 |
|
Sejarah Pembinaan Kota
Mekah (samb.) | |
|
|
Sejarah
Pembinaan
Pembinaan
Telaga Zamzam:
Orang
pertama menggunakan kain yang mempunyai lebihan
labuh di belakang dari kalangan wanita ialah ibu
Nabi Ismail a.s yang digunakan untuk
menyembunyikan kesan kakinya daripada Siti
Sarah. Nabi Ibrahim a.s membawa ibu Nabi Ismail
(Siti Hajar) serta anaknya Nabi Ismail a.s yang
masih lagi menyusu dan kemudian meninggalkannya
berhampiran Kaabah di sebatang pokok yang besar
di atas Zamzam. Ketika itu Kota Mekah masih
belum berpenghuni serta tidak mempunyai air.
Nabi Ibrahim a.s meninggalkan mereka berdua di
sana. Diletakkan di sisi mereka berdua sebungkus
buah tamar dan sebekas air. |
 |
|
|
|
|
|
Kemudian
Nabi Ibrahim a.s bertolak pulang, lalu baginda
diikuti oleh ibu Nabi Ismail a.s lalu bertanya:
"Wahai Ibrahim! Ke manakah kamu hendak pergi dan
meninggalkan kami di lembah yang tidak mempunyai
seorang manusia dan apa-apa pun ini?" Siti Hajar
bertanya mengenai perkara itu berkali-kali,
tetapi baginda tidak menghiraukannya. Siti Hajar
bertanya lagi: "Adakah Allah s.w.t. memerintah
kamu berbuat begini?" Baginda menjawab: "Memang
benar." Isterinya berkata: "Kalau begitu tiada
halangan bagi kami." Kemudian ibu Nabi Ismail
kembali semula ke tempatnya, lalu Nabi Ibrahim
a.s bertolak pergi sehingga baginda tidak
kelihatan lagi. Setelah itu Nabi Ibrahim a.s
menghadapkan mukanya ke arah kiblat (Kaabah
sekarang ini) kemudian terus mengangkat tangan
sambil berdoa: |
|
|
|
|
Yang
bermaksud:(Wahai Tuhanku! Sesungguhnya
aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat
keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah)
yang tidak ditumbuhi tanaman, di sisi rumahMu
yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan
kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka
mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan
ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian
daripada manusia tertarik gemar kepada mereka,
(supaya datang beramai-ramai ke situ) dan
kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai
jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga
mereka bersyukur).
Sepeninggalan Nabi Ibrahim a.s,
ibu Nabi Ismail a.s menyusukan anaknya dan
memberi minum air yang ditinggalkan oleh Nabi
Ibrahim a.s di dalam bekas. Apabila air di dalam
bekas itu habis, anaknya terus kehausan. Oleh
kerana tidak sanggup melihat keadaan anaknya
yang kehausan, Siti Hajar terus menuju ke bukit
Safa yang paling hampir dengan tempat beliau
duduki. Beliau berdiri di atas bukit itu dan
berpaling ke lembah untuk melihat kalau-kalau
ada seseorang. Siti Hajar tidak melihat walau
seseorang pun ada di sana, lalu beliau turun
semula dari bukit Safa sehingga menghampiri
perlembahan tersebut. Kemudian beliau menuju ke
bukit Marwah dan berdiri di atasnya untuk
melihat kalau-kalau ada seseorang di sana.
Tetapi beliau tidak juga mendapatinya. Beliau
melakukan keadaan sedemikian sebanyak tujuh
kali.
Ketika berada di atas
bukit Marwah, Siti Hajar telah mendengar suatu
suara membisikkan kepadanya: "Diamlah." Siti
Hajar cuba memerhatikan suara tersebut. Suara
itu masih tetap kedengaran, lalu suara tersebut
berkata: "Sesungguhnya aku telah mendengar
bahawa di sisimu ada pertolongan." Tiba-tiba dia
mendapati malaikat menunjukkan tempat Zamzam,
lalu beliau terus menggalinya dengan tumit, ada
yang mengatakan beliau menggali dengan
menggunakan kedua tangannya sehingga keluar air.
Kemudian beliau membatasinya dan beliau berkata
dengan tangannya begini untuk memenuhkan
bekasnya dengan air tersebut, setelah bekasnya
dipenuhi dengan air beliau terus berlalu untuk
meminum dan menyusu anaknya, lalu malaikat
berkata kepadanya: "Janganlah kamu takut kepada
kesusahan, sesungguhnya di sana akan dibina
sebuah rumah Allah s.w.t. (Baitullah) yang akan
dibina oleh kanak-kanak ini dan ayahnya,
sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan menyusahkan
keluarganya." Setelah itu beliau bertemu dengan
satu rombongan dari Jurhum lalu mereka turun dan
menuju ke kawasan yang paling rendah di Mekah,
mereka melihat burung-burung berterbangan dan
berkata, sesungguhnya burung-burung ini
berterbangan mengelilingi air, kami percaya
bahawa di lembah (wadi) ini terdapat air, mereka
mengutus seorang atau dua orang untuk melihatnya
dan utusan tersebut mendapati di sana terdapat
air lalu kembali dan memberitahu kepada
rombongan mereka. Lalu mereka meminta kebenaran
dari ibu Ismail untuk pergi mendapatkan air
tersebut, ibu Nabi Ismail membenarkannya dengan
berkata: "Ya, tetapi jangan kamu jadikan air itu
sebagai hak kamu." Mereka menjawab: "Ya."
Menggali Semula Zamzam:
Ketika Abdul Mutalib
sedang tidur di Hijir, datang seseorang di dalam
mimpinya dan berkata kepadanya: "Galilah
"Barrah"" (iaitu nama telaga Zamzam). Beliau
menjawab: "Apakah Barrah?" Sehingga keesokan
harinya pula, beliau tidur di tempat yang sama.
Lalu datang lagi seseorang di dalam mimpinya dan
berkata kepadanya: "Galilah "Madnunah" (iaitu
nama telaga Zamzam). Beliau menjawab: "Apakah
Madhnunah?" Kemudian beliau pun beredar dari
situ sehinggalah keesokan harinya, beliau
kembali tidur di tempat yang sama. Lalu datang
lagi seseorang di dalam mimpinya dan berkata
kepadanya: "Galilah "Tayyibah" (iaitu nama
telaga Zamzam). Beliau menjawab: "Apakah
Tayyibah?" Pada hari yang keempat, beliau
bermimpi lagi dan telah dikatakan kepada beliau:
"Galilah Zamzam." Beliau menjawab: "Apakah
Zamzam?" Beliau berkata: "Janganlah kamu menimba
air itu dan membatasnya." Kemudian beliau
ditunjukkan tempatnya. Setelah itu baginda
menggalinya sebagaimana yang telah ditunjukkan
kepadanya. Orang-orang Quraisy bertanya kepada
beliau: "Apakah ini semua wahai Abdul Mutalib?"
Beliau menjawab: "Aku diperintahkan supaya
menggali telaga Zamzam." Ketika dijumpai Zamzam
dan melihat patung kijang. Orang-orang Quraisy
terus mempercayainya. Abdul Mutalib terus
menggalinya. Beliau menemui dua ekor patung
kijang yang diperbuat dari emas. Kedua-duanya
adalah patung kijang yang di tanam oleh Bani
Jurhum ketika mereka keluar dari Mekah. Tempat
tersebut merupakan telaga Nabi Ismail bin Nabi
Ibrahim a.s. Setelah Abdul Mutalib menggali
telaga Zamzam dan setelah Allah s.w.t. tunjukkan
tempat serta memilih beliau untuk menggali
Zamzam, Allah s.w.t telah menambahkan kemuliaan
beliau dengan sebab Zamzam tersebut dan kaumnya
juga dapat menikmatinya.
|
|
|
 |
|
|
Binaan Nabi Ibrahim:
Binaan Nabi Ibrahim a.s merupakan
satu-satunya binaan yang disebut di dalam
al-Quran
Meninggikan Asas (Tapak):
1. Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s
telah pergi ke Mekah untuk menunaikan perintah
Allah s.w.t supaya membina Baitullah (Kaabah).
Beliau berkata kepada anaknya Ismail a.s:
Sesungguhnya Allah s.w.t telah memerintahkan aku
dengan satu perkara, lalu Ismail a.s berkata:
Lakukanlah apa yang telah diperintahkan Allah
s.w.t kepada kamu. Nabi Ibrahim a.s
bertanya: "Adakah kamu akan menolongku?" Nabi
Ismail a.s menjawab: "Aku akan menolongmu." Lalu
beliau berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
memerintahkan aku supaya membina
sebuah rumah (Kaabah) di sana." sambil
mengisyaratkan ke arah timbunan tanah yang lebih
tinggi dari kawasan sekitarnya. Mereka berdua
mendirikan tapak asas Baitullah di kawasan
tersebut, dimana Nabi Ismail a.s mengangkut
ketulan-ketulan batu manakala Nabi Ibrahim a.s
membinanya.Apabila binaan tersebut telah tinggi,
Nabi Ismail a.s membawakan hajar ini dan
meletakkannya di samping Nabi Ibrahim a.s.
Beliau berdiri di atas hajar tersebut semasa
meneruskan pembinaan manakala Nabi Ismail a.s
menghulurkan ketulan batu, di samping itu mereka
berdoa sebagaimana firman Allah s.w.t:
Yang
bermaksud: (Wahai Tuhan kami! Terimalah
daripada kami (amal kami) sesungguhnya Engkaulah
Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai
Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang-orang
Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan
jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam
(yang berserah diri) kepadaMu dan tunjukkanlah
kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami
dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah
Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.
Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang
Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan
membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu)
dan mengajarkan mereka isi kandungan kitab
(al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan dan
membersihkan (hati dan jiwa mereka) dari (syirik
dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha
Kuasa lagi Maha Bijaksana).
Sehinggalah Allah s.w.t
menyempurnakan pembinaan Baitullah
(Kaabah) tersebut kepada mereka berdua.
2.
Tidak terdapat riwayat sahih yang menyatakan
Baitullah telahpun dibina sebelum Nabi Ibrahim
Al-Khalil a.s. Sesiapa yang berpegang kepada
firman Allah s.w.t : Yang bermaksud:
Dan (ingatkanlah peristiwa)
ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat
Baitullah (untuk membinanya),
ataupun
Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud:
Dan (ingatlah) ketika Nabi
Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan
binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu,
Maksud yang dikehendaki pada
ayat-ayat tersebut ialah tempat pembinaan Kaabah
tersebut telahpun tetap dalam pengetahuan
Allah s.w.t semenjak menciptakan
langit dan bumi. Ini menunjukkan tempat
pembinaan Kaabah itu telahpun dimaklumi,
manakala pembinaan Baitullah pula telah
dilakukan oleh Nabi Ibrahim Al-Khalil dan
anaknya Nabi Ismail a.s. Khabar-khabar yang
menyatakan Baitullah telah dibina sebelum Nabi
Ibrahim a.s adalah diriwayatkan daripada Bani
Israel, kita tidak boleh membenarkannya dan
mendustakannya, hanya Allah s.w.t
sahaja Yang Maha Mengetahui.
3.
Ketika Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s
membina Kaabah tersebut beliau menjadikan:
* Tingginya sembilan
hasta.
* Panjang di paras bumi
dari Hajarulaswad hingga ke penjuru sebelah Syam
32 hasta.
* Lebar di sebelah
bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam
hingga ke penjuru sebelah barat 22
hasta.
* Panjang di paras bumi
bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke
penjuru sebelah Yaman 31
hasta.
* Lebar di paras bumi
bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke
Hajarulaswad 20 hasta.
Beliau membina
pintu rapat ke bumi, tidak ditinggikan atau
dibuat pintu secara sempurna sehinggalah Tubba'
Al-Himyari telah membina sebuah pintu dan
meninggikannya. Bentuk binaan Kaabah yang dibina
oleh Nabi Ibrahim a.s adalah binaan yang
sempurna, mempunyai dua penjuru iaitu dua
penjuru Yamani manakala bentuk Hijir pula,
beliau tidak membinanya dalam bentuk berpenjuru
bahkan dalam bentuk separuh bulat sebagaimana
bentuk Hijir yang terdapat pada masa sekarang
ini. Ada pendapat yang mengatakan umur Nabi
Ibrahim ketika membina Kaabah tersebut ialah 100
tahun, hanya Allah s.w.t sahaja
Yang Amat Mengetahui.
Binaan
Malaikat:
Allah
s.w.t berfirman kepada Malaikat: Yang
bermaksud: Sesungguhnya
Aku ingin menjadikan seorang khalifah di muka
bumi.
Malaikat bertanya: (Wahai
Tuhan kami,) Adakah Engkau ingin
menjadikan khalifah selain daripada kami yang
akan membuat bencana dan menumpahkan darah,
dengki mendengki dan benci membenci? Padahal
kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu
dan mensucikanMu. Mentaati Engkau
dan tidak memaksiati Engkau.
Allah s.w.t berfirman: Yang
bermaksud: Sesungguhnya Aku mengetahui apa
yang kamu tidak mengetahuinya.
Malaikat menyangka Tuhan mereka
menolak pertanyaan tersebut. Sesungguhnya
Allah s.w.t membenci mereka
disebabkan kata-kata mereka. Mereka berlindung
di bawah Arasy dengan mengangkat kepala dan
mengisyaratkan dengan jari memohon sesuatu serta
menangis kerana takutkan kebencianNya.
Mereka Tawaf mengelilingi Arasy sangat
lama. Allah s.w.t memandang mereka
kemudian menurunkan rahmat kepada mereka.
Allah s.w.t membina sebuah rumah di
bawah Arasy yang diberi nama Baitulma'mur.
Allah s.w.t memerintahkan para
Malaikat supaya tawaf di Baitulma'mur dan
tinggalkan Arasy. Para Malaikat telah melakukan
tawaf di Baitulma'mur sehingga jumlah yang
memasukinya siang dan malam seramai tujuh puluh
ribu malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat
selama-lama. Kemudian Allah s.w.t
mengutuskan para Malaikat turun ke
bumi dan berfirman kepada mereka: "Binalah
sebuah rumah untukKu di bumi sepertinya."
Allah s.w.t memerintah
seluruh makhlukNya di bumi supaya tawaf
mengelilingi Baitullah sebagaimana penghuni
langit tawaf mengelilingi Baitulma'mur.
Binaan Nabi Adam
a.s:
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: "Allah s.w.t telah mengutuskan
Jibril kepada Nabi Adam a.s serta Hawa membawa
firman kepada keduanya: "Binalah
untukKu sebuah rumah." Jibril
telah menggariskan (rangka) kepada keduanya lalu
Nabi Adam a.s menggali tanah manakala Hawa
mengangkutnya sehinggalah air menyahut serta
menyeru dari bawah beliau meminta agar berhenti
menggali dengan kata-kata: "Cukuplah wahai
Adam!" Setelah selesai membinanya, Allah
s.w.t mewahyukan kepada beliau supaya
tawaf mengelilinginya dan dikatakan kepada
beliau: "Engkau
adalah manusia pertama." Inilah
rumah pertama yang dibina sehinggalah setelah
beberapa kurun, Nabi Ibrahim a.s telah
meninggikan tapak Kaabah tersebut. Orang pertama
yang mengasaskan Kaabah kemudian menunaikan
sembahyang serta tawaf mengelilinginya ialah
Nabi Adam a.s.
Binaan
Syith:
Setelah Nabi Adam a.s wafat, anak-anaknya
telah membina Kaabah dengan menggunakan tanah
dan batu. Diriwayatkan bahawa orang yang
membinanya ialah Syith a.s. Mereka sentiasa
mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah
juga dengan orang-orang yang selepas mereka
sehinggalah tiba zaman Nabi Nuh a.s. Kawasan
tersebut ditenggelami air dan tidak dapat
dikesani. Mengikut sesetengah israiliat (tokok
tambah) sebagaimana yang diriwayatkan oleh Wahab
bin Munabbih bahawa Nabi Adam a.s telah membina
khemah pada Kaabah. Apabila beliau wafat, khemah
tersebut telah diangkat oleh Allah s.w.t.
Anak-anaknyalah yang membuat pembinaan pertama
terhadap Kaabah.
* Ketiga-tiga pendapat
yang lepas iaitu binaan para Malaikat, binaan
Nabi Adam a.s atau binaan Syith a.s tidak
mempunyai dalil yang jelas. Kami dapati
ketiga-tiga pendapat tersebut terbukti
kedhaifannya. Para ulama telah bersepakat bahawa
orang pertama yang membina Kaabah ialah Nabi
Ibrahim a.s.
|
|
|
|
|
 |
|
|
Binaan
Al-Umaliqah:
Kaabah telah runtuh setelah
beberapa tahun Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s
membinanya, lalu ia dibina semula oleh Kabilah
Al-Umaliqah.
* Tidak terdapat
huraian secara terperinci dalam kebanyakan
sumber-sumber rujukan tentang pembinaan ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
|
|
Binaan Jurhum:
Setelah beberapa tahun selepas Al-Umaliqah
siap membinanya, Kaabah telah dilimpahi air
banjir dari sebelah atas Kota Mekah menyebabkan
dindingnya pecah tetapi masih belum runtuh.
Jurhum telah memperbaiki segala kerosakan
tersebut dan membina benteng untuk menghalang
banjir daripada memasuki Kaabah. Di dalam
riwayat yang lain, Kaabah telah runtuh akibat
banjir tersebut. Jurhum membinanya semula di
atas tapak binaan Nabi Ibrahim a.s serta membina
sebuah pintu yang mempunyai dua daun dan satu
pengunci. |
|
|
|
|
|
|
 |
|
|
Binaan Qusai bin
Kilab:
Orang
pertama yang memperbaharui binaan Kaabah
daripada golongan Quraisy selepas Nabi Ibrahim
Al-Khalil a.s ialah Qusai bin Kilab. Beliau
membina atap dengan menggunakan kayu Dum dan
pelepah tamar. Al-A'sya membaca syair berikut
dengan irama iaitu salah satu daripada irama
syair Arab
Maksudnya:
Aku telah memakaikan pakaian pendita Syam kepada
Kaabah yang telah dibina oleh Qusai datuknya dan
Ibnu Jurhum.
|
|
|
|
|
|
Sambungan sejarah pembinaan kota Mekah >>> |
|
|
 |
|
|
| |
|
| |