“PERCUMA sepanjang hayat”
Kad Kredit Emas & Platinum MATTA adalah
“PERCUMA” sepanjang hayat. Memang betul, tiada langsung
yuran tahunan dikenakan! Anda serta Pemegang kad
tambahan anda akan menikmati kecualian atas yuran
tahunan untuk tahun pertama secara automatik. Yuran
tahunan seterusnya akan dikecualikan jika nada
sekurang-kurangnya 24 kali dengan Kad Kredit Emas MATTA
dan sebanyak 36 kali dengan Kad Kredit Platinum MATTA
anda sepanjang 12 bulan sebelum tahun yang berikutnya.
Perlindungan Insuran
Kemalangan Perjalanan Peribadi PERCUMA
Di KUMPULAN EON BANK, kami percaya
adalah amat penting untuk melindungi anda dari sebarang
malapetaka. Oleh itu, sebaik sahaja kad diaktifkan, anda
akan dilindungi dengan insurans kemalangan Peribada
PERCUMA yang menawarkan manfaat kemalangan dan
kecederaan diri sebanyak RM 60,000 untuk Pemegang Kad
Kredit Emas untuk selama tempoh 6 bulan atau sebanyak RM
100,000 untuk Pemegang Kredit Platinum untuk tempoh
selama 12 bulan.
Perlindungan Insurans
Kemalangan Perjalanan dan Kesulitan PERCUMA
Anda akan menikmati Insuran Kemalangan
Perjalana dan Kesulitan Percuma sehingga RM 750,000
untuk Kad Kredit Emas dan sehinggan RM 2,000,000 untuk
Kad Kredit Platinum apabila anda mengguna kad anda untuk
pembelian tiket penerbangan anda. Anda juga akan
dilindungi untuk segala kesulitan jika bagasi anda
hilang, penangguhan penerbangan atau ketinggalan
penerbangan sambungan. Faedah ini juga ditawarkan kepada
ahli keluarga anda iaitu pasangan dan anak-anak dibawah
umur 23 tahun apabila mereka dicajkan kepada kad kredit
anda.
Perlindungan Insuran
Kemalangan Perjalanan Peribadi dan Perubatan
Sama ada anda dalam perjalanan untuk
lawatan perniagaan yang singkat atau percutian yang
panjang, kami boleh menyediakan kemudahan dan
perlindungan daripada kematian akibat kemalangan,
manfaat rawatan perubatan dan hospital dan juga
penebusan balik apabila perjalanan atau tempoh
perjalanan anda dibatal atau dibataskan. Tambahan lagi,
anda juga boleh memilih untuk mendapatkan perlindungan
yang paling sesuai dengan rancangan perjalanan anda
dengan hanya mengecajkan pada Kad Kredit MATTA anda.
Kemasukan PERCUMA ke Plaza
Premium Lounge*
Anda boleh berhibur, menikmati makanan
dan minuman dalam suasana yang penuh keselesaan dengan
Kad Kredit MATTA anda. Hanya tunjukkan kad anda untuk
menikmati kemasukan percuma ke Plaza Premium Lounge di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) dan
Lapangan Terbang Changi Singapura. Tambahan lai, rakan
perjalanan anda juga boleh menikmati kemudahan ini
dengan diskaun istimewa apabila mereka menemani anda
dalam perjalanan anda.
**Untuk 50 pemegang kad pertama setiap bulan.
Pemegang kad yang seterusnya akan menikmati diskaun 50%
untuk kemasukan.
Program “Keistimewaan
Sepanjang Hayat”
Biarkan KUMPULAN EON BANK menyerlahkan
gaya hidup anda dengan pelbagai diskaun terpilih,
keistimewaan eksklusif dan tawaran unik dari rangkaian
peruncit, restoren dan hotel yang merupakan sebahagian
daripada program ‘Keistimewaan Sepanjang Hayat” kami.
Program Ganjaran “Bonus
Plus”
Aneka barangan menarik menanti anda!
Hanya kumpulkan Mata “Bonus Plus” di mana jua anda
menggunakan Kad Kredit MATTA anda. Anda akan menerima
ganjaran SATU (1) Mata “Bonus Plus” untuk setiap ringgit
yang dicajkan kepada kad anda. Lebih kerap anda
menggunakan kad anda, lebih banyak Mata “Bonus Plus”
yang akan anda kumpulkan dan lebih banyaklah juga
barangan yang anda akan miliki!
Pelan Pindahan Baki
Dengan Pelan Pindahan Baki KUMPULAN EON
BANK, anda boleh memilih untuk memindahkan baki kredit
yang tertunggak dengan mana-mana bank yang lain kepada
Kad Kredit KUMPULAN EON BANK anda. Nikmatilah lebih
penjimatan dengan kadar faedah kami yang rendah, apabila
anda memohon Plean Pindahan Baki yang anda inginkan,
dengan tempoh pembayaran sehingga 24 bulan.
Pelan Pembayaran Ansuran
Tanpa Faedah
Pelan Pembayaran Tanpa Faedah kami akan
meningkatkan lagi gaya hidup anda. Hanya memilih senarai
rangkaian niaga kami serta barangan yang anda inginkan
dan nikmatilah kefleksibelan untuk membayar sehingga
tempoh 48 bulan dalam bayaran ansuran tanpa faedah.
“My Payment Plan”
Nikmatilah kelebihan istimewa apabila
anda membeli-belah dan dapatkan Pelan “My Payment Plan”
daripada KUMPULAN EON BANK, yang boleh membantu anda
dalam semua pembelian pada bila-bila masa, walau di mana
jua. Anda hanya perlu hubungi Talian Khidmat pelanggan
kami dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembelian atau
sebelum anda menerima penyata bulanan kad anda, yang
mana lebih awal untuk menguruskan pelan ansuran pilihan
anda sehingga 36 bulan.
“Smart Protector Enhanced”
adalah sebuah insurans hayat untuk
melindungi anda daripada sebarang kejadian yang tidak
dingini. Dengan membayar premium sebanyak RM 0.65 setiap
bulan bagi setiap RM100 baki tertunggak kad kredit and,
anda akan dilindungi daripada kewajipan kewangan yang
tertunggak sehingga RM 100,000 sekiranya berlaku
kematian, hilang upaya kekal dan menyeluruh atau
penyakit-penyakit kritikal.
3-D Secure Online Payment
Bagi memastikan anda dapat menikmati
sepenuhnya kelebihan membeli-belah secara online dengan
Kad Kredit MATTA, kami memperkenalkan system Pembayaran
3-D Secure Online. Untuk membuat sebarang urusniaga
secara online, Pembayaran 3-D Secure Online memerlukan
anda untuk mengesahkan butiran akaun anda dan memasukkan
kata laluan peribadi untuk semua urusniaga. Cuma hubungi
Talian Perkhidmatan Pelanggan kami untuk memohon Pin 3-D
Secure Online anda. Dengan perlindungan yang diberikan
oleh Pembayaran 3-D Secure Online, anda kini boleh
membeli belah secara online dengan lebih selamat dan
yakin.
Pelan Ansuran Tanpa Faedah
12 Bulan untuk insurans Motor*
anda melalui Kad Kredit MATTA untuk
menikmati kemudahan dan penjimatan atas faedah!!. Anda
hanya perlu membeli atau memperbaharui insurans Motor
anda di mana-mana cawangan EON BANK yang terdekat
*Hanya dengan Uni.Asia General Insurance Berhad
sahaja
Kad Zing Tounch ‘n Go
Perjalanan hidup lebih lancar dengan Kad
Zing Tounch ‘n Go KUMPULAN EON BANK. Cuma bayar yuran
langganan minimum sebanyak RM 10 atau tebuslah dengan
2,000 mata “Bonus Plus” untuk mendapatkan Kad Zing Touch
‘n Go anda dan nikmati tambah nilai secara automatic
apabila baki dalam kad anda mencecah minimum RM 50.
sungguh mudah dan tiada masalah.
Perkhidmatan Pelanggan 24
Jam
Sama ada untuk kecemasan atau pertanyaan
umum, pegawai Perkhidmatan Pelanggan kami sentiasa
bersedia untuk memenuhi keperluan anda 24 jam sehari, 7
hari seminggu. Anda hanya perlu menghubungi Talian
Khidmat Pelanggan kami di 03-2616 1133 dan anda akan
dilayani oleh pegawai kami yang sedia membantu.
**Tawaran di atas adalah tertakluk
pada terma dan syarat-syarat setiap keistimewaan. |