 |
|
Kisah-kisah Al-Quran: Kisah Penyembelihan
|
|
| |
|
1-Setelah Nabi Ibrahim
Al-Khalil a.s berpindah dari negeri kaumnya,
beliau memohon kepada Allah s.w.t supaya
dikurniakan seorang anak yang soleh, lalu
Allah s.w.t mengembirakannya dengan
mengurniakan seorang anak yang cantik iaitu Nabi
Ismail a.s yang dilahirkan ketika Nabi Ibrahim
a.s berumur 86 tahun. Setelah Nabi Ismail a.s
meningkat dewasa, Nabi Ibrahim a.s telah
bermimpi menyembelih anaknya, dimana telah
ditetapkan bahawa mimpi para Nabi adalah Wahyu.
Ini merupakan ujian yang besar daripada Allah
s.w.t terhadap Nabi Ibrahim a.s sebagaimana
firman Allah s.w.t: Yang bermaksud:
"Wahai anak kesayanganku!
Sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi bahawa
aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa
pendapatmu."
Lalu Nabi Ismail a.s
menjawab sebagaimana firman Allah s.w.t:
Yang bermaksud:
"Wahai ayahku! Jalankanlah
apa yang diperintahkan kepadamu, insya Allah
engkau akan mendapati aku dari kalangan
orang-orang yang sabar.
Dikatakan
kedua-duanya telah berserah diri sebagaimana
firman Allah s.w.t: Yang bermaksud:
"Setelah keduanya
berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah
s.w.t. itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya
dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok
tanah. (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan
azamnya itu telah menjalankan perintah kami).
Setelah kedua-duanya berserah diri untuk
menjalankan perintah Allahs.w.t. dan berazam
dengan bersungguh-sungguh, Allah s.w.t telah
menyeru dan memberikan khabar yang mengembirakan
melalui Malaikat.
Sebagaimana firman
Allah s.w.t: Yang bermaksud:
"Wahai Ibrahim! Engkau
telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau
lihat itu, demikianlah sebenarnya Kami membalas
orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan,
sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang
nyata dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor
binatang sembelihan yang besar dan Kami kekalkan
baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang
yang datang kemudian, salam sejahtera kepada
Nabi Ibrahim, demikianlah Kami membalas
orang-orang yang berusaha melakukan kebaikan,
sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba
Kami yang beriman.
Setelah tercapai maksud ujian terhadap Nabi
Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s serta mereka
berdua bersegera untuk menunaikan perintah
Allah s.w.t lalu Allah Taala
mengantikan dengan seekor kibas putih yang
mempunyai mata dan tanduk yang sempurna sebagai
tebusan daripada menyembelih anaknya. Nabi
Ibrahim a.s mendapati kibas tersebut terikat di
sebatang pokok berhampiran bukit Thabir lalu
menyembelihnya di Mina. Tempat ini telah
dijadikan sebagai tempat mengerjakan ibadat Haji
dan sunat berkorban bersempena dari peristiwa
Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s dan anaknya Nabi
Ismail a.s serta berterusan sehingga kepada nabi
kita Nabi Muhammad s.a.w
Meninggikan Asas (Tapak)
|
1. |
Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s telah pergi
ke Mekah untuk menunaikan perintah
Allah s.w.t supaya membina Baitullah
(Kaabah). Beliau berkata kepada anaknya
Ismail a.s: "Sesungguhnya Allah s.w.t.
telah memerintahkan aku dengan satu
perkara" Lalu Nabi Ismail a.s berkata: "Lakukanlah
apa yang telah diperintahkan Allah
s.w.t. kepada kamu" Nabi Ibrahim a.s
bertanya: "Adakah kamu akan menolongku?"
Nabi Ismail a.s menjawab: "Aku akan
menolongmu" Lalu beliau berkata: "Sesungguhnya
Allah s.w.t. memerintahkan aku
supaya membina sebuah rumah (Kaabah) di
sana, sambil mengisyaratkan ke arah
timbunan tanah yang lebih tinggi dari
kawasan sekitarnya." Mereka berdua
mendirikan tapak asas Baitullah di
kawasan tersebut, dimana Nabi Ismail a.s
mengangkut ketulan-ketulan batu manakala
Nabi Ibrahim a.s membinanya. Apabila
binaan tersebut telah tinggi, Nabi
Ismail a.s membawa sebuah batu dan
meletakkannya di samping Nabi Ibrahim
a.s. Beliau berdiri di atas batu
tersebut semasa meneruskan pembinaan
manakala Nabi Ismail a.s menghulurkan
ketulan batu, di samping itu mereka
berdoa sebagaimana firman Allah s.w.t:
Yang bermaksud:
"Wahai Tuhan
kami! Terimalah daripada kami (amal kami)
sesungguhnya Engkaulah Yang Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai
Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua
orang-orang Islam (yang berserah diri)
kepadaMu dan jadikanlah daripada
keturunan kami umat Islam (yang berserah
diri) kepadaMu dan tunjukkanlah kepada
kami syariat dan cara-cara ibadat kami
dan terimalah taubat kami sesungguhnya
Engkaulah Maha Penerima taubat lagi Maha
Mengasihani. Wahai Tuhan kami! Utuslah
kepada mereka seorang Rasul dari
kalangan mereka sendiri, yang akan
membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu)
dan mengajarkan mereka isi kandungan
kitab (al-Quran) serta hikmat
kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan
jiwa mereka) dari (syirik dan maksiat).
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa
lagi Maha Bijaksana."
Sehinggalah
Allah s.w.t. menyempurnakan
pembinaan Baitullah (Kaabah) tersebut
kepada mereka berdua.
|
|
2. |
Tidak terdapat riwayat sahih yang
menyatakan Baitullah telahpun dibina
sebelum Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s.
Sesiapa yang berpegang kepada firman
Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Dan
(ingatkanlah peristiwa) ketika Kami
tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat
Baitullah (untuk membinanya), ataupun
Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Dan
(ingatlah) ketika Nabi Ibrahim
bersama-sama Nabi Ismail meninggikan
binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah)
itu."
Maksud yang
dikehendaki pada ayat-ayat tersebut
ialah tempat pembinaan Kaabah tersebut
telahpun tetap dalam pengetahuan
Allah s.w.t. semenjak menciptakan
langit dan bumi. Ini menunjukkan tempat
pembinaan Kaabah itu telahpun dimaklumi,
manakala pembinaan Baitullah pula telah
dilakukan oleh Nabi Ibrahim Al-Khalil
dan anaknya Nabi Ismail a.s.
Khabar-khabar yang menyatakan Baitullah
telah dibina sebelum Nabi Ibrahim a.s
adalah diriwayatkan daripada Bani Israil,
kita tidak boleh membenarkannya dan
mendustakannya, hanya Allah s.w.t.
sahaja Yang Maha Mengetahui.
|
|
3. |
Ketika Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s
membina Kaabah tersebut beliau
menjadikan: |
|
* |
Tingginya sembilan hasta. |
|
*
|
Panjang di paras bumi dari Hajarulaswad
hingga ke penjuru sebelah Syam adalah
sepanjang 32 hasta. |
|
* |
Lebar di sebelah bahagian saluran air
bermula dari penjuru Syam hingga ke
penjuru sebelah barat adalah seluas 22
hasta. |
|
* |
Panjang di paras bumi bermula dari
penjuru sebelah barat hingga ke penjuru
sebelah Yaman adalah sepanjang 31 hasta |
|
* |
Lebar di paras bumi bermula dari penjuru
sebelah Yaman hingga ke Hajarulaswad
adalah seluas 20 hasta |
Baginda membina pintu
rapat ke bumi dan tidak ditinggikan atau dibuat
pintu secara sempurna sehinggalah Tubba' Al-Humairi
telah membina sebuah pintu dan meninggikannya.
Bentuk binaan Kaabah yang dibina oleh Nabi
Ibrahim a.s adalah satu binaan sempurna yang
mempunyai dua penjuru iaitu dua penjuru Yamani
manakala bentuk Hijir pula, beliau tidak
membinanya dalam bentuk berpenjuru bahkan dalam
bentuk separuh bulat sebagaimana bentuk Hijir
yang terdapat pada masa sekarang ini. Ada
pendapat yang mengatakan umur Nabi Ibrahim
ketika membina Kaabah tersebut ialah 100 tahun,
hanya Allah s.w.t. sahaja Yang Amat
Mengetahui.
Seruan Untuk Menunaikan Haji
Setelah Nabi Ibrahim
a.s selesai membina Kaabah, Allah s.w.t
memerintahkannya supaya menyeru umat manusia
untuk mengerjakan Haji, sebagaimana firman
Allah s.w.t:
"Dan serukanlah umat
manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya
mereka akan datang ke rumah Tuhanmu dengan
berjalan kaki dan dengan menunggang
berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya
dari berbagai jalan dan ceruk rantau yang jauh."
Nabi Ibrahim al-Khalil
berkata: "Wahai Tuhan! Apakah yang akan
menyampaikan suaraku?" Lalu Allah Yang Maha
Agung menjawab:
"Serulah, Aku yang akan
menyampaikannya."
Lalu Nabi Ibrahim a.s
menaiki bukit Abu Qubis, lantas memasukkan jari
ke dalam kedua belah telinganya sambil menghadap
ke arah timur dan barat sambil menyeru: "Wahai
sekalian manusia! Diwajibkan ke atas kamu untuk
menunaikan ibadat Haji di Baitul Atiq, oleh itu
sahutlah seruan Tuhan kamu Yang Maha
Agung". Seruan tersebut telah didengari oleh
setiap orang yang berada di dalam salbi kaum
lelaki dan setiap yang berada di dalam
rahim-rahim perempuan. Seruan tersebut juga
telah disahut oleh setiap orang yang berada
dalam pengetahuan Allah s.w.t bahawa dia
akan menunaikan ibadat Haji, sehinggalah ke hari
Kiamat. Mereka semua berkata: Yang bermaksud: "Telah
aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, telah
aku penuhi seruanMu."
Ibadat Haji Nabi
Ibrahim a.s
Setelah Nabi Ibrahim a.s selesai menyeru
orang ramai, Jibril a.s telah mengiringi beliau
lalu menunjukkan kepadanya bukit Safa dan Marwah.
Jibril a.s juga membawa beliau ke sempadan Tanah
Haram, lalu mengarahkannya supaya mendirikan
batu di sempadan tersebut, Nabi Ibrahim a.s
terus melakukan arahan tersebut.
Beliau merupakan orang pertama yang mendirikan
sempadan Tanah Haram dengan ditunjukkan oleh
Jibril a.s. Pada hari yang ke 7 Zulhijah Nabi
Ibrahim a.s telah berkhutbah sambil berdiri
ketika tergelincir matahari manakala Nabi Ismail
duduk mendengarnya. Pada keesokan harinya,
kedua-duanya keluar secara berjalan kaki sambil
bertalbiah dan berpakaian ihram. Masing-masing
membawa bekalan makanan dan bertongkat, oleh itu
hari tersebut dinamakan hari Tarwiah. Apabila
kedua-duanya tiba di Mina, mereka berdua
mendirikan sembahyang Zuhur, Asar, Maghrib,
Isyak dan Subuh. Kedua-duanya berhenti rehat di
bahagian sebelah kanan dan tinggal di situ
sehingga keluar matahari di atas bukit Thabir.
Selepas itu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s
bertolak secara berjalan kaki sehinggalah tiba
di Arafah, ketika itu Jibril a.s ada bersama
mereka. Jibril a.s menunjukkan kepada mereka
bukit-bukit di sepanjang perjalanan sehinggalah
mereka berhenti rehat di Namirah. Di situ,
Jibril menunjukkan bukit Arafah kepada Nabi
Ibrahim a.s tetapi ketika itu Nabi Ibrahim a.s
telahpun mengetahuinya, lalu berkatta: Yang
bermaksud: "Aku telah mengetahuinya, oleh itu
tempat tersebut dinamakan Arafah."
Apabila matahari tergelincir, Jibril a.s
mengiringi mereka berdua meneruskan perjalanan
sehingga sampai di tempat terdapat masjid pada
hari ini. Di situ Nabi Ibrahim a.s berdiri
menyampaikan beberapa kalimah, manakala Nabi
Ismail a.s duduk untuk mendengarnya, kemudian
mereka menunaikan sembahyang Zuhur dan Asar
secara jamak. Selepas itu Jibril a.s mengangkat
mereka berdua ke tempat yang tinggi, lalu mereka
berdiri dan berdoa sehinggalah matahari terbenam
dan cahayanya hilang. Kemudian mereka berdua
bertolak dari Arafah dan apabila tiba di Jam'in,
mereka berhenti untuk menunaikan sembahyang
Maghrib dan Isyak di situ iaitu di tempat orang
ramai menunaikan sembahyang pada hari ini.
Mereka bermalam di sana sehingga terbit fajar,
mereka berdua menunggu sehingga keluar cahaya
sebelum terbit matahari lalu meneruskan
perjalanan. Apabila tiba di Muhassir,
kedua-duanya berjalan dengan cepat sehinggalah
berjaya melintasi kawasan tersebut, lalu kembali
berjalan sebagaimana sebelumnya. Apabila tiba di
kawasan Jamrah, mereka berdua melontar Jamratul
Aqabah sebanyak tujuh lontaran dengan batu yang
dibawa dari Jam'in. Mereka keluar dari Mina pada
waktu pagi ke kawasan sebelah kanan kemudian
menyembelih korban di tempat penyembelihan dan
bercukur. Setelah itu mereka melontar Jamrah
pada hari-hari Mina sehinggalah apabila matahari
telah meninggi, mereka berulang-alik secara
berjalan kaki. Mereka keluar pada hari Sadr
(selesai dari mengerjakan ibadat Haji) lalu
menunaikan sembahyang Zuhur di Abtah. Jibril a.s
telah menunjukkan cara setiap amalan yang telah
dilakukan ini.
Kisah
Tentera Bergajah
Abrahah telah membina
sebuah gereja di San'a (yang dinamakan al-Qalis)
dimana pada masa tersebut tidak terdapat gereja
seumpamanya. Abrahah telah menulis surat kepada
raja Najasyi yang berbunyi: "Sesungguhnya aku
telah membina untuk kamu sebuah gereja yang
tidak pernah dibina seumpamanya kepada mana-mana
raja sebelum kamu. Aku tidak akan tenang
sehinggalah orang-orang Arab datang mengerjakan
Haji di sini."
Apabila orang-orang
Arab memperkatakan tentang surat Abrahah kepada
raja Najasyi, perkara ini menimbulkan kemarahan
seorang lelaki dari Kinanah lalu pergi ke
al-Qalis dan membuang najis di dalamnya secara
sembunyi, kemudian kembali kepada kaum
keluarganya. Perkara itu telah disampaikan
kepada Abrahah dan telah menimbulkan
kemarahannya lalu bersumpah untuk menghancurkan
Kaabah. Beliau memerintahkan tentera Habsyah
untuk bersiap sedia dan setelah bersedia,
Abrahah serta tenteranya terus keluar dengan
membawa gajah. Apabila orang-orang Arab
mengetahui hasrat Abrahah untuh menghancurkan
Kaabah, mereka merasa gerun dan takut. Abrahah
mengutus seorang lelaki Habsyah yang bernama
Al-Aswad bin Mafsud bersama tentera berkudanya
sehingga sampai di Mekah, lalu meminta tebusan
daripada kaum Quraisy dan yang lainnya, di
antaranya dua ratus ekor unta kepunyaan Abdul
Muttalib bin Hasyim (ketua kaum Quraisy pada
masa tersebut). Kaum Quraisy, kaum Kinanah, kaum
Huzail dan kaum yang tinggal berhampiran dengan
Tanah Haram telah berazam untuk memeranginya
tetapi setelah menyedari mereka tidak mempunyai
kekuatan, mereka membiarkan perkara tersebut
begitu saja.
Abrahah juga telah
mengutus Hannatah Al-Himyari ke Mekah sambil
berpesan kepadanya: "Tanyalah ketua atau
pembesar negeri ini, kemudian katakan kepadanya,
raja telah berpesan kepadaku bahawa, aku datang
bukan untuk memerangi kamu tetapi untuk
menghancurkan Kaabah ini, sekiranya mereka tidak
menghalangi kami, maka aku tidak akan memerangi
kamu, sekiranya dia tidak mahu memerangi aku,
bawalah dia kepadaku."
Apabila Hannatah
memasuki Mekah, beliau bertanyakan tentang ketua
atau pembesar negeri tersebut. Dia telah
diberitahu bahawa ketua negeri tersebut ialah
Abdul Muttalib bin Hasyim, dia terus menemuinya
dan memberitahu apa yang diperintahkan oleh
Abrahah. Abdul Muttalib berkata kepadanya: "Demi
Allah! Sesungguhnya kami tidak mahu
memeranginya, kami tidak mampu untuk melawannya.
Ini adalah Baitullah al-Haram dan Baitu Ibrahim
Al-Khalil a.s (atau sebagaimana yang
diriwayatkan). Sekiranya Dia
menghalangnya maka ini adalah rumahNya
sekiranya Dia (Allah s.w.t.)
membiarkannya, Demi Allah, kami tidak
berkuasa mempertahankannya."
Lalu Hannatah berkata
kepadanya: "Marilah bersama aku untuk mengadap
Abrahah, kerana beliau telah memerintahkan aku
untuk membawa kamu kepadanya." Hannatah
berangkat bersama Abdul Muttalib dan pengikutnya,
apabila sampai di kawasan yang bernama al-Askar,
beliau bertanya tentang Zu Nafar iaitu
sahabatnya. Apabila masuk menemuinya di dalam
penjara, Hannatah bertanya: "Wahai Zu Nafar!
Apakah kamu mempunyai suatu perantaraan atau
penyelesaian yang dapat menolong kami?" Zu Nafar
menjawab: "Apakah ada perantaraan atau
penyelesaian daripada seorang lelaki tahanan
raja yang menunggu hukuman mati samada siang
hari atau malam hari seperti aku ini? Aku tidak
mempunyai perantaraan atau penyelesaian untuk
menolong apa yang telah berlaku kepada kamu
kecuali sahabatku Anis, seorang pengembala gajah.
Aku akan mengutusinya dengan memberi pesanan
tentang diri kamu dan juga kelebihan yang ada
pada kamu. Aku juga akan meminta kepadanya agar
meminta keizinan untuk kamu daripada raja supaya
kamu dapat mengadap dan berbicara dengan raja
tentang apa yang berlaku kapada kamu. Dia akan
menjadi perantaraan yang baik dengan raja,
sekiranya dia mampu melakukan sedemikian,
katakanlah cukuplah bagiku." Setelah itu Zu
Nafar mengutusi Anis dengan katanya: "Abdul
Muttalib adalah ketua kaum Quraisy dan pembesar
Mekah, dialah yang memberi makan kepada orang
ramai pada semua peringkat sama ada yang tinggal
di kawasan wadi atau kawasan perkampungan badwi
di bukit-bukit. Sesungguhnya raja telah
mengambil dua ratus ekor unta miliknya, oleh itu
mintalah keizinan dan manfaat untuknya daripada
raja sekadar yang kamu mampu." Anis menjawab: "Aku
akan melakukannya."
Lalu Anis menyampaikan
perkara tersebut kepada Abrahah dengan berkata:
"Wahai raja! Ini adalah ketua kaum Quraisy
berada di hadapan kamu, dia datang untuk meminta
izin kepada kamu, dia juga merupakan pembesar
negeri Mekah yang sentiasa memberi makan kepada
orang ramai pada semua peringkat sama ada yang
tinggal di kawasan wadi atau kawasan
perkampungan badwi di bukit-bukit. Aku meminta
izin daripada kamu agar dia dapat memberitahu
kamu apa yang dihajatinya."
Lalu Abrahah
mengizinkannya Abdul Muttalib adalah seorang
yang tampan, perkasa dan cantik rupa parasnya.
Apabila Abrahah melihatnya dia meraikan dan
memuliakannya lalu meminta supaya Abdul Muttalib
duduk bersamanya tetapi kaum Habsyah yang berada
bersama dengannya tidak suka melihat Abdul
Muttalib dijemput oleh raja untuk duduk bersama
di atas singgahsana kerajaannya, lalu Abrahah
turun dari singgahsananya dan menjemput Abdul
Muttalib duduk bersama di sampingnya. kemudian
Abrahah berkata kepada penterjemahnya:
Katakanlah kepadanya: Apa yang kamu hajati? Lalu
penterjemahnya menyampaikan apa yang
diperkatakan oleh Abrahah.
Abdul Muttalib berkata:
"Hajatku ialah supaya raja dapat memulangkan
kembali dua ratus ekor unta yang dirampas
daripadaku." Apabila perkara tersebut
disampaikan kepada Abrahah, dia berkata kepada
penterjemahnya: "Katakan kepadanya, aku merasa
amat kagum ketika pertama kali melihat kamu
tetapi ia hilang lenyap setelah kamu bercakap
kepadaku. Apakah kamu hanya berbicara tentang
dua ratus ekor unta yang aku rampas daripada
kamu, sedangkan kamu meninggalkan Kaabah yang
menjadi pegangan agama kamu dan bapa-bapa kamu.
Aku datang untuk menghancurkannya tetapi kamu
tidak pula bercakap denganku tentangnya?"
Lalu Abdul Muttalib
menjawab: "Aku adalah tuan unta tersebut,
manakala Kaabah tersebut ada tuan yang akan
melindunginya." Abrahah berkata: "Tidak ada
siapa yang dapat menghalang aku untuk
menghancurkannya." Abdul Muttalib berkata
kepadanya: "Biarlah kamu dengan keadaan kamu."
Unta-unta tersebut dipulangkan kembali kepada
Abdul Muttalib. Setelah itu Abdul Muttalib
pulang kepada kaum Quraisy lalu menceritakan
kisah pertemuannya dengan Abrahah dan
memerintahkan mereka agar keluar dari Mekah dan
berlindung di atas bukit. kemudian Abdul
Muttalib mengunci pintu Kaabah dan beberapa
orang lagi dari kaum Quraisy bersama dengan
Abdul Muttalib berdoa kepada Allah s.w.t.
semoga mengalahkan Abrahah dan tenteranya.
Apabila menjelang pagi,
Abrahah mula bersedia dengan gajah dan
tenteranya untuk memasuki Mekah dimana gajahnya
bernama Mahmud. Setelah mereka mengarahkan gajah
menuju ke Mekah, mereka telah bertemu dengan
Nufail bin Habib. Beliau berdiri di sebelah
gajah tersebut kemudian memegang telinganya lalu
berkata: "Duduklah Mahmud dan kembalilah semula
ke tempat kamu datang, sesungguhnya kamu berada
di negeri yang diharamkan oleh Allah s.w.t.."
Kemudian beliau
melepaskan telinga gajah tersebut, lalu gajah
tersebut terus duduk. Mereka memukul gajah
tersebut supaya bangun tetapi ia enggan berbuat
demikian. Kemudian mereka mengarahkan gajah
tersebut kembali ke Yaman, lalu ia terus bangun
dan berjalan ke arah tersebut. Setelah itu
mereka mengarahkannya ke Syam, gajah tersebut
juga berjalan sebagaimana diarahkan. Mereka
mengarahkan pula menuju ke arah Masyrik (timur),
lalu gajah tersebut berjalan sebagaimana
diarahkan. Setelah itu mereka mengarahkan semula
menuju ke arah Mekah tetapi gajah tersebut terus
duduk.
Lalu Allah s.w.t.
mengutuskan kepada mereka sekumpulan burung
seumpama burung layang-layang dimana setiap
seekor membawa tiga biji batu, sebiji di paruh
dan dua biji lagi di kakinya. Batu tersebut
seperti kacang kuda dan kacang dal, sesiapa
sahaja yang terkena akan hancur dan binasa.
Tidak semua yang binasa di tempat tersebut,
mereka telah keluar dari kawasan tersebut tetapi
rebah bergelimpangan di setiap jalan lalu mati
dalam keadaan yang penuh dahsyat. Abrahah
terkena lontaran batu tersebut di badannya,
mereka membawanya dalam keadaan jari-jarinya
terputus tetapi apabila tiba di San'a, Abrahah
meninggal dunia di sana.
Permulaan Wahyu
Saidatina Aisyah r.a
berkata: "Wahyu Pertama yang diturunkan kepada
Rasulullah s.a.w bermula dengan mimpi
yang baik di dalam tidurnya, Baginda s.a.w.
melihat (sesuatu) di dalam mimpinya seperti
cahaya fajar sebelum terbit matahari dan setelah
itu Baginda s.a.w.. suka mengasingkan
diri. Baginda s.a.w. mengasingkan diri
dan beribadat di Gua Hira' selama beberapa malam
sebelum pulang kepada keluarganya untuk
mengambil bekalan. Apabila bekalan habis,
Baginda s.a.w. pulang menemui Khadijah untuk
mengambilnya lagi, sehinggalah malaikat datang
ketika Baginda s.a.w. berada di Gua Hira'
tersebut lalu berkata: "Bacalah". Baginda
s.a.w. menjawab: "Aku tidak tahu membaca?"
Kata Baginda s.a.w. lagi: "Malaikat
memelukku sehingga aku terasa susah untuk
bernafas, kemudian melepaskan aku lalu berkata:
"Bacalah." Aku menjawab: "Aku tidak tahu
membaca?" Malaikat memelukku buat kali yang
kedua sehingga aku terasa susah untuk bernafas,
kemudian melepaskan aku lalu berkata: "Bacalah."
Aku menjawab: "Aku tidak tahu membaca?" Dia
memelukku buat kali yang ketiga kemudian
melepaskanku lalu berkata:
Yang bermaksud:
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu
yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia
menciptakan manusia dari seketul darah beku,
bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah,
Yang mengajar manusia melalui pen dan tulisan,
Dia mengajarkan manusia apa yang tidak
diketahuinya).
Rasulullah s.a.w
pulang dengan hati yang gementar, lalu terus
masuk menemui Khadijah binti Khuwailid (isteri
Baginda s.a.w) dengan berkata: "Selimutkan
aku, selimutkan aku." Khadijah terus
menyelimutinya sehingga hilang perasaan gementar.
Baginda s.a.w. menceritakan kepada
Khadijah peristiwa yang berlaku dengan katanya:
"Sesungguhnya aku merasa takut terhadap apa yang
menimpa diriku." Khadijah berkata: "Tidak sama
sekali. Demi Allah! Sesungguhnya Allah
s.w.t. tidak akan menyusahkanmu
selama-lamanya, kerana kamu telah menghubungkan
silaturahim, menolong orang ramai, memberi
belanja kepada orang yang harta, memuliakan
tetamu dan menyebelahi orang yang benar."
Setelah itu Khadijah membawa Rasulullah s.a.w
menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul
Uzza, sepupu Khadijah yang beragama Nasrani pada
masa jahiliah. Beliau menulis kitab ke dalam
bahasa Ibrani dan telah menterjemahkan kitab
Injil ke dalam bahasa Ibrani. Beliau seorang
yang telah tua lagi buta. Khadijah berkata
kepadanya: "Wahai sepupuku! Dengarlah apa yang
akan diperkatakan oleh anak saudara kamu ini (Rasulullah
s.a.w). Lalu Waraqah berkata kepada
Baginda s.a.w.: "Wahai anak saudaraku!
Apakah yang telah kamu lihat." Rasulullah
s.a.w menceritakan peristiwa yang telah
berlaku ke atas diri Baginda s.a.w..
Waraqah berkata kepada Baginda s.a.w.: "Itulah
Malaikat yang telah diturunkan oleh Allah
s.w.t. kepada Nabi Musa, mudah-mudahan aku
masih hidup ketika kamu berada dalam keadaan
sedih kerana dihalau oleh kaum kamu"
Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: "Apakah
mereka akan menghalau aku?" Beliau menjawab: "Ya.
Setiap lelaki yang didatangkannya (Wahyu) akan
dimusuhi, sekiranya aku mampu untuk menolong
kamu pada hari itu nescaya aku akan menolong
kamu secara bersungguh-sungguh." Tetapi Waraqah
bin Naufal tidak sempat bersama kerana beliau
meninggal dunia ketika Wahyu diberhentikan buat
sementara waktu.
|
|
|
|
|
|
|
|
|