
PANDUAN
MELAKSANAKAN UMRAH |
Pengertian
Umrah Pada Syarak
Umrah pada syarak
ialah menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan Tawaf, Sa'ie dengan menurut
syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
Hukum Umrah
Umrah diwajibkan
sekali seumur hidup ke atas setiap orang Islam yang sudah baligh, berakal, merdeka,
berkuasa samada lelaki atau perempuan.
Rukun dan
Wajib Umrah :
RUKUN
UMRAH |
WAJIB
UMRAH |
| 1.
Niat |
1.
Niat ihram di Miqat |
| 2.
Tawaf |
2.
Meninggalkan perkara-perkara larangan dalam ihram |
| 3.
Sa'ie |
|
| 4.
Bercukur / Bergunting |
|
| 5.
Tertib |
|
NIAT UMRAH
( Rukun )
Sebelum berniat ihram Umrah
di Miqat, sebaiknya hendaklah menyempurnakan amalan-amalan sunat berihram.
Untuk mandi sunat ihram,
lafaznya :
"
Sahaja aku mandi sunat Ihram kerana Allah Ta'ala "
Seterusnya sembahyang sunat
Ihram. Lafaz niatnya :
"
Sahaja aku sembahyang sunat Ihram dua rakaat kerana Allah Ta'ala "
Pada rakaat pertama bacalah
Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun. Pada rakaat kedua pula bacalah Surah
Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas.
Niat ihram Umrah
sudah boleh dilakukan sebaik sahaja selesai bersembahyang sunat Ihram dan sebelum
melewati/ melintasi sempadan Miqat.
Lafaz niat
Umrah :
"
Sahaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta'ala
"
Barang
harus diingat, sebaik sahaja berniat ihram, seseorang itu telah terikat dengan
pantang-larang dalam ihram. Jika melanggar pantang-larang semasa dalam ihram,
seseorang itu hendaklah membayar dam.

Setelah
itu eloklah membanyakkan bacaan talbiah disepanjang perjalanan hingga sampai
ke Makkah untuk mengerjakan rukun-rukun Umrah selanjutnya.
Bacaan
Talbiah :
Labbaikkallah
humma Labbbaik
Labbaikala syari kala kalabbaik
Innalhamdah, wal-nikmatah,
Lakawal-Mulk
Laa syari kalah
TAWAF (
RUKUN )
Pengertian
Tawaf :
Mengelilingi Kaabah
tujuh kali dengan yakin bermula dan berakhir dipenjuru Hajar Al-Aswad.
Sebelum tawaf dimulakan
eloklah berdiri mengadap Baitullah di antara rukun Yamani dan Hajarul Aswad
di tempat yang lebih hampir dengan penjuru Hajarul aswad dan sunat berniat :
"
Sahaja aku tawaf Baitullah tujuh keliling tawaf Umrah maka senangkanlah bagiku
dan terimalah daripadaku kerana Allah Ta'ala "
(
NOTA : - Tawaf Umrah dan Sai'e Umrah tetap dikira sah sekalipun tidak berniat
di permulaan tawaf dan sai'e kerana hukumnya adalah sunat. )
Setelah sampai
di rukun Yamani disunatkan Isti'lam, jika tidak, bolehlah berisyarat dengan
melambai-lambai dan membaca Bismillah Allahu Akbar Walillahil Hamd, dan sunat
mengucup tangan, seterusnya membaca :
"
Rabbana aatina Fil-dunya hasanah, Wafil aakhirati hasanah waqina 'azaabannar,
wa adkhilnal jannata ma 'al-abraar. Ya 'aziiz ya ghaffar ya rabbal-aalamiin
"

Doa ini sunat dibaca
tiap-tiap kali pusingan di antara rukun Yamani dan rukun Hajarul Aswad.
Sampai sahaja di
Hajarul Aswad, sayugialah mengucupnya ( jika ada kemudahan ). Jika tidak, bolehlah
beristiqlam dengan tangan dan jika tidak boleh juga, bolehlah berisyarat dengan
melambai-lambaikan tangan sambil membaca Bismillah, Allahu Akbar Walillahil
Hamd, dengan mengucup tangan yang melambai-lambai itu, dengan ini dikira satu
pusingan, buatlah seperti itu sebanyak enam kali lagi dan pastikan pusingan
anda tujuh kali dengan yakin, di iringi bacaan doa-doa.
Jika tidak dapat
membaca atau dapat menghafaz doa-doa atau bacaan yang tertentu dalam tawaf dan
Sai'e, maka bacalah ayat ayat al-Quran, zikir-zikir atau doa-doa yang lain dan
jika semuanya tidak boleh maka Tawaf dan Sai'elah tanpa apa-apa bacaan. Membaca
doa semasa Tawaf dan Sai'e adalah amalan sunat sahaja.

SAI'E (
RUKUN )
Pengertian Sai'e
: - Sai'e adalah berjalan ulang-alik di antara Bukit Safa dan Marwah.
Setelah selesai
tawaf dan meminum air zam-zam, berjalanlah ke Bukit Safa untuk melakukan Sai'e.
Setelah sampai
di Bukit Safa ( sunat bagi lelaki ) naik ke atas batu-batu bukit dan mengadap
Baitullah ( Kaabah ) dan sunat berniat untuk melakukan Sai'e Umrah dengan niat
:
"
Ya Allah!. Aku hendak Sai'e antara Safa dan Marwah tujuh kali Sai'e umrah kerana
Allah Ta'ala "
Angkatlah kedua-dua
belah tangan melambai-lambai ke arah Baitullah tiga kali dengan bertakbir :
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.
Setelah itu berjalanlah
menuju ke Bukit Marwah mengikut jalan sehala sebelah kanan dan bacalah doa Sai'e
jika berkemampuan.
Apabila sampai
di kawasan tiang lampu yang berwarna hijau tidak jauh dari Bukit Safa sunat
bagi lelaki berlari-lari anak ( perempuan tidak disunatkan ) dengan membaca
doa yang bermaksud :
" Ya Allah
ampunilah kami, rahmatilah kami, kurniakanlah kami kemurahan-Mu, dan ampunilah
kami segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang
kami tidak ketahui dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah "
Setelah lepas tanda
hijau itu, berjalanlah terus ke Marwah dan naik ke atas batu-batu bukit sekurang-kurangnya
yang di bawah menghadap ke Baitullah dan melambai-lambai serta bertakbir Allahu
Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd. Ini bererti telah sempurnalah
sekali sai'e. Setelah itu mulalah berjalan balik menuju ke Bukit Safa untuk
kali kedua dengan berjalan dan berlari-lari anak bila sampai pada tanda hijau
sambil membaca doa sai'e yang kedua dan doa-doa yang lain ( jika termampu ).

BERCUKUR
/ BERGUNTING / TAHALLUL - RUKUN
Bercukur atau bergunting
rambut sekurang-kurangnya tiga helai, yang afdalnya bercukur kesemua sekali
bagi lelaki dan bagi wanita hanya bergunting sahaja. Manakala mereka yang tidak
mempunyai rambut, sunat baginya melalukan mata pisau di kepalanya.
Tahallul
:Ertinya melepaskan diri daripada pantang larang dalam masa ihram.
TERTIB
- ( RUKUN )
Tertib
pada kebanyakan rukun - Adapun
rukun Umrah, wajib dikerjakan satu demi satu mengikut tertib.
TAWAF WADA'

ZIARAH
MADINAH

CATATAN
:
Untuk lebih jelas dan mendalam,
sila rujuk lain-lain kitab panduan haji dan umrah dan belajar dengan guru-guru
agama yang bertauliah sebelum berangkat melaksanakan ibadah ini agar ibadah
yang dilaksanakan nanti akan lebih sempurna.
|