Berhati-hatilah, jangan kamu melampaui
batas-batas ugama kerana orang-orang
yang terdahulu daripada kamu telah
binasa disebabkan tindakan tersebut".
5.
Semasa
dalam perjalanan,
Rasulullah
s.a.w
didatangi oleh seorang perempuan cantik
daripada kaum Khas'am. Perempuan itu
bertanyakan mengenai Haji untuk ayahnya
yang telah uzur dan tidak mampu untuk
menaiki tunggangan. Lalu
Rasulullah
s.a.w
memerintahkan supaya beliau menunaikan
Haji untuk ayahnya. Ketika itu Al-Fadli
dan perempuan tersebut saling
berpandangan. Al-Fadhli juga merupakan
seorang yang berambut cantik, putih dan
tampan. Lalu
Rasulullah
s.a.w
melambai-lambai Al-Fadli supaya beliau
berpaling ke arah lain, agar tidak
memandang kepada perempuan tadi dan
perempuan tersebut juga tidak
memandangnya. Al-Abbas berkata: "Aku
telah palingkan pandangan anak
saudaramu".
Rasulullah
s.a.w
bersabda: "Aku telah memerhati
seorang pemuda dan pemudi. Mereka berdua
tidak aman daripada syaitan"
6.
Seorang lelaki telah bertanya kepada
Rasulullah s.a.w
mengenai emaknya dengan berkata: Dia
(emaknya) begitu tua dan amat lemah.
Sekiranya diusung dia tidak mampu untuk
berpegang dan sekiranya diikat aku takut
dia akan mati.
Rasulullah s.a.w
bersabda: "Apa pandangan kamu
sekiranya emak kamu telah berhutang.
Adakah kamu akan membayarnya?" Jawab
lelaki tersebut: "Ya."
Rasulullah s.a.w
bersabda: "Maka tunaikanlah Haji
untuk emak kamu"
7. Apabila sampai
di Wadi Muhassir,
Rasulullah s.a.w
memecut
untanya untuk mempercepatkan perjalanan.
Begitulah kebiasaan
Rasulullah s.a.w
apabila tiba di tempat-tempat yang telah
diturunkan bala oleh Allah Taala
kepada musuh-musuhnya.
8.
Rasulullah s.a.w
telah mengikuti jalan pertengahan di
antara dua jalan keluar iaitu melalui
Jamrah Kubra, sehingga sampai ke Mina.
Mina (Korban) -
Jamrah Aqabah:
|
Sabtu
10-12-10 H 7-3-632 M |
|
1. |
Jabir bin
Abdullah berkata: "Aku
telah melihat Rasulullah
s.a.w berada di atas
tunggangan pada Hari Raya
Korban.
Rasulullah s.a.w
bersabda kepada kami:
"Lakukanlah sebagaimana yang aku
telah lakukan apabila kamu ingin
mengerjakan ibadat Haji.
Sesungguhnya aku tidak pasti
adakah aku akan dapat
mengerjakan ibadat Haji lagi
selepas ibadat Hajiku ini".. |
|
2. |
Rasulullah s.a.w
sentiasa
bertalbiah sehinggalah sampai di
Jamrah Aqabah, barulah
Rasulullah s.a.w
berhenti
dari bertalbiah.
Rasulullah s.a.w
berhenti
di lembah tersebut dan
menjadikan Baitullah berada di
sebelah kiri manakala Mina di
sebelah kanan serta menghadap ke
arah Jamrah. Ketika itu
Rasulullah s.a.w
berada di
atas tunggangan.
Rasulullah s.a.w
melontar
dalam keadaan berada di atas
tunggangan selepas naik matahari
satu demi satu serta bertakbir
bersama setiap lontaran..
Bilal, Usamah bin Zaid dan
al-Fadli bin Abbas ada bersama
baginda. Usamah memegang tali
unta sementara Bilal dan
Al-Fadli bin Abbas memayungi
baginda dari panas dengan
menggunakan kain |
|
3. |
Ketika itu orang ramai penuh
sesak, lalu
Rasulullah s.a.w
bersabda: "Wahai umatku
sekalian! Janganlah kamu
membunuh antara satu sama lain.
Apabila kamu melontar di Jamrah,
lontarlah sebagaimana batu ini."
Kemudian
Rasulullah s.a.w
melontar seterusnya diikuti oleh
orang ramai. |
|
4. |
Qudamah
bin Abdullah Al-Ala'i
menggambarkan perarakan
Rasulullah s.a.w dengan
katanya: "Rasulullah s.a.w
telah melontar Jamrah Aqabah di
tengah perlembahan itu pada Hari
Raya Korban ketika berada di
atas unta tanpa bersesak-sesak
dengan orang ramai." |
Mina (Korban) -
Kembali Ke Mina:
|
Sabtu
10-12-10 H 7-3-632 M |
|
1. |
Rasulullah s.a.w
tidak berhenti di Jamrah Aqabah
sebaliknya
Rasulullah s.a.w
kembali ke Mina dan memberi
khutbah kepada orang ramai serta
membahagikan tempat-tempat untuk
mereka dengan bersabda:
Orang-orang Muhajirin hendaklah
berada di kawasan ini (sambil
menunjuk bahagian kanan kiblat)
dan orang-orang Ansar di kawasan
ini (sambil menunjuk bahagian
kiri kiblat).
Rasulullah s.a.w
bersabda lagi: "Orang ramai
yang lain hendaklah berada di
sekeliling mereka, agar mereka
(Muhajirin dan Ansar) dapat
mengajar orang ramai mengenai
ibadat Haji." Seluruh ahli
Mina memerhatikan sabda
Rasulullah s.a.w
sehingga dapat mendengarnya dari
tempat kediaman masing-masing |
|
2. |
Di antara
khutbah
Rasulullah s.a.w
: "Wahai
manusia: Hari apakah hari ini?"
Mereka menjawab: "Hari haram."
Rasulullah s.a.w
bersabda: "Negeri apakah
ini?" Mereka menjawab:
"Negeri (tanah) haram".
Rasulullah s.a.w
bersabda: "Bulan apakah
sekarang ini?" Mereka
menjawab: "Bulan haram."
Rasulullah s.a.w
bersabda: "Sesungguhnya
darah, harta dan barangan kamu
diharamkan kepada kamu
sebagaimana ia diharamkan pada
hari ini, negeri ini dan pada
bulan kamu ini."
Rasulullah s.a.w
mengulanginya beberapa kali
kemudian mendongak (ke langit)
seraya berkata: "Wahai
Tuhanku! Bukankah aku telah
sampaikan? Bukankah aku telah
sampaikan?" Orang ramai
menyahut dengan menjawab:
"Bahkan," (kamu telah
menyampaikan).
Rasulullah s.a.w
bersabda: "Celakalah!
(Ingatlah) Janganlah kamu
kembali kufur selepas kematianku
dengan menzalimi antara satu
sama lain." |
Mina (Korban) -
Berkorban Di Mina:
|
Sabtu
10-12-10 H 7-3-632 M |
|
1. |
Kemudian
Rasulullah s.a.w
bertolak untuk berkorban di Mina
dan memberitahu kepada para
sahabat bahawa seluruh kawasan
Mina merupakan tempat untuk
berkorban. Lorong-lorong di
Mekah juga merupakan jalan dan
tempat berkorban.
Rasulullah s.a.w
sendiri telah menyembelih enam
puluh tiga ekor badanah (unta
atau lembu) dengan menggunakan
pisau yang biasa baginda
gunakan. Unta disembelih dalam
keadaan berdiri secara kaki
kirinya diikat. Bilangan unta
yang disembelih oleh
Rasulullah s.a.w sama
jumlahnya dengan umur
Rasulullah s.a.w. |
|
2. |
Kemudian
Rasulullah s.a.w.
berhenti dari menyembelih dan
memerintahkan Ali bin Abu Talib
r.a menyembelih binatang yang
masih berbaki sebanyak tiga
puluh tujuh ekor.
Rasulullah s.a.w.
memerintahkan supaya
disedekahkan pakaian unta, kulit
dan dagingnya kepada golongan
miskin.
Rasulullah s.a.w.
juga memerintahkan supaya daging
korban tidak diberi kepada
penyembelih.
Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Kami akan berikan
kepada penyembelih dari bahagian
kami."
Rasulullah s.a.w.
bersabda lagi: "Sesiapa yang
ingin potong, potonglah". |
|
3. |
Kemudian
Rasulullah s.a.w.
memerintahkan supaya setiap
binatang korban dibahagikan dan
sebahagian daripadanya
dimasukkan ke dalam periuk untuk
dimasak, dimakan dagingnya serta
dihirup kuahnya. Wallahu A'lam. |
|
4. |
Rasulullah s.a.w.
telah mengorbankan lembu untuk
isteri-isteri
Rasulullah s.a.w.. |
|
5. |
Rasulullah s.a.w telah
ditanya oleh para sahabat untuk
membina sebuah peneduh di Mina
yang boleh memayungi
Rasulullah s.a.w.
dari panas. menjawab:
"Jangan. Mina adalah tempat
untuk pengunjungnya merasai
panas dan sejuk." |
Mina (Korban) -
Bercukur:
|
Sabtu
10-12-10 H 7-3-632 M |
|
1. |
Selepas
berkorban, Rasulullah s.a.w
memanggil tukang cukur yang
bernama Muammar lalu beliau
mencukur rambut
Rasulullah s.a.w.
Ketika itu umat Islam datang
meminta rambut
Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w
memandang muka beliau lalu
bersabda: "Wahai Muammar!
Kamu boleh melakukan apa sahaja
kepada Rasulullah ketika
pisau cukur ada di tanganmu."
Muammar menjawab: "Demi
Allah wahai Rasulullah,
sesungguhnya yang demikian itu
adalah nikmat dan kurniaan
Allah s.w.t. kepadaku."
Rasulullah s.a.w
berkata kepada tukang cukur:
"Cukurlah." Sambil menunjuk
pada bahagian kanan. Setelah
selesai,
Rasulullah s.a.w
membahagikan rambut kepada
sahabat yang berada di
belakangnya. Kemudian
Rasulullah s.a.w
menunjuk kepada tukang cukur,
lalu dicukur pula pada bahagian
kiri kepala
Rasulullah s.a.w.
Selepas itu
Rasulullah s.a.w
bersabda: "Datang ke sini
wahai Abu Talhah!." Lalu
Rasulullah s.a.w
menyerahkan rambutnya kepada Abu
Talhah Al-Ansari untuk
dibahagikan kepada orang ramai. |
|
2. |
Setelah
Rasulullah s.a.w
selesai bercukur rambut,
memotong misai dan jambang serta
mengerat kuku,
Rasulullah s.a.w
memerintahkan agar rambut dan
kuku tersebut ditanam. |
|
3. |
KetikaRasulullah
s.a.w
sedang
bercukur, Khalid bin Al-Walid
meminta jambul yang berada di
atas dahi baginda lalu diberikan
kepadanya. Khalid meletakkan
rambut tersebut di bahagian
hadapan serban beliau sebagai
perhiasan sehingga beliau
berjaya mengalahkan musuh dengan
keberkatan jambul tersebut. |
|
4.
|
Kebanyakan
sahabat mencukur rambut dan
sesetengah mereka pula hanya
menggunting sahaja.
Rasulullah s.a.w telah
bersabda: Yang bermaksud:
"Wahai Tuhanku! Ampunilah mereka
yang bercukur." Selepas
diulang tiga kali,
Rasulullah s.a.w
ditanya: "Bagaimana dengan orang
yang berguting wahai
Rasulullah?"
Rasulullah s.a.w
terus bersabda: "Juga kepada
orang yang bergunting".
Iaitu pada kali keempat. |
|
5. |
Setelah
Rasulullah s.a.w selesai
bercukur,
Rasulullah s.a.w
memakai wangi-wangian serta
memakai baju. Seterusnya orang
ramai pun bertahallul. |
|
6. |
Seorang lelaki datang menemui
Rasulullah s.a.w lalu
berkata: "Aku telah bercukur
sebelum menyembelih."
Rasulullah s.a.w
bersabda: "Sembelihlah,
jangan ragu-ragu". Kemudian
seorang lelaki lain datang
menemui
Rasulullah s.a.w
lalu bertanya: "Wahai
Rasulullah! Aku telah melakukan
Tawaf Ifadhah sebelum
menyembelih."
Rasulullah s.a.w
bersabda: "Bercukurlah, jangan
ragu-ragu". Kesemua soalan yang
di kemukakan kepada
Rasulullah s.a.w
pada hari itu,
Rasulullah s.a.w
hanya menjawab: "Lakukanlah
dan jangan ragu-ragu". |
|
7. |
Kemudian
Rasulullah s.a.w
mengutuskan Abdullah bin Huzafah
As-Sahmi, dalam riwayat lain
Kaab bin Malik untuk memberitahu
kepada orang ramai di Mina
bahawa Rasulullah s.a.w
telah bersabda: "Sesungguhnya
hari ini adalah hari untuk
makan, minum, berkahwin dan
mengingati Allah s.w.t". |
|
|
Haji
Wida' > Masjidilharam
Masjidilharam: Tawaf Ifadhah
Sabtu 10-12-10 H 7-3-632 M
1. Seterusnya
Rasulullah s.a.w bertolak ke Mekah sebelum
waktu Zuhur dengan menunggang unta serta
diiringi oleh Muawiyah bin Abi Sufian yang
mengikuti Rasulullah s.a.w dari Mina
hingga ke Mekah. Kemudian Rasulullah s.a.w
melakukan Tawaf Ifadhah iaitu Tawaf ziarah yang
dikenali juga dengan Tawaf permulaan.
2.
Rasulullah s.a.w
melakukan Tawaf di Baitullah ketika Haji Wida'
secara menunggang unta dan beristilam iaitu
melambai Rukun (Hajarulaswad) dengan menggunakan
tongkat baginda sehingga dapat dilihat oleh
orang ramai. Mereka bersesak-sesak mengerumuni
baginda untuk bertanyakan urusan agama.
3. Rasulullah
s.a.w bersembahyang Zuhur di Mekah, kemudian
kembali ke Mina dan mendapati orang ramai sedang
menunggu
Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w
mengimami para
sahabat menunaikan sembahyang di Mina pada akhir
waktu Zuhur.
4. Rasulullah s.a.w
bermalam di Mina pada malam Ahad kerana menunggu
hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah).
5.
Setelah selesai
melakukan Tawaf,
Rasulullah s.a.w
pergi ke telaga Zamzam. Ketika itu orang ramai
sedang minum.
Rasulullah s.a.w
bersabda: "Wahai anak Abdul Muttalib! Jika
bukan kerana orang ramai berebut-rebut (untuk
menjaga timba), nescaya aku akan turun dan minum
bersama-sama kamu".
6.
Kemudian
Rasulullah s.a.w pergi ke tempat air lalu
meminta air. Al-Abbas berkata: "Wahai Fadli!
Pergilah menemui emak kamu agar dia bawakan air
yang ada padanya untuk
Rasulullah s.a.w."
Rasulullah s.a.w
bersabda lagi: "Bawakan air kepadaku."
Emak Fadli berkata: "Wahai Rasulullah!
Mereka telah mencelup tangan mereka ke dalam air
tersebut."
Rasulullah s.a.w
bersabda: "Bawakan air kepadaku (yang diminum
oleh orang ramai)."
Rasulullah s.a.w
terus
meminum air tersebut. Kemudian
Rasulullah s.a.w
pergi ke telaga Zamzam lalu minum dalam keadaan
berdiri.
|
- |
Saidatina Aisyah
r.a melakukan sekali Tawaf dan sekali
Saie sahaja pada hari itu. Memadailah
untuk ibadat Haji dan Umrah beliau.
|
|
- |
Safiah r.a juga
melakukan Tawaf pada hari itu, kemudian
beliau didatangi haid. Rasulullah
s.a.w bersabda: "Memadailah
baginya Tawaf tersebut sebagai Tawaf
Wida' dan tidak perlu lagi melakukan
Tawaf Wida'." |
Haji Wida' > Mina
Mina - Melontar Jamrah:
Ahad 11-12-10 H 8-3-632 M
1. Rasulullah
s.a.w awal-awal lagi berada di Mina
menunggu matahari gelincir. Apabila
matahari telah gelincir,
Rasulullah s.a.w
berjalan kaki
membawa tunggangan
Rasulullah s.a.w
ke setiap Jamrah
tanpa menaikinya.
2. Rasulullah
s.a.w memulakan lontaran di Jamrah
al-Ula yang terletak selepas Masjid
Khaif dengan tujuh biji batu, satu demi
satu.
Rasulullah s.a.w
mengucapkan
"Allah hu akbar" bersama setiap
lontaran. Kemudian
Rasulullah s.a.w
mara ke hadapan
sehingga tiba di lembah yang lebih
rendah,
Rasulullah s.a.w
berdiri dengan
menghadap ke arah kiblat. Seterusnya
Rasulullah s.a.w
mengangkat tangan
lalu berdoa dengan doa yang panjang.
Panjangnya umpama kadar bacaan surah
al-Baqarah.
3. Kemudian
Rasulullah s.a.w
menuju ke Jamrah
al-Wusta dan melontar sebagaimana
sebelumnya. Setelah selesai
Rasulullah s.a.w
membelok ke
sebelah kiri iaitu ke kawasan selepas
al-Wada' lalu berhenti dengan menghadap
ke arah Kiblat dan berdoa hampir sama
panjang dengan doa
4. Seterusnya
Rasulullah s.a.w
menuju ke Jamrah
Aqabah lalu turun ke lembah dengan
menghadap ke arah Jamrah dimana
Baitullah berada di sebelah kiri
Rasulullah s.a.w
dan Mina di
sebelah kanan
Rasulullah s.a.w
.
Rasulullah s.a.w
melontar sebanyak
tujuh lontaran sebagaimana tadi.
5. Kebiasaannya
Rasulullah s.a.w
melontar sebelum
sembahyang Zuhur, selepas daripada
gelincir matahari, kemudian barulah
Rasulullah s.a.w
pulang menunaikan
sembahyang (Zuhur).
Keterangan:
|
1. |
Rasulullah s.a.w
telah
melontar pada setiap Jamrah:
Sughra, Wusta dan Aqabah. |
|
2. |
Diriwayatkan bahawa surah
an-Nasr telah diturunkan kepada
Rasulullah s.a.w pada
hari tersebut dan
Rasulullah s.a.w
tahu
bahawa ia merupakan Wida'
(selamat tinggal). Lalu
Rasulullah s.a.w
meminta
sahabat supaya mengambil unta
tunggangannya yang bernama
al-Qaswa'. Setelah unta diambil,
baginda terus beredar
sehinggalah sampai di Jamrah
Aqabah lalu orang ramai
berkumpul mengelilingi
Rasulullah s.a.w
.
Rasulullah s.a.w
memuji
Allah s.w.t dan mensyukuri
apa yang telah dikurniakan
kepada
Rasulullah s.a.w
kemudian
bersabda:
"Wahai manusia!
Bukankah Tuhan kamu adalah
Tuhan Yang Maha Esa.
Bukankah ayah kamu adalah satu.
Bukankah tiada perbezaan di
antara bangsa Arab dengan orang
Ajam (asing) dan tiada perbezaan
di antara orang Ajam (asing)
dengan orang Arab, juga tiada
perbezaan di antara yang
berkulit hitam dari yang
berkulit merah dan yang berkulit
merah dengan yang berkulit hitam
melainkan dengan taqwa."
Sesungguhnya golongan yang
paling mulia di sisi Allah
s.w.t. ialah orang yang
paling bertaqwa. Bukankah aku
telah sampaikan kepada kamu?.
Mereka
semua menjawab: "Bahkan
Rasulullah s.a.w telah
menyampaikan."
Rasulullah s.a.w
bersabda
lagi: "Hendaklah orang yang
hadir memberitahu kepada orang
yang tidak hadir dan berapa
ramai orang yang menyampaikan
lebih mengambil berat daripada
pendengar." |
|
3. |
Kemudian
Rasulullah s.a.w
bersabda: "Wahai Manusia!"
Lalu
Rasulullah s.a.w
membaca ayat al-Quran:
Yang
bermaksud: (Sesungguhnya
perbuatan mengundurkan (bulan
Haram iaitu Muharam, Rejab,
Zulkaedah dan Zulhijah) itu
adalah menambahkan kekufuran.
Disesatkan orang-orang yang
kafir dengan perbuatan
mengundur-undurkan itu. Mereka
menghalalkannya setahun dan
mengharamkannya pada tahun yang
lain agar mereka dapat
menyesuaikan dengan bilangan
yang Allah s.w.t.
haramkannya lalu mereka
menghalalkan apa yang diharamkan
oleh Allah s.w.t.).
Bukankah masa telah beredar
seperti keadaan hari Allah
s.w.t. menjadikan langit dan
bumi. Seterusnya baginda membaca
firman Allah s.w.t.: Yang
bermaksud: Sesungguhnya
bilangan bulan di sisi Allah
ialah dua belas bulan, dalam
ketetapan Allah semasa
Dia menciptakan langit dan
bumi, di antaranya empat bulan
Haram. Itulah ketetapan ugama
yang lurus. Maka janganlah kamu
menzalimi diri kamu dalam empat
bulan tersebut.
Tiga bulan berturut-turut:
Zulkaedah, Zulhijah, Muharam
serta Rejab yang dikenali dengan
bulan mudharat iaitu bulan yang
di antara bulan Jamadilakhir dan
Syaaban. Bagi setiap bulan ada
dua puluh sembilan atau tiga
puluh hari. Tidakkah aku telah
sampaikan? Orang ramai menjawab:
"Ya."
Rasulullah s.a.w
bersabda:
"Saksikanlah wahai Tuhanku." |
|
4. |
Amru bin Yathribi bertanya:
"Wahai Rasulullah! Apa
pandangan kamu sekiranya aku
berjumpa kambing-kambing
sepupuku lalu aku ambil salah
seekor darinya lalu
memanfaatkannya." Rasulullah
s.a.w bersabda:
"Sekiranya kamu berjumpa
binatang tersebut bersama dengan
pisau menyembelih dan kayu untuk
memasak di suatu kawasan padang
pasir (kawasan yang sunyi),
janganlah kamu mengusiknya." |
|
5. |
Rasulullah s.a.w
bersabda lagi:
Wahai manusia! Sesungguhnya kamu
mempunyai hak kewajipan terhadap
perempuan-perempuan kamu dan
mereka pula berkewajipan untuk
menjaga diri masing-masing
daripada disetubuhi oleh orang
lain dan tidak membenarkan
seseorang yang kamu benci
memasuki rumah kamu melainkan
dengan izin kamu. Sekiranya
mereka (isteri) melakukan
perkara tersebut, Allah s.w.t
memberi keizinan kepada kamu
untuk memisahkan mereka dari
tempat tidur dan memukul mereka
dengan pukulan yang tidak
melukakan. Sekiranya mereka
berhenti daripada melakukan
perkara tersebut serta taat
kepada kamu, kamu wajib memberi
nafkah dan pakaian dengan cara
baik. Sesungguhnya
perempuan-perempuan yang ada di
sisi kamu merupakan golongan
yang lemah, tidak memiliki
sesuatupun untuk diri mereka.
Sesungguhnya kamu mengambil
mereka dengan amanah Allah
s.w.t. dan menghalalkan
hubungan (suami isteri) dengan
kalimah Allah s.w.t..
Oleh itu bertaqwalah kamu kepada
Allah s.w.t. terhadap
perempuan-perempuan dan
berpesanlah kepada mereka dengan
kebaikan.
Bukankah aku telah sampaikan
kepada kamu? Orang ramai
menjawab: "Ya."
Rasulullah s.a.w
bersabda:
"Saksikanlah wahai Tuhanku"
|
|
6. |
Kemudian
Rasulullah s.a.w
bersabda:
"Wahai
manusia! Sesungguhnya syaitan
telah berputus asa untuk
menggoda kamu di tempat kamu ini
tetapi dia telah redha kerana
kamu mengikutnya dengan
melakukan dosa yang keji.
"Sesungguhnya setiap orang Islam
merupakan saudara kepada orang
Islam yang lain. Setiap orang
Islam adalah bersaudara
dan
tidak dihalalkan (diharam)
kepada mereka menumpahkan darah
serta mengambil harta saudaranya
kecuali dengan keizinan.
Sesungguhnya aku diperintahkan
untuk memerangi manusia sehingga
mereka mengucapkan bahawa tiada
Tuhan yang disembah melainkan
Allah s.w.t.. Apabila mereka
mengucapkannya, darah dan harta
mereka akan terselamat
daripadaku kecuali dengan hak.
Balasannya hanya terpulang
kepada Allah.
Oleh
yang demikian janganlah kamu
menzalimi diri kamu sendiri.
Jangan kamu kembali kepada
kekufuran selepas kematianku
dengan menzalimi antara satu
sama lain. Sesungguhnya aku
telah tinggalkan sesuatu yang
tidak akan menyesatkan kamu
selama-lamanya jika kamu
berpandukannya iaitu: Kitab
Allah s.w.t. Bukankah aku telah
sampaikan kepada kamu? Orang
ramai menjawab: "Ya." Baginda
s.a.w bersabda:
"Saksikanlah wahai Tuhanku." |
|
1. |
Baginda s.a.w
tidak segera menyempurnakan
lontaran dalam masa dua hari
sebaliknya
Baginda s.a.w
melewatkannya sehingga berjaya
menyempurnakan lontaran pada
ketiga-tiga hari Tasyrik.
Selepas sembahyang Zuhur pada
hari Selasa,
Baginda s.a.w
bertolak
ke Muhassab iaitu Abtah yang
dikenali juga dengan Khaif Bani
Kinanah. |
|
2. |
Baginda s.a.w
telah mendapati Abu Rafi' telah
membina sebuah khemah di sana
(dengan taufik daripada Allah
s.w.t.) tanpa diperintah
oleh Rasulullah s.a.w
untuk membinanya. Rasulullah
s.a.w sembahyang Zuhur,
Asar, Maghrib dan Isyak
seterusnya
Baginda s.a.w
tidur seketika. |
|
3. |
Kemudian
Rasulullah s.a.w menuju
ke Mekah. |
|
4. |
Saidatina Aisyah r.a berkata: "Wahai
Rasulullah! Orang ramai
akan pulang dari mengerjakan
Haji dan Umrah sedangkan aku
akan pulang hanya dengan
mengerjakan Haji." Rasulullah
s.a.w bersabda: "Adakah
kamu telah Tawaf pada malam kita
sampai di Mekah?" Beliau
menjawab:"Tidak." Baginda
s.a.w. memanggil Abdul
Rahman bin Abu Bakar lalu
bersabda: "Keluarlah dengan
kakak kamu dari Tanah Haram (ke
Tan'im)." Baginda s.a.w.
juga bersabda kepada Saidatina
Aisyah r.a: "Pergilah bersama
saudara kamu ke Tan'im dan
niatlah Umrah, kemudian ingatlah
tempat untuk bertemu. Selepas
itu kamu berdua datanglah ke
Muhassab. Saidatina Aisyah
r.a berkata lagi: "Lalu dengan
izin Allah s.a.w. aku
dapat menunaikan Umrah. Kami
selesai mengerjakan Tawaf pada
pertengahan malam lalu terus
menemui Baginda s.a.w. di
Muhassab. Nabi Muhammad s.a.w
bersabda: "Adakah kamu telah
selesai?" Kami menjawab: "Ya."
Lalu Baginda s.a.w.
mengizinkan orang ramai bertolak |
Mina - Hari-hari
Tasyrik:
|
Ahad
11-12-10 H 8-3-632 M |
|
1. |
Hari-hari
Tasyrik ialah: Hari 11, 12 dan
13 Zulhijah. Jemaah Haji
hendaklah bermalam di Mina pada
hari-hari Tasyrik untuk melontar
setiap Jamrah. Hari kesebelas
bulan Zulhijah dinamakan hari
Ru'us (kepala). Sebab digelar
dengan nama tersebut ialah
kerana mereka menyembelih pada
Hari Raya Korban kemudian
memasak kepala-kepala binatang
sembelihan mereka pada malamnya
dan makan pada waktu pagi. |
|
2. |
Allah
s.w.t menyebut hari-hari
Tasyrik di dalam firmanNya:
Yang bermaksud: Sesiapa yang
tergesa-gesa (meninggalkan Mina)
dalam masa dua hari, dia
tidaklah berdosa dan sesiapa
yang lewat (meninggalkan Mina),
dia tidaklah berdosa dan tidak
berdosa itu adalah bagi
orang-orang yang bertaqwa.
Setiap orang Islam hendaklah
bermalam di Mina pada
ketiga-tiga hari Tasyrik atau
sesiapa yang ingin
mempercepatkannya dalam masa dua
hari, tidak menjadi kesalahan
kepadanya. |
|
3. |
Rasulullah s.a.w bermalam di
Mina pada ketiga-tiga hari
Tasyrik tanpa mempercepatkannya
(meninggalkan Mina). Baginda
s.a.w. melontar setiap
Jamrah tiga hari berturut-turut. |
|
4. |
Abbas, bapa saudara
Baginda s.a.w.
meminta izin untuk bermalam di
Mekah pada malam-malam yang
perlu bermalam di Mina kerana
telah ditugaskan memberi minum
kepada jemaah Haji, lalu
Baginda s.a.w.
mengizinkannya. Pengembala unta
di Baitutah, kawasan luar Mina
juga meminta izin daripada
Baginda s.a.w..
Mereka diberi keringanan untuk
melontar pada hari Raya Korban
lalu mereka gabungkan lontaran
yang perlu dibuat dalam masa dua
hari selepas Hari Raya Korban
kepada salah satu daripada hari
tersebut sahaja. |
Mina - Peristiwa
Lain:
|
Ahad
11-12-10 H 8-3-632 M |
|
1. |
Saad bin Abi Waqqas telah
ditimpa sakit lalu Nabi
Muhammad s.a.w datang
menziarahinya. Beliau berkata:
"Wahai Rasulullah! Aku
berada dalam kesakitan
sebagaimana yang engkau lihat.
Aku mempunyai harta tetapi tiada
siapa yang akan mewarisi hartaku
kecuali seorang anak perempuan.
Adakah aku boleh menyedekahkan
dua pertiga dari hartaku?"
Nabi Muhammad s.a.w
menjawab: "Tidak boleh."
Aku bertanya: :"Bagaimana kalau
separuh darinya?"
Nabi Muhammad s.a.w
menjawab: "Tidak boleh."
Aku berkata lagi: "Bagaimana
kalau satu pertiga darinya?"
Baginda s.a.w. menjawab:
"Satu pertiga, sedangkan satu
pertiga adalah jumlah yang
besar. Sesungguhnya jika kamu
meninggalkan pewaris kamu dalam
keadaan kaya adalah lebih baik
daripada kamu meninggalkan
mereka dalam keadaan papa,
mengemis kepada orang lain.
Sesungguhnya jika kamu
berbelanja hanya untuk
mendapatkan keredaan Allah
s.w.t, tentu kamu akan
dibalas oleh Allah s.w.t
walaupun apa yang disuap
(dimakan) oleh isteri kamu."
Beliau berkata: "Wahai
Rasulullah! Adakah aku akan
hidup selepas daripada
sahabat-sahabatku?" Baginda
s.a.w. menjawab: "Kamu
tidak akan kekal (hidup), oleh
itu kamu hendaklah melakukan
amalan kebaikan kerana ia akan
menambah kebajikan dan
ketinggian kamu. Kemungkinan
kamu akan kekal hidup selepas
daripada mereka sehingga
beberapa kaum mendapat manfaat
dan mudharat daripada kamu.
Wahai Tuhanku! Terimalah hijrah
sahabat-sahabatku dan janganlah
Engkau ketepikan mereka." |
|
2. |
Rasulullah s.a.w telah
meninggalkan seorang lelaki
bersama Saad bin Abi Waqqas lalu
bersabda: "Sekiranya dia mati
di Mekah, janganlah kamu
kebumikannya di situ kerana
beliau tidak suka mati di tempat
yang pernah beliau berhijrah
darinya." |
|
|
Haji
Wida' > Masjidilharam
Masjidilharam: Tawaf Wida'
Rabu 14-12-10 H 11-3-632 M
1. Rasulullah s.a.w
telah memasuki Mekah pada waktu malam hampir
dengan waktu sahur lalu melakukan Tawaf Wida'
dengan berjalan kaki, tidak menunggang dan tidak
pula berlari-lari pada Tawaf tersebut. Ini
merupakan kali terakhir Rasulullah s.a.w
berada di Baitul Atik (Kaabah).
2. Selepas itu
Rasulullah s.a.w keluar dari Mekah, kemudian
terus berjalan sehingga sampai di Muhassab lalu
memberitahu para sahabat supaya berangkat pulang
ke Madinah.
Pulang Ke Madinah:
Rabu 14-12-10 H 11-3-632 M
Setelah melihat Kota Madinah, Baginda
s.a.w. bertakbir tiga kali dengan ucapan:
Yang bermaksud: "Allah Yang Maha Besar,
Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha
Besar, tiada Tuhan yang disembah melainkan
Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu baginya,
baginya kerajaan, bagiNya segala kepujian
dan Dia berkuasa ke atas sesuatu.
Orang-orang yang kembali, orang yang beribadat
dan orang yang sujud, tunduk kepada Tuhan kami.
Allah Maha Menepati segala janji-janjiNya,
memberi kemenangan kepada hambanya dan
mengalahkan musuh dengan bersendirian. Wahai
Tuhan kami, kami berlindung denganMu dari
segala kesusahan dalam perjalanan, berpandangan
buruk terhadap harta benda, keluarga dan
anak-anak. Wahai Tuhan kami, sampaikan kami
kepada kebaikan yang boleh membawa kepada
keampunan dan keredhaanMu.
|
|
|
|
 |
|
|